Sunday, April 28, 2013

saya pilih mengundi vol ii ..........



Penamaan calon telah pun berlalu pada 20 April yang lalu. Aku agak kecewa dengan Pas kerana hanya bertanding sebanyak 77 kerusi parlimen. Walaupun ianya bertambah 10 kerusi dari Pru12 yang lalu, namun bagi aku itu masih belum memadai. Aku lebih suka kalau Pas bertanding lebih banyak kerana aku mahukan Pas menjadi parti dominan dalam PR. Jadi tak perlulah Pas mengalah dalam banyak perkara kepada PKR dan DAP. Bertanding 77 kerusi tak bermakna menang kesemuanya. Pru12 yang lalu Pas hanya menang 23 kerusi dari 67 kerusi yang dipertandingkan. Diantara yang paling sedikit dalam PR. Bagi Dap mereka bertanding 51 kerusi dan Pkr sebanyak 99 kerusi. Perlu diingatkan, walaupun Dap bertanding 51 kerusi, mereka masih lagi menjadi parti pilihan kebanyakan orang Cina. Mungkin kali ni menang lebih dari 29 kerusi yang dimenangi pru12 yang lalu. Kalau kita perhatikan, kebanyakan orang Cina lebih pandai berpolitik. Mereka suka Umno dan Pas tidak bergabung kerana itu boleh melemahkan mereka. Mereka juga banyak menumpukan kerusi di Bandar-bandar berbanding orang Melayu yang kebanyakannya di luar Bandar.

2 – 3 hari yang lepas aku ada menonton berita dimana Tuan Guru Dato Dr.Harun Din mengatakan jika PR memerintah mereka tetap akan melaksanakan Hudud. Tak lama selepas itu, Karpal Singh yang hanya mampu duduk di wheel chair tetap menegaskan pendirian Dap menolak pelaksanaan Hudud di Malaysia. Dan selepas itu seperti yang aku jangka, ada pemimpin Pas mengatakan isu Hudud bukan isu utama berbanding menakluki pemerintahan dari BN.Aku keliru sebenarnya dengan pendirian pemimpin-pemimpin dalam Pas. Aku sangat menghormati Tuan Guru Dr.Harun Din.Dalam ramai-ramai pemimpin Pas, aku merasakan beliau merupakan orang yang paling layak untuk mengemudi Pas.  Aku yakin jika beliau menjadi Presiden, sokongan terhadap Pas akan semakin meningkat. Tidak seperti Hj. Hadi yang aku lihat terlalu banyak mengalah kepada Pkr dan Dap.

Parti Pas merasakan mereka lebih Islam dari orang Islam yang lain. Samada dari pemimpin dan juga penyokong mereka. Sehingga mereka terlupa, parti Pas adalah parti yang di pelopori oleh manusia biasa. Pemimpin pas ini tidak lari dari melakukan kesilapan. Mereka tidak maksum. Manusia-manusia yang mempunyai kuasa dan pangkat lebih besar godaannya berbanding kita orang biasa. Banyak perlakuan mereka yang aku pertikai.  Mereka tidak mahu bersatu dengan Umno kerana mereka sangat membenci dan berdendam dengan parti itu. Aku tak faham, Pas mengatakan mereka memperjuangkan Islam tetapi apabila diajak bersatu mereka menolak. Meraka lebih sanggup bersekutu dengan Dap yang terang-terangan menolak Islam untuk menjatuhkan saudara Islam yang lain. Mereka sanggup mengatakan Umno itu kafir dan sembahyang tidak mendapat pahala kerana Umno mengikut perlembagaan kafir dan menolak Hudud. Namun di negeri yang mereka (Pas) tadbir tidak pula menjadi agenda mereka untuk melaksanakan hudud. Banyak pula alasan yang mereka berikan. Tidak pula mereka mengatakan kafir sesama sendiri.  PKR juga menyatakan pendirian tidak melaksanakan Hudud namun tidak pula Pas mengatakan mereka kafir. Kafir mereka hanya untuk orang Umno. Umno tidak mengatakan mereka menolak Hudud cuma buat masa ini ianya masih belum sesuai untuk Malaysia memandangkan orang Islam disini masih belum menguasai ekonomi dan kurang pemahaman mengenai Hudud. Jadi disinilah aku merasakan Pas dan Umno perlu duduk semeja untuk berbincang mencari jalan bagaimana untuk mendidik orang Islam berkenaan hukum Allah itu. Aku juga termasuk dalam golongan yang kurang arif mengenai Hudud. Para agamawan dan pemimpin negara seharusnya memainkan peranan untuk memajukan Islam bukan sebaliknya yang hanya mahu mendapatkan kuasa dengan memusuhi saudara seagama.

