Penamaan calon telah pun berlalu pada 20 April yang lalu. Aku agak
kecewa dengan Pas kerana hanya bertanding sebanyak 77 kerusi parlimen. Walaupun
ianya bertambah 10 kerusi dari Pru12 yang lalu, namun bagi aku itu masih belum
memadai. Aku lebih suka kalau Pas bertanding lebih banyak kerana aku mahukan
Pas menjadi parti dominan dalam PR. Jadi tak perlulah Pas mengalah dalam banyak
perkara kepada PKR dan DAP. Bertanding 77 kerusi tak bermakna menang
kesemuanya. Pru12 yang lalu Pas hanya menang 23 kerusi dari 67 kerusi yang
dipertandingkan. Diantara yang paling sedikit dalam PR. Bagi Dap mereka
bertanding 51 kerusi dan Pkr sebanyak 99 kerusi. Perlu diingatkan, walaupun Dap
bertanding 51 kerusi, mereka masih lagi menjadi parti pilihan kebanyakan orang
Cina. Mungkin kali ni menang lebih dari 29 kerusi yang dimenangi pru12 yang
lalu. Kalau kita perhatikan, kebanyakan orang Cina lebih pandai berpolitik.
Mereka suka Umno dan Pas tidak bergabung kerana itu boleh melemahkan mereka.
Mereka juga banyak menumpukan kerusi di Bandar-bandar berbanding orang Melayu
yang kebanyakannya di luar Bandar.
2 – 3 hari yang lepas aku ada menonton berita dimana Tuan Guru Dato
Dr.Harun Din mengatakan jika PR memerintah mereka tetap akan melaksanakan
Hudud. Tak lama selepas itu, Karpal Singh yang hanya mampu duduk di wheel chair
tetap menegaskan pendirian Dap menolak pelaksanaan Hudud di Malaysia. Dan selepas
itu seperti yang aku jangka, ada pemimpin Pas mengatakan isu Hudud bukan isu
utama berbanding menakluki pemerintahan dari BN.Aku keliru sebenarnya dengan
pendirian pemimpin-pemimpin dalam Pas. Aku sangat menghormati Tuan Guru
Dr.Harun Din.Dalam ramai-ramai pemimpin Pas, aku merasakan beliau merupakan
orang yang paling layak untuk mengemudi Pas.
Aku yakin jika beliau menjadi Presiden, sokongan terhadap Pas akan
semakin meningkat. Tidak seperti Hj. Hadi yang aku lihat terlalu banyak
mengalah kepada Pkr dan Dap.
Parti Pas merasakan mereka lebih Islam dari orang Islam yang lain.
Samada dari pemimpin dan juga penyokong mereka. Sehingga mereka terlupa, parti
Pas adalah parti yang di pelopori oleh manusia biasa. Pemimpin pas ini tidak
lari dari melakukan kesilapan. Mereka tidak maksum. Manusia-manusia yang
mempunyai kuasa dan pangkat lebih besar godaannya berbanding kita orang biasa.
Banyak perlakuan mereka yang aku pertikai.
Mereka tidak mahu bersatu dengan Umno kerana mereka sangat membenci dan
berdendam dengan parti itu. Aku tak faham, Pas mengatakan mereka memperjuangkan
Islam tetapi apabila diajak bersatu mereka menolak. Meraka lebih sanggup
bersekutu dengan Dap yang terang-terangan menolak Islam untuk menjatuhkan
saudara Islam yang lain. Mereka sanggup mengatakan Umno itu kafir dan
sembahyang tidak mendapat pahala kerana Umno mengikut perlembagaan kafir dan
menolak Hudud. Namun di negeri yang mereka (Pas) tadbir tidak pula menjadi
agenda mereka untuk melaksanakan hudud. Banyak pula alasan yang mereka berikan.
Tidak pula mereka mengatakan kafir sesama sendiri. PKR juga menyatakan pendirian tidak
melaksanakan Hudud namun tidak pula Pas mengatakan mereka kafir. Kafir mereka
hanya untuk orang Umno. Umno tidak mengatakan mereka menolak Hudud cuma buat
masa ini ianya masih belum sesuai untuk Malaysia memandangkan orang Islam
disini masih belum menguasai ekonomi dan kurang pemahaman mengenai Hudud. Jadi
disinilah aku merasakan Pas dan Umno perlu duduk semeja untuk berbincang
mencari jalan bagaimana untuk mendidik orang Islam berkenaan hukum Allah itu. Aku
juga termasuk dalam golongan yang kurang arif mengenai Hudud. Para agamawan dan
pemimpin negara seharusnya memainkan peranan untuk memajukan Islam bukan
sebaliknya yang hanya mahu mendapatkan kuasa dengan memusuhi saudara seagama.
