Memandangkan sekarang ni musim
pilihanraya, jadi kali ni mood aku nak berbicara tentang politik negara kita.
Aku bukan lah pandai sangat dalam politik ni tapi aku selalu ambil tahu
perkembangan semasa. Apa yang aku nak tuliskan ni hanyalah pandangan peribadi
aku. Sesungguhnya setiap orang ada pendapat masing2..
Kali ni mungkin aku menulis dengan agak
panjang. Maklumlah, ni perkara panas. 1st sekali, Parlimen
telah dibubarkan oleh PM kita pada 03 April 2013 yang lalu. Tarikh genap 4
tahun dia dilantik dan juga genap umur aku meningkat lagi setahun. (umur
dirahsiakan demi kesejahteraan umum) .Sebaik dibubarkan, perang dingin telah
bermula baik dari pihak kerajaan mahupun pembangkang. Rata-rata kita lihat
poster telah banyak kelihatan di jalan-jalan dan ada juga yang kreatif dengan pelbagai
idea bagi menarik perhatian orang ramai.
Disini aku nak terangkan objektif
parti-parti politik. Matlamat paling utama sesebuah kerajaan diseluruh dunia
adalah untuk mengekalkan keupayaan untuk memerintah. Manakala bagi pembangkang
pula adalah untuk menjadi pemerintah. Oleh sebab itu, bagi aku, politik adalah
sesuatu yang saling bertentangan. Pernahkah kita dengar kerajaan puji melangit
pembangkang? Pernahkah kita dengar pembangkang puji menggunung kerajaan? Setiap
apa yang mereka lakukan mesti akan dibantah oleh lawan masing-masing. Itulah
dasar politik. Pada PRU 12 lalu, pembangkang telah memenangi banyak kerusi.
Sebenarnya, kemenangan besar pembangkang telah membawa kebaikan kepada rakyat.
Ini kerana kerajaan akan berusaha semaksimum mungkin untuk kembali memenangi
hati rakyat. Banyak yang telah dilakukan oleh Najib sejak 4 tahun ni. Banyak
kalau aku nak sebut. Semuanya 1Malaysia. Aku juga turut mendapat Baucher buku 1
Malaysia.
Sebenarnya aku bukan nak bercerita pasal
tu. Apa yang aku nak sampaikan sekarang adalah kesan politik kepada perpaduan
antara kita. Rata-rata aku lihat, disebabkan ideologi politik berbeza, orang
kita saling berbalah dan yang lebih teruknya, bermusuhan antara satu sama lain
seolah-olah politik telah memisahkan tali persaudaraan. Memang aku sangat sedih
dalam hal ni. Politik telah mengakibatkan kita saling tuduh menuduh sedangkan
kita seagama. Aku tak tahu kenapa orang Melayu semakin berpecah belah hanya
kerana tak sefahaman dalam politik walaupun secara dasarnya kita semua adalah
bersaudara. Aku adalah orang yang agak realistik, politik tidak member kesan
kepada aku.Kalau Umno membuat sesuatu yang salah, aku tetap katakan salah.
Begitu juga dengan Pas. Aku Cuma berminat bercerita mengenai Umno dan Pas
kerana bagi aku hanya parti ini yang diwakili oleh orang Islam.
Aku berpendapat kerajaan sekarang masih
lagi relevan. Kenapa aku berkata begitu?..Ok, secara asasnya, untuk memerintah
negara, sesebuah parti politik itu harus memenangi 2/3 kerusi parlimen negara.
Parlimen Malaysia mempunyai 222 kerusi. Ini bermakna, jika parti politik
memenangi 112 kerusi, maka merekalah yang akan mentadbir negara. Namun harus
diingatkan, majority kecil seperti itu hanya akan membawa keburukan dalam
membuat sesuatu dasar kerajaan disebabkan majoriti yang sedikit.. Oleh sebab
itu, Najib meminta rakyat memberinya mandat yang lebih besar untuk
mentadbir negara kita. Pada pilihanraya 2008 yang lalu, kedudukan kerusi
parlimen adalah seperti berikut :
Jumlah kerusi yang dimenangi UMNO = 77
(merangkumi parti2 utama)..Tak termasuk
parti2 lain dan calon bebas.
