Friday, November 12, 2010

am i mat blogger???

Rasanya tak kot..Ntah.Lagipun aku rasa post2 aku semuanya tak fleksibel..Merapu ja lebih..Aku pun tak tahu apa yang patut aku tulis..Dah tak ada idea..Bila aku tgk blog orang lain, rasa blog aku ni banyak sngt kurangnya..Blok mereka lebih cantik, berinfomasi dan yang lebih penting berilmu. Tu yang aku suka..At least, berguna jugak.. Selalunya aku suka lawat politik bloggers. Best..Macam2 info boleh dapat..Siap maki hamun pun ada..Tak kira la yang pro kerajaan mahupun pro pembangkang..Masing2 cuba pertahankan idealogi politik mereka..Aku bukan apa, sekadar ambil tahu..Lagipun aku minat bab2 politik ni..Bagi aku politik ni penting..

Sebenarnya sebelum ni aku tak pernah terfikir pun aku nak ada blog..Aku mula berkecimpung dalam bidang ni disebabkan seseorang..Aku buat blog ni hanya untuk tujuan peribadi.Dan jugak tempat berkongsi cerita aku dan dia..Walaupun ianya dah berlalu,aku rasa aku akan teruskan kerana tahu lambat laun blog ni tetap akan berkubur dengan sendirinya nanti..Akan tiba juga hari itu. Jadi buat masa sekarang aku buat macam biasa..Tempat untuk meluah rasa hati..Hehe. Blog ni sekadar luahan dialam maya namun ianya tetap senada dan seirama…(ayat jiwang..)

Aku pun tak tahu apa yang perlu nak diupdate. Blur..Tak ada perkembangan apapun melainkan perut aku yang semakin banyak berkembang.Seluar pun dah makin ketat.Risau aku..Tak suka..Tak suka...Ada juga terfikir nak diet tapi rasanya mcm tak boleh..Laporr..Aku rasa sekarang ni aku makin kuat makan…Pelik..Dulu tak ada selera nak makan tapi skrg ni terlebih berselera..Tambahan pulak kawan aku ada buat part time KFC..Selalu jugak bawak balik makanan. Jenuh aku..Nak biarkan kang membazir pulak.Nak tak nak makan la jugak.Jadi tekad diet tu pun hilang entah kemana..Mungkinkah tak lama lagi aku akan dikenali sebagai abang roi??..(Abang boroi)..Owh..tidak..tidak..Tak nak aku…

Agak susah kalau badan semakin berat nih..Pergerakan terbatas..Macam mana nak main futsal nanti..Dah la tu hobi aku..Macam karam singh walia kata,Futsal is my passion..Nak main bola padang stamina dah out. Futsal saja la yang mampu main..At least keluar jugak peluh..Kira adala jugak bersenam walaupun kadang2 sebulan 2 kali..Selain salah satu cara nak diet, futsal jugak boleh buat aku bebas. Aku lupa semua benda yang berserabut dalam kepala..Rasa hepi bila main..Tak ingt benda yang bukan2..Problem kerja pun hilang sementara..Sebut pasal kerja, dulu kerja bila balik rumah tak payah nak ingat apa dah.Tp sekarang ni balik kerja pun dok memikir apa akan jadi esoknya. Dateline lah meeting lah dan macam2 lagi..Pening2..

Pasal life pulak aku rasa bila umur dah semakin meningkat ni naluri nak enjoy tu dh makin berkurang..(walaupun aku ni bukan jenis kaki enjoy)..Kawan-kawan pun sebaya jadi kemahuan tidak kearah tu..Balik kerja, sampai rumah, tgk tv, sembang2, makan pastu tido..Rutin harian.Nampak macam membosankan tapi itu realiti..Sampai bila hidup ni untuk berseronok saja..Ada masanya kita kena memikirkan hidup.Apa yang realistik dan apa yang tidak..Apa yang mampu dan apa yang tidak..Aku ingt lagi kata kawan aku, benda yang paling besar sekali bukanlah bumi atau matahari tetapi nafsu..Takkan puas dengan apa yang kita miliki..Betul..Semua manusia ada..Aku pun tidak terkecuali..Dan aku bukanlah jenis yang iman kuat didada..Aku lemah..Kadang2 kemahuan tu melampaui kemampuan..Sebab tu bila aku fikir balik, aku septutnya kembali pada asas..Ntah la, hidup ni terlalu banyak kemahuannya.

So, kesimpulannya, aku bukanlah mat blogger..Aku tak bertujuan macam tu..Aku anggap ni macam diari..Agar apa yang telah aku lalui dulu pahit manis akan aku kenang disini..Yang lepas tu aku jadikan kenangan..Tak kira betapa pahitnya kenangan itu namun aku yakin satu hari nanti, aku akan tersenyum bila aku kenang kembali..Yang baik aku jadikan teladan yang buruk tu jadikan sempadan. And in the end of the day, i should live for better tomorrow. Not worst yesterday...

No comments:

Post a Comment