Friday, March 2, 2012

nothing to say

Rasa macam dah lama tak wat entry baru.Dah tak da idea sebenarnya nak menulis apa.Buat masa ni tak ada apa2 yang menarik pun untuk diceritakan.

Mmmm...sedar tak sedar sekarang ni dah masuk bulan 3...Cepat betul masa berlalu..Dah 6 bulan jugak arwah mak meninggalkan kami skeluarga..Aku rindukan mak..Sentiasa..Aku merasakan seandainya masa itu dapat diulang kembali, aku nak melakukan sesuatu yang lebih baik kepada mak. Memang aku sangat2 nak buat macam tu. Aku nak jadi anak yang lebih baik. Masih terbayang-bayang lagi pada apa yang berlaku di depan mata aku pada hari itu...Sekurang-kurangnya, aku berkesempatan untuk berada bersama-sama mak...Tak la aku ralat terkilan sngt...

Aku teringin sangat berjumpa dengan mak sbenarnya walaupun hanya dalam mimpi. Aku masih tak brpeluang untuk itu seperti mana kakak aku. Ya, kakak aku pernah bermimpikan arwah mak...Mendengarkan tu, aku rasa cemburu. Mungkin kakak aku anak yang lebih baik kalau nak dibandingkan dengan aku. Ya lah, sepanjang hidup mak, kakak aku sentiasa bersamanya. Apa sangatlah pengorbanan aku kalau nak dibandingkan dengan dia...Aku harap doa aku akan dimakbulkan satu hari nanti....

Benar kata orang, kita kena menghargai ibu-bapa sementara mereka masih hidup..Berbakti kepada mereka. Jika tak, kita akan menyesal nanti..Aku dah tak punya sapa-sapa lagi...Tu lah yang membuatkan aku merasa seperti keseorangan...Aku masih memerlukan ayah dan mak...Banyak benda yang aku masih tak dapat tunaikan pada mereka....NAmun, aku masih bersukur kerana aku sempat brsama arwah ayah selama 12 tahun dan arwah mak selama 28 tahun...Jasa mereka tak dapat aku nak balas. Moga roh ayah dan mak ditempatkan di golongan orang yang soleh dan solehah...

No comments:

Post a Comment