Dari segi matematiknya kita ketahui bahawa
Umno adalah kerusi terbanyak dalam parlimen dan disebabkan itu juga, ketua
mereka yakni Najib dilantik menjadi Perdana Menteri. Ini kerana didalam
perlembagaan mengatakan parti yang paling banyak memenangi kerusi itulah yang
akan memerintah negara dan perdana menteri dilantik oleh wakil dari parti
tersebut. Kita juga tahu sesungguhnya Dap adalah parti kedua terbesar yang
mempunyai kerusi terbanyak.
Undang-undang Dun negeri pun begitu juga.
Lebih kurang sama dengan parlimen. Siapa yang banyak kerusi Dun dialah yang
akan membentuk kerajaan negeri. Contoh di Perak. Dap telah memenangi majority
kerusi DUN tetapi kenapa bukan wakil dari parti mereka yang menjadi Menteri
Besar Perak?.Ini adalah kerana dalam undang2 tubuhnya negeri Perak mengatakan
hanya orang yang berbangsa Melayu saja yang boleh dilantik menjadi Menteri
Besar. Oleh itu, Sultan Perak memilih Nizar Jamaludin yang mewakili parti Pas
untuk menjadi Menteri Besar walaupun mereka hanya memenangi beberapa kerusi.
Nasib baik perlembagaan negeri perak diperuntukkan sebegitu. Kalau tidak, aku
tak tahu la macam mana nnt. Dan disebabkan itu juga, Dap kini sudah mula
mengambil orang Melayu menyertai parti mereka. Semuanya bersebab...
Sebenarnya, pemerintah zaman dahulu
sudahpun memikirkan tentang masa hadapan dan kesan akibat mengenai Malaysia
yang didiami oleh berbilang bangsa. Mereka tahu satu hari nanti kedudukan orang
Melayu akan terancam di bumi sendiri. Ramai yang berkata, mereka tidak bangga
menjadi Melayu.mereka berbangga menjadi islam. (kebanyakannya orang Pas)..
Betul..Itu tak dinafikan.Memang aku bangga dan bersyukur menjadi orang islam.
Tetapi secara tersiratnya pemimpin dahulu telah menggubal dasar undang-undang
yang seterusnya menjadi perlembagaan negara semuanya bersebab. Dalam
perlembagaan tersebut menyatakan, orang MELAYU MESTILAH BERAGAMA ISLAM.
Perlembagaan itu bukan dibuat sekadar untuk suka-suka sebaliknya untuk
melindungi hak orang Melayu dan secara tersiratnya bermaksud hak Islam. Bila
seseorang pemimpin itu berkata akan mempertahankan hak melayu hingga keakhirnya
dalam masa yang sama mempertahankan kesucian agama Islam. Bukan apa,
sekarang ni kaum lain sudah mula mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu.
Apa yang orang Melayu dapat, mereka juga ingin menuntutnya dengan alasan
mahukan kesamarataan. UITM yang hanya untuk orang Melayu buat masa sekarang
masih lagi dapat dipertahankan oleh pemimpin kita. Cuba bayangkan jika kaum
lain juga layak masuk. Apa lagi yang tinggal untuk generasi muda Melayu?..Kerajaan
mahukan generasi muda Melayu (orang Islam) terjamin dalam mendapat pendidikan
yang tinggi. Sedar tak kita, di setiap negeri wujudnya UITM. Kenapa kerajaan
membina begitu banyak?.Sudah tentunya untuk orang Melayu. Telah puluhan ribu
orang Melayu yang telah mendapat pendidikan di UITM sejak dulu lagi. Kerajaan
ingin memastikan orang Melayu tidak ketinggalan dalam pendidikan kerana sedar
kaum lain lebih bijak menghargai pelajaran. Tidakkah didalam Islam menggalakkan
setiap umatnya menuntut ilmu..Kerana itulah kerajaan tetap dengan
pendirian...Itupun masih ada lagi segelintir Melayu yang bersetuju kemasukan
kaum lain ke UITM hanya kerana kepentingan politik semata-mata..Hal ini
sebenarnya turut terjadi kepada MRSM..
