Dah lama rasanya aku tak
menulis..Bukan sebab tiada perkara untuk diluah tapi lebih banyak benda yang
seeloknya dipendam.
Aku nak bercerita pasal kehidupan
aku. Walaupun dah ada yang aku tulis dalam blog ni namun rasanya tak salah
kalau ditulis lagi..Ni blog aku kan..Lagipun tak ada sesapa yang baca.Ni
sekadar simpanan aku.
Aku dilahirkan dalam keluarga yang boleh
dikatakan susah. Aku dilahirkan di Pahang. Masa tu arwah ayah hanya bekerja
sebagai pengawal. Aku pun tak tahu sejarah kenapa keluarga kami berpindah ke
Pahang sebab asal usul kami di Perak. Ada juga la sedikit sebanyak kenangan aku
di sana walaupun tak lama. Rasanya aku tinggal sana sampai umur aku 4 tahun.
Salah satu yg paling aku ingat adalah kesadisan terkapit zip
seluar..,perghhhhh..nangis kawwwww punya time tu..perkara yang amat ditakuti
bagi orang lelaki…Abang aku la yang proses..Sampai sekarang
terngiang-ngiang..Benda sadis yang kedua yang aku ingat bila time maghrib kaki
aku tertusuk paku..Mak aiii..ni pun sakit ya amatt..Time tu mana ada nak p
hospital..Semua buat sendiri..Abang aku la yang tolong keluarkan lepas tu kaki
di tepuk tepuk dengan selipar…Haha..Lawak…Tapi banyak yg manis masa disana..Ya
lah..Budak2 kan..Bukan kira apa…Sepanjang hari main ja kerjanya..Masa umur aku
4 tahun kami sekeluarga pindah ke kampong halaman aku. Masa tu semua baru bagi
aku..Suasana dan persekitaran yang baru…Kawan-kawan pun taka da..Permulaan yang
sunyi…Tapi biasa lah sementara nak beradaptasi dgn sesuatu yang bar utu akan
ambil masa..Namun sesungguhnya aku rindu Pahang….
Masa sekolah rendah pun banyak
kenangan yang aku lalui. Terkenang semasa hari pertama masuk sekolah rendah.
Aku sangat teruja. Bangun seawall pagi dan yang paling bestnya arwah mak mandikan
aku..Memang seronok..Belaian seorang Ibu..Ya Allah….Aku sangat sangat rindukan
rawah mak…Kalau la aku boleh kembali pada masa lalu, setiap masa aku akan cium
mak..Tak pernah aku lupakan mak sehingga hari ini..Sepanjang aku hidup bersama
mak, mak tak pernah pukul aku..Kami hidup susah tapi mak tak pernah merungut.
Kadang2 mak ikut arwah ayah ke laut untuk mencari kayu. Masa tu ayah berniaga
kayu. Mak juga pergi ke sawah..Sanggup jalan berkilometer semata mata mencari
pendapatan tambahan..Aku lah yang ditugaskan ambil mak..Namun kadang2 aku
malas..Ya Allah…Teruknya aku…Pengorbanan seorang mak dan ayah..Aku sangat
sangat merindukan mereka..Memang aku berasa iri hati bila ada kawan-kawan yang
masih ada mak ayah..Aku dah tak dapat nak peluk mak..Tak ada kata yang dapat
menerangkan betapa aku merindukan mak ayah..Sedalam dalam lautan dalam lagi
mereka aku rindukan..Aku banyak dosa dengan mak ayah..Aku juga tak sempat nak
balas jasa mereka..Kadang kadang bila rindukan mereka, terasa perit ya
amat..Tak ada perkara yang boleh buat aku menangis selain dari rindukan mak
ayah..Sesungguhnya siapa yang masih ada mak ayah adalah sangat beruntung…Aku
nak salam pun dah tak berpeluang..
Masa sekolah menengah boleh
dikatakan zaman kegemilangan. Masa ni
kawan-kawan pun dh ramai. Dah mula mengenal dunia. Menerokai dunia. Namun aku
beruntung kerana aku dikelilingi kawan-kawan yang baik. Taka da la aku terjebak
dangan dadah ganja bagai. Lagi pun masa tu tak semoden sekarang. Lebih
terdedah. Dulu hanya tahu main. Teknologi ni jangan cakap lah..Paling hebat
bergayut guna telefon rumah jaa..Masa 1st ada telefon rumah, aku
ngan kak aku punya jakun sehinggakan telefon bordering semua pakat serbu..Yang
paling jakunnya bila sanggup cari public phone semata mata nak
dengar deringan..Hahahaha..Lawak
sungguh…Benda baru kan…Lama kelamaan nak angkat pun dah malas…Masa sekolah
menengah nil ah aku mula gatai..Kata orang utara..Aku dh mula kenal
perempuan..Tapi sungguh, aku sukakan dia pada pandangan pertama..Pada hari
pendaftaran sekolah menengah..Sekali pandang terus aku impikan dia..Aku pun tak
tahu kenapa..Aku dah ceritakan dlm blog sebelum ni..Tapi serius, aku percaya
pada cinta pandang pertama..Walaupun naluri budak-budak tapi aku
bersungguh-sungguh..Dipendekkan cerita dia Cuma menganggap aku sebagai kawan
baik..Kata keramat dia sejak bertahun tahun, friendship forever..Dia lebih
memilih kawan baik aku dari aku..Tapi akutetap tak mengalah..Aku tetap menunggu
dia..Bayangkan dari tingkatan 1 sampai ke umur 20 lebih sehingakan ada juga aku
menolak orang lain yang bersungguh sungguh pada aku..Dah la baik orangnya..Aku
rasa bersalah tetapi nak buat macam mana. Takkan aku perlu paksa diri aku?