Aku menyokong jika Hudud dilaksanakan. Namun sebelum itu, orang Islam di Malaysia perlu betul-betul memahami apa itu hukum Hudud. Selain itu, peratusan ekonomi orang Islam mestilah tinggi bagi mengelakkan kejadian yang tak diingini. Ingat, andai orang Islam tidak menguasai ekonomi, kita akan terpinggir. Kes-kes jenayah seperti mencuri kebanyakan oleh orang Islam. Banyak lagi isu-isu yang perlu diperincikan sebelum kita boleh melaksanakan Hudud. Aku tidak mempertikaikan hukum ini, ini hukum Allah. Cumanya aku mahukan orang Islam bersedia untuk menerima dan memahami sepenuhnya Hudud. Dan aku juga mahu ia dilaksanakan untuk semua rakyat Malaysia tak kira bangsa dan agama. Tidak seperti Pas yang mahu dilaksanakan hanya kepada orang Islam. Jika dilaksanakan, biarlah kepada semua kerana mereka semua warganegara Malaysia. Dalam hal ini, Pas dan Umno seharusnya duduk semeja bagi membincangkan pelaksanaannya bukan saling bermusuhan yang merugikan kita umat Islam di Negara kita sendiri. Apa salahnya jika mereka bersatu demi agama dan sekurang-kurangnya berbincang dalam merangka draf undang-undang Hudud terlebih dahulu. Selepas itu, apabila orang Islam bersatu dan kembali kuat, pada masa itulah hukum ini dilaksanakan sedikit demi sedikit. Ini tidak, Pas tetap tidak mahu bersatu sedangkan Umno telah membuka pintu rundingan pada sedikit  masa dulu. Aku pun tidak faham dengan kerajaan perpaduan yang telah di cadangkan oleh beberapa pemimpin Pas sebelum ini. Ia telah mendapat tentangan yang hebat dari pemimpin yang kononnya memperjuangkan Islam. Pemimpin yang aku maksud kan adalah Tuan Guru Nik Aziz. Susah untuk aku mengerti pemimpin seperti Nik Aziz menolak perpaduan demi agama ini kerana dendam beliau terhadap Umno. Hj Hadi telah bersetuju namun Nik Aziz tetap dengan pendiriannya dan lebih suka bersatu dengan Dap.

Pas tidak akan dapat melaksanakan Hudud selagi bekerjasama dengan Dap. Itu fakta. Pkr pula tidak boleh diharap. Kebanyakan pemimpin mereka adalah beragama Kristian dan disebabkan itu mereka menyokong penggunaan kalimah Allah dalam bible. Pas bertanding 77 kerusi dan jika ditakdirkan menang kesemuanya, masih belum mampu untuk meminda undang-undang dalam perlembagaan. Ini kerana penggubalan itu akan mendapat tentangan dari orang bukan Islam seperti Dap, Mca, Mic dan parti-parti lain yang bukan Islam. Pas memerlukan lebih dari 112 kerusi untuk meminda perlembagaan. Perlu diingatkan, jika Pas menang kesemua 77 kerusi bermakna Umno akan kalah teruk kerana Pas bertanding dalam melawan Umno. Sebab itu untuk melaksanakan Hudud Pas dan Umno perlu bergabung. Tetapi disebabkan mahukan kuasa, mereka saling tidak mahukan semua itu berlaku. Segala pertelingkahan mereka selama ini amat merugikan umat Islam dan yang menguntungkan tentulah kepada puak-puak kafir. Mereka hanya menunggu masa yang sesuai untuk memerintah negara kita. Disebabkan itu jika kita lihat kaum Cina kini bersatu hati walaupaun mereka mewakili BN. Namun sayangnya, orang Melayu tidak begitu. Orang Melayu adalah majoriti namun kita memilih untuk berpecah kepada 3 parti politik yang menjadikan kita semakin menjadi minoriti. Aku mahukan orang Melayu sedar permainan kaum lain. Aku akan rasis sekiranya melihat bangsa aku diganggu gugat ditanah air sendiri. Walaupun suara aku tidak didengar oleh pemimpin politik namun aku merayu agar pintu hati mereka akan terbuka untuk bersatu dan seterusnya menjadikan agama dan bangsa gemilang di bumi bertuah ini. 

No comments:

Post a Comment