Thursday, March 22, 2012

anugerah

Semalam masa kat rumah aku tak tahu nak buat apa. Aku bukak tv. Tengok cerita apa yang ada. Aku terbuka cerita haruskah ada rindu. Saja layan kejap, Cerita pasal fall in love kat orang asli..Mm..Tengok saja la..Tu pun sekejap ja.. Tapi bukan cerita tu yang aku nak bagitau..Cuma aku agak tertarik dengan satu ayat dalam cerita tu. Ayat tu memang dah femes sebenarnya....CINTA ITU SATU ANUGERAH..(Malam-malam cenggini mood jiwang tu mai merasuk..hehe)..Aku cerita ni dalam konteks kemanusiaan..Cewaahh...

Memang. Cinta adalah satu anugerah. Perasaan itu datang tanpa kita meminta. Tanpa menduga dan datang secara tiba-tiba. Bak kata pepatah, cinta itu buta..Tidak..Cinta itu tak buta cumanya kita yang buta sebab cinta. Bila perasaan itu hadir, kita sudah tidak kira siapa pun orangnya. Tak kisah asal usul ataupun kekurangan dia. Kita menerima dengan penuh rasa gembira hatta dia merupakan orang yang pernah kita benci sekalipun..Kerelaan hati menerima itu tanpa prejudis.

Sukar untuk mentafsirkan perasaan itu sebenarnya. Biar menterjemahkan dengan sajak, dengan puitis namun ianya tetap sukar untuk difahami. Satu perasaan yang membuatkan seolah-olah diulit kebahagiaan. Apabila seseorang mula merasai perasaan itu, hari-hari yang dilaluinya adalah indah.

Seseorang boleh berubah hanya kerana merasai perasaan ini..Hati yang dulunya keras akan bertukar menjadi lembut. Sanggup berbuat dan berkorban asalkan dia terus gembira. Hidup juga seolah-olah menjadi satu perangsang dan bersemangat kerana adanya dia. Menjadi lebih bertanggungjawab dalam perhubungan dan saling menjaga hati masing-masing. Manjadi tempat segala luahan dan perkongsian biar cerita gembira mahupun duka. Semua itu dikongsi bersama.

Banyak lagi yang nak diceritakan namun aku pun bukan lah pandai sangat..Macam mana aku tahu dan boleh faham perasaan ni?? Sebab aku pernah rasa sebelum ini...Aku tahu macam mana perasaan tu cuma susah untuk aku gambarkan..Tapi adat la, tak semuanya indah secara realitinya..Kita kadang-kadang boleh dapat pengalaman daripada kawan sekeliling kita..Ada yang berakhir dengan hepi ending dan juga sebaliknya...kita tawakal. Tanam dalam diri kita Allah telah mengatur sesuatu yang lebih baik atas setiap benda yang berlaku.  

'kalau aku tahu peritnya cinta, aku tak ingin untuk merasainya,
 namun kalau aku tahu indahnya cinta, aku sanggup untuk melalui 1000 keperitannya.....'

akhir kata, marilah kita mengundi dan menunaikan kewajipan kita...hehehe

No comments:

Post a Comment