Aku menyokong jika Hudud dilaksanakan. Namun sebelum itu, orang
Islam di Malaysia perlu betul-betul memahami apa itu hukum Hudud. Selain itu,
peratusan ekonomi orang Islam mestilah tinggi bagi mengelakkan kejadian yang
tak diingini. Ingat, andai orang Islam tidak menguasai ekonomi, kita akan
terpinggir. Kes-kes jenayah seperti mencuri kebanyakan oleh orang Islam. Banyak
lagi isu-isu yang perlu diperincikan sebelum kita boleh melaksanakan Hudud. Aku
tidak mempertikaikan hukum ini, ini hukum Allah. Cumanya aku mahukan orang
Islam bersedia untuk menerima dan memahami sepenuhnya Hudud. Dan aku juga mahu
ia dilaksanakan untuk semua rakyat Malaysia tak kira bangsa dan agama. Tidak
seperti Pas yang mahu dilaksanakan hanya kepada orang Islam. Jika dilaksanakan,
biarlah kepada semua kerana mereka semua warganegara Malaysia. Dalam hal ini,
Pas dan Umno seharusnya duduk semeja bagi membincangkan pelaksanaannya bukan
saling bermusuhan yang merugikan kita umat Islam di Negara kita sendiri. Apa
salahnya jika mereka bersatu demi agama dan sekurang-kurangnya berbincang dalam
merangka draf undang-undang Hudud terlebih dahulu. Selepas itu, apabila orang
Islam bersatu dan kembali kuat, pada masa itulah hukum ini dilaksanakan sedikit
demi sedikit. Ini tidak, Pas tetap tidak mahu bersatu sedangkan Umno telah
membuka pintu rundingan pada sedikit
masa dulu. Aku pun tidak faham dengan kerajaan perpaduan yang telah di
cadangkan oleh beberapa pemimpin Pas sebelum ini. Ia telah mendapat tentangan
yang hebat dari pemimpin yang kononnya memperjuangkan Islam. Pemimpin yang aku
maksud kan adalah Tuan Guru Nik Aziz. Susah untuk aku mengerti pemimpin seperti
Nik Aziz menolak perpaduan demi agama ini kerana dendam beliau terhadap Umno.
Hj Hadi telah bersetuju namun Nik Aziz tetap dengan pendiriannya dan lebih suka
bersatu dengan Dap.
Pas tidak akan dapat melaksanakan Hudud selagi bekerjasama dengan
Dap. Itu fakta. Pkr pula tidak boleh diharap. Kebanyakan pemimpin mereka adalah
beragama Kristian dan disebabkan itu mereka menyokong penggunaan kalimah Allah
dalam bible. Pas bertanding 77 kerusi dan jika ditakdirkan menang kesemuanya,
masih belum mampu untuk meminda undang-undang dalam perlembagaan. Ini kerana
penggubalan itu akan mendapat tentangan dari orang bukan Islam seperti Dap,
Mca, Mic dan parti-parti lain yang bukan Islam. Pas memerlukan lebih dari 112
kerusi untuk meminda perlembagaan. Perlu diingatkan, jika Pas menang kesemua 77
kerusi bermakna Umno akan kalah teruk kerana Pas bertanding dalam melawan Umno.
Sebab itu untuk melaksanakan Hudud Pas dan Umno perlu bergabung. Tetapi
disebabkan mahukan kuasa, mereka saling tidak mahukan semua itu berlaku. Segala
pertelingkahan mereka selama ini amat merugikan umat Islam dan yang
menguntungkan tentulah kepada puak-puak kafir. Mereka hanya menunggu masa yang
sesuai untuk memerintah negara kita. Disebabkan itu jika kita lihat kaum Cina
kini bersatu hati walaupaun mereka mewakili BN. Namun sayangnya, orang Melayu
tidak begitu. Orang Melayu adalah majoriti namun kita memilih untuk berpecah
kepada 3 parti politik yang menjadikan kita semakin menjadi minoriti. Aku
mahukan orang Melayu sedar permainan kaum lain. Aku akan rasis sekiranya
melihat bangsa aku diganggu gugat ditanah air sendiri. Walaupun suara aku tidak
didengar oleh pemimpin politik namun aku merayu agar pintu hati mereka akan
terbuka untuk bersatu dan seterusnya menjadikan agama dan bangsa gemilang di
bumi bertuah ini.