Mungkin penulisan aku agak bias kepada
kerajaan. Kerana aku berpendapat kerajaan sekarang ini masih lagi relevan.
Mereka masih lagi mempertahankan AA BA TA...(Agama, Bangsa, Tanah air) Cuma
kita yang tidak berapa nampak. Banyak yang telah kerajaan lakukan untuk Islam.
Universiti Islam, Kewangan Islam, Tabung Haji, Sekolah Tahfiz, Pondok, dan
banyak lagi. Kemajuan untuk orang Melayu diutamakan. Ini kerana kerajaan tahu
ekonomi negara tidak dipegang oleh orang Melayu. Kuasa melayu hanya tinggal
pada politik. Andai politik pun tergadai, maka tiada apa lagi yang tinggal
untuk kita. Kita ketinggalan kerana sikap kita sendiri. Bukannya kerana
kerajaan. Kerajaan telah melakukan segala yang terdaya namun orang Melayu
masih lagi tidak berubah dari dulu.Sifat dengki,tamak,tidak boleh tengok orang lain
senang dan berdendam memang tidak dapat dipisahkan. Sekarang orang kafir
dilihat semakin berani menentang orang Melayu kerana mereka sedar, akan ada
juga Melayu yang akan menyokong mereka.
Pas selalu mengatakan mereka ingin
menggantikan Umno. Tapi dari secara logiknya, mereka tidak akan dapat. Aku pun
tak pasti apa yang dimaksudkan mereka, tetapi bagi aku apa yang mereka cuba
sampaikan adalah seolah-olah menipu. Pada pilihanraya 2008 Pas hanya bertanding
67 kerusi parlimen berbanding Umno yang bertanding 117 kerusi. Diandaikan
mereka memenangi semua kerusi parlimen itu, mereka masih lagi belum boleh
menandingi Umno. Dan apa yang membuatkan aku kecewa dengan Pas adalah kerana
mereka bergabung dengan Dap. Pada tahun 70an dulu, mereka memfatwakan kerjasama
diantara Umno, Mca dan Mic adalah haram. Namun sekarang, mereka sanggup
bekerjasama dengan Dap semata-mata untuk menjatuhkan Umno. Mungkin ramai yang
kata, Umno bekerjasama dengan Mca tak mengapa, takkan Pas tak boleh dengan
Dap?..Disini mereka agak silap. Didalam Barisan Nasional, Umno adalah parti
dominan kerana mereka lebih banyak kerusi. Jika mereka kata A, maka A lah
keputusan dalam BN. Disebabkan itu, keistimewaan hak melayu masih lagi
terjamin. Tapi untuk Pas, dalam PR mereka adalah parti yang mempunyai kerusi
paling sedikit iaitu 23. Pas tidak mampu untuk membuat keputusan dan bergantung
harap kepada Dap dan Pkr. PAs juga sering mengalah dalam setiap dasar yang
dibuat oleh PR. Sebab tu aku tidak bergantung harap kepada Pas.
Parti Pas selalu mengatakan mereka
memperjuangkan agama. Disebabkan itu juga, mereka mengatakan Umno tolak Islam.
Tolak hukum Allah. Dianggap kafir sebab tak melaksanakan Hudud. Tapi kenapa di
Kedah dan Kelantan mereka tidak melaksakannya.?.Alasannya mudah, kerajaan
persekutuan tidak meluluskan. Dulu Nik Aziz berkata Mahathir telah menolak draf
Hudud mereka dan juga mengugut kerajaan Kelantan. Namun, Mahathir bukan menolak
Hudud Allah. Beliau Cuma menolak Hudud Pas yang mana hukum itu hanya terpakai
kepada orang islam. Hukum Allah itu adil tetapi kenapa dilaksanakan hanya untuk
orang Islam didalam Malaysia?. Kesalahan yang sama tetapi berlainan hukuman
untuk agama lain. Disebabkan itu Mahathir menolaknya. Tapi selepas Mahathir
bersara, Kelantan masih lagi tidak melaksanakan Hudud sehingga sekarang dan
hanya timbul apabila pilihanraya. Sedangkan didalam menifosto mereka tiada
Hudud. Bah kan Hj hadi sendiri mengatakan Hudud bukanlah agenda pakatan Rakyat.
