Suram dan sunyi.
Begitulah perumpamaan apa yang aku rasakan masa ini. Bagai filem hindi tanpa
lagu, bagai kan
hero tamil tanpa misai, bagai drama melayu yang tak ada watak pendengkinya. Bak
kata Karam Singh Walia, terbakar kampung nampak asap, terbakar dihati siapa
tahu?.. Tak ubah seperti lagu pudar nyanyian Rossa, dan juga kosong nyanyian kumpulan Dewa19.
Semua itu menggambarkan perasaan lelah yang aku terpaksa harungi hari demi
hari. Bukan mudah untuk aku melalui saat-saat tanpa dia. Semakin kuat untuk aku
melupakan dia, semakin menggunung aku teringatkan dia. Aku kalah dalam melawan
perasaan sendiri. Senyuman yang aku ukirkan hanyalah satu lakonan semata-mata
dimana ianya akan merangkul anugerah academy awards untuk 2 tahun
berturut-turut jika dipertandingkan. Begitu realistik sekali.
Aku masih lagi
tak dapat membiasakan diri. Menelan kelat dan pahit. Masih teringat detik-detik terakhir diantara aku dan dia.
Saat dimana aku merasakan seolah-olah kehilangan perasaan. Rupa-rupanya untuk
melihat seseorang itu pergi, ternyata sangat sukar. Senyum pahit itu hanya
untuk menutupi kesedihan yang bersarang dihati. Sekalipun mata bertentang mata,
mulut terkunci dari berkata-kata, namun hati masih lagi memainkan peranannya.
Tidak kasihan kah hati ini kepada aku?. Apa salah aku?. Tak bolehkah hati ini
terus membiarkan aku diulit kegembiraan walaupun setelah melihat dia pergi?.
Dia hadir dalam hidup aku dengan penuh kegembiraan. Tak bolehkah dia pergi
meninggalkan aku juga dengan kegembiraan?..Aku tak meminta banyak dari hati,
hanya 1. Cukuplah sekadar aku boleh menjalani kehidupan seperti sediakala tanpa
dihimpit rasa yang menghimpit. Ini tidak, terus menerus menekan aku tanpa
ehsan.
Lagu bergenrekan
rock bukan lagi menjadi perhatian aku.
Buat masa sekarang aku hanya melayan lagu-lagu yang menyentuh perasaan
dikala keseorangan. Lagu-lagu lama, lagu-lagu Indon menjadi siulan. Hanya gitar
menjadi peneman setia dikala ini. Ya,
gitar ini setia untuk mengharungi detik-detik susah dan senang bersama.Sentiasa
ada bersama aku di kala aku memerlukan. Boleh membuai perasaan dikala talinya
di petik dan di mainkan. Aku sangat bertuah kerana gitar ini kadang-kala
menjadi pengubat rindu. Ianya tak akan meninggalkan aku walaupun pelbagai
dugaan yang datang melanda kecuali jika aku menjualnya untuk mendapatkan
sedikit duit. At least, masih ada sesuatu yang bersama aku ketika aku dalam
keadaan down yang kritikal.
Aku tak tahu
macam mana caranya untuk aku kembali normal. Dah bermacam-macam aku buat. Cuba untuk hepi dengan kawan-kawan dan cuba untuk
menyibukkan diri agar boleh melupakan dia. Tapi tak berhasil. Part yang susah
semestinya sebelum melelapkan mata. This part is horrible. I try to sleep but
what I can see is the memories between us. Fuuh, sepeking London..Betul, apa
yang telah aku dan dia lalui mesti aku teringat seolah-olah masa itu wayang
telah bermula. Ianya penuh dengan gelak tawa. Dan aku merindukan semuanya
tentang dia. Semuanya tentang kami berdua.
Kini aku cuma
berharap masa itu berlalu dengan pantas. Aku nak cepat untuk melupakan dia.
Kalau lah otak ni macam memori kad, boleh di simpan dah didelet, kan senang.
Tapi, secara jujurnya, jauh disudut hati, seandainya aku ada kuasa untuk
membuang segala apa yang telah aku dan dia lalui, aku tetap akan membiarkan
semua itu tersimpul rapi dalam ingatan. Tidak akan sesekali untuk membuangnya. Detik-detik
itu sangat indah. Kami berkongsi ketawa dan kesusahan bersama. Aku bertuah
kerana mengenali dia. Dan aku juga berharap dia tidak menyesal mengenali aku.
Aku nak dia tahu aku akan terus mendoakan dia.
No comments:
Post a Comment