Monday, March 28, 2011

Fight Back To School- PJJ (Pi jenguk2)

Pada ari jumaat hari tu aku mendapat satu mesej dari no yg tak dikenali..Ianya berkenaan semakan keputusan permohonan PPJJ di USM..Bila mendapat mesej itu aku terus ke komputer untuk memeriksanya namun rupa-rupanya kawan aku lebih pantas dari aku.

Jadi, alang2 dia dh buka, aku pun menunggu dengan penuh minat. Aku berharap dia mendapatnya..Dan seperti apa yg aku harap kan dia telah berjaya. Aku pun menyuruhnya memeriksa untuk seorang lagi kawan aku. Aku mengharapkan mereka juga dapat. Biarlah aku orang yang terakhir tahu keputusan aku..Yeah, kawan aku jugak berjaya. Tak sia-sia kami bertiga memohonnya. Bila tiba giliran aku, aku sedikit nerveous..Bila keluar ja di skrin, aku rasa agak lega..huhu..

TAWARAN KEMASUKAN KE PROGRAM PENGAJIAN JARAK JAUH,
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA SIDANG AKADEMIK 2011/2012

Tahniah diucapkan, anda telah berjaya ditawarkan tempat untuk mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda secara Jarak Jauh di Universiti Sains Malaysia, Universiti APEX (Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan) yang pertama di Malaysia. Butir-butir lanjut tawaran adalah seperti berikut:

NAMA : SULAIMAN BIN YAHYA
PROGRAM PENGAJIAN : IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KEMASYARAKATAN
PENGKHUSUSAN : SAINS POLITIK
TEMPOH PENGAJIAN : 4 TAHUN
ALAMAT EMEL : sulaiman.pjj111@student.usm.my
TARIKH PENDAFTARAN / ORIENTASI : 5 - 8 JUN 2011
TEMPAT LAPOR DIRI : KAMPUS INDUK
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, PULAU PINANG
PENGINAPAN ORIENTASI : DESASISWA BAKTI PERMAI

Aku semacam tak berapa percaya..Dulu selepas dari sekolah memang aku teringin untuk menyambung pelajaran namun kerana sebab2 tertentu, aku pendamkan saja. Lagi pun result aku bukan lah baik sangat. Jadi hajat aku untuk belajar lagi aku lupakan. Dan setelah sekian lama aku kini berpeluang melanjutkan pelajaran yang selama ini aku nanti2 kan..Huhu

Sebenarnya masa aku mendapat tahu result, aku tidaklah rasa teruja atau terlalu gembira. Ntah, rasa biasa saja. Aku mula memikirkan masa hadapan. Benarkah aku boleh mengharunginya? PJJ ini memerlukan mental yang kuat. Selain dari beban kerja, nak kena fikir assignment lagi.Semua tu boleh memeningkan kepala. Mampukah aku?Ianya memerlukan tenaga dan juga kos yang agak tinggi. 4 tahun pulak tu. Bukan satu jangkamasa yang sekejap..Aku takut aku tak mampu untuk mengharunginya.Aku buntu..Namun jauh di sudut hati aku, aku bersyukur..Aku akn cuba..InsyaAllah..Aku harap aku akan mampu untuk melaluinya...

8 comments:

  1. siyapa naa yang xberjaya tu?....:))

    ReplyDelete
  2. teruskan keinginan yang dulu sekadar angan2..kini sudah terang lagi bersuluh akan kepastiannya..

    ReplyDelete
  3. puteri ayahbonda - ooo..dia dpat tk gtau..huh..

    ReplyDelete
  4. iman mama - insyaAllah..tp kn lbh best klu kita bertiga..huhu

    ReplyDelete
  5. tahniah3x.......... seorang my ex-student ke menara gading.......

    ReplyDelete
  6. terima kasih ibu guru..saya masih ingt lagi masa kelas 1RK tahun 1996 dulu. Ibu guru ajar subjek math..Saya takut ngan ibu guru sebab garang..huhu..Sy tk sempat nak ucap terima kasih pada ibu guru atas tunjuk ajar ibu guru dulu..

    ReplyDelete
  7. salam perkenalan..jaa pun wat pjj usm gak hari tu...tp bru di tahun pertama laa..sidang 2012/2013. amik course ape? januari nanti jaa kena gi intensif utk 1st time..hehe...saje google mencari pgalaman student lain... :)

    http://www.jaakechik.com/2012/07/hari-pertama-orientasi-usm.html

    ReplyDelete