Telah depersetujui oleh PR sekiranya mereka berjaya mendapat Putrajaya.
Umno bukanlah parti yang menonjolkan agama
dalam pentadbiran mereka. Urusan itu mereka serahkan kepada Jakim kerana mereka
tidak mahu mencampuradukkan agama untuk kepentingan politik semata-mata. Memang
benar dalam Islam politik dan agama itu saling berhubung kait. Tetapi cara
melaksanakan itu biarlah benar-benar berlandaskan Islam. Tidak menggunakan
agama hanya untuk mengaut keuntungan. Umno itu tidak sempurna. Banyak
kelemahan. Aku pun tidak setuju isteri pemimpin tidak menutup aurat. Kehidupan
harian mereka penuh dengan kemewahan. Ada juga pemimpin yang banyak salah laku.
Aku akui semua tu. Aku menyokong Umno bukan kerana mereka bagus, tetapi aku tak
ada pilihan yang lain. Pas bukan lah tak bagus tapi aku masih kurang keyakinan
kepada mereka.Banyak keputusan mereka yang aku pertikaikan. Pas sekarang
bukan seperti pas yang dulu. Pas dulu dipimpin oleh ramai ulama. Presiden
mereka dulu Allahyarham Tuan Guru Fadzil Nor bagi aku lebih berwibawa dan aku
merasakan beliau tidak akan sesekali bersekongkol dengan kafir. Pas sekarang
hanya diketuai seorang saja ulama iaitu Tuan Guru Haji Hadi. Timbalan Presiden
dan naib-naib presidennya bukanlah dari kalangan ulama. Aku tak mempercayai
Timbalannya iaitu Mat Sabu. Andai beliau memegang tampuk pemerintahan Pas, lagi
lah perpecahan sesama Islam akan merebak. Beliau pernah berkata beliau sanggup
makan babi bersama Dap dari makan ayam bersama Umno. Adakah pemimpin sebegini
yang kita nak angkat?...Walaupun itu hanya perumpamaan namun kata-kata seperti
itu menunjukkan tahap kebencian yang sangat kepada Umno. Sesama Islam.
Aku berharap dia tidak akan menjadi presiden Pas. Aku juga terkejut satu
masa dulu Haji Hadi dan Nik Aziz bersetuju kalimah Allah boleh dipakai dalam
bible berbahasa Melayu. Aku sangat terkejut namun nasib baik majlis syura Pas
tidak bersetuju dan mereka pun menarik balik. Alasan mereka sebab zaman dahulu
orang bukan Islam juga menggunakan nama Allah.
Sebenarnya agenda kafir ini bukan lah
untuk jangka masa pendek. Perancangan mereka adalah untuk 20 – 30 tahun lagi.
Generasi anak cucu kita. Pada zaman dahulu, iman orang Islam sangat lah
tebal.Diseksa sekalipun, mereka tidak akan sesekali menyekutukan Allah. Namun
dalam puluhan tahun akan datang, aku takut begitu mudah mereka terpedaya.
Adakah kita mahu dengar satu hari nanti orang islam berkata, aku beriman kepada
allah namun aku beragama kristian. Jadi biarlah kita mencegah perkara itu
berlaku dari sekarang. Aku bukan lah pandai bab2 agama tapi aku tak mahu anak
cucu aku nanti terkeliru diantara Allah untuk orang Islam dan allah untuk agama
kristian. Oleh itu, bagi aku kalimah Allah hanya untuk orang islam. Kita kena
memastikan akidah anak cucu kita terpelihara dari agenda orang kafir. Selain
itu, orang Kafir juga mahu melaksanakan IFC iaitu kesamarataan agama. Diantara
salah satu tuntutan IFC adalah anak yang baru lahir tidak boleh beragama
sehingga umur 18 tahun dimana mereka boleh memilih agama mana yang mereka suka.
bersambung kalau aku ada mood.....huhu..
No comments:
Post a Comment