Nanti aku dan dia juga yang merana. Betullah kata orang, 1st love ni
memang susah untuk dilupakan..Dan takkan lupa..
Selepas habis sekolah menengah,
Aku memasuki alam pekerjaan secara rasmi. Walapun secara tak rasminya aku
selalu pergi ke laut waktu cuti sabtu dan ahad. Ya lah, duit belanja aku yang
cari sendiri untuk makan disekolah..Aku tak nak la susahkan arwah mak yang tak
bekerja. Dengan kelautlah aku boleh membeli RXZ..Motor pertama aku..Masa tu
dikampung aku RXZ sangat lah femes.Tapi aku tak pernah terlibat dalam geng2
rempit ni..Pakai hanya sekadar minat..Aku berkawan dengan geng-geng tak
buas..Paling jahat yang kami buat tak da benda lain, tak snooker, karaoke. Tu
saja aktiviti cuti kami.Aku mula kerja kilang..Solectron..Kerja 12 jam tapi
seronok.Dengan suasana dan kawan2..Kawan2 pun ada dari macam macam daerah.
Dapat juga pengalaman merasai suasana kampong diaorang. Masa di kilang nilah
aku menolak seseorang yang berharap pada aku. Sungguh aku tak berdaya..Dia
sangat baik..Super baik..Tapi bukan jodoh kami..Dia pun dah kawin dgn seseorang
yg lebih baik dari aku..Ada hikmahnya…
Fasa kehidupan aku seterusnya
adalah aku mendapat kerja kerajaan. Aku bersyukur sebab doa aku dimakbulkan.
Tak ada banyak benda untuk diceritakan cumanya kehidupan aku berubah. Aku
tinggal dirumah sewa. Duduk bersama-kawan kawan. Masa ni aku mula berkawan
dengan seseorang. Perkenalan melalui media social dan akhirnya terjadi. Aku
memang serius dan bersungguh dengan dia sampaikan ajak dia kahwin tapi dia
menolak sebab kata muda lagi. Akhirnya tiada jodoh antara kami tapi kenangan
dengan dia memang susah aku lupakan. Kiranya kali ni 1st time aku
patah hati secara rasminya. Rupanya memang perit..Perit sangat..Dalam sungguh
luka..Makn pun taka da selera. Hidup berubah dari happy ke masam mencuka. Hari
hari yang dilalui macam tak kena..Sungguh dia memberi kesan yang amat dalam
sekali. Benar kata orang..Kalau kita terbang tinggi bila jatuh, kita yang akan
parah. Tk dapat aku jelaskan peritnya aku rasa …Kira setahun juga lah aku ambil
masa untuk tenangkan hati ni.. . Bagi aku, aku tak akan lupakan dia dan tak ada
sesiapa yang boleh menggantikan perasaan aku terhadap dia.
Rupanya aku tersilap..Kali kedua
aku tewas lagi. Pada seseorang yang aku sendiri tak jangka. Dengan sepantas
kilat pula tu..Permulaan hanya kawan biasa.Kenal melalui kawan kepada
kawan. Berhubung melalui mesej sehingga
hari2 kami bermesej..Perasaan itu hadir tanpa dipinta. Aku cuba melawan tapi
tewas..Bukan sebab apa, sebab dia dah pun ada seseorang. Tapi aku kalah dengan
perasaan sendiri..Aku memang setiap masa bergelut dengan perasaan aku tapi
kehidupan aku lain dengan dia. Bila kami berdua, gelak tawa itu membuatkan kami
terlupa siapa kami sebenarnya..Siapa kami yang sepatutnya. Hidup aku kembali
disinari. Tak ada hari hari yang aku tak gembira bila dia ada kecuali bila dia
meragam..Haha..Biasa la perempuan…Tapi mmg betul dia tu sinar bagi aku..gelak
tawa kami, kenangan kami, keriuahan kami tak akan aku lupakan sampai bila
bila..Ada hikmahnya kami taka da jodoh. Tapi dia hebat. Klu yang dulu aku kata
tak ada sesiapa yg dapat menggantikan perasaan aku, aku tersilap lg..Dia lebih
dari itu dan kesannya aku lebih perit kali ni…klu dulu aku cedera parah, kali
ni cedera yang sangat parah..tk perlu tulis panjang panjang, cukup sekadar aku katakan
yang aku tersangatlah patah hati…Macam mana aku nak lupakan dia yang mana
terlalu banyak kenangan antara kami. Tapi aku tetap pasrah dan terus berdoa
mengharapkan sesuatu yang terbaik…
Setahun lebih juga aku ambil masa
untuk merawat hati. Dan kali ni Allah
permudahkan. Tanpa sedar. Masa berlalu pantas. Sedar-sedar aku dah bertunang.
Dan akhirnya berkahwin. Hanya ambil masa lebih kurang 5 bulan dari perkenalan
kami..Dia pun nasib seperti aku sebab gagal dalam hubungan. Kami berkahwin
tanpa mengenali dengan lebih rapat. Taka da bercinta macam orang lain. Kami
tahu kehidupan kami diatur dengan baik. Akhirnya kami berkahwin. Pada awal
perkahwinan rumah tangga ni memang sukar sikit sebab kami tidak saling
mengenali tapi kami bertahan sehingga sekarang kerana hubungan ini kami tidak
meminta kesempurnaan masing masing kerana taka da siapa yang sempurna..Walaupun
sekuat mana hati aku pada 1st love, kedua dan ketiga namun akhirnya
aku dikurniakan seseorang yang lebih baik..Bukan bermaksud mereka tidak baik
tapi makna lebih baik itu adalah kesesuaian setiap pasangan yang telah
ditetapkan..Kami dikurniakan anak perempuan pada disember 2014. Kehidupan aku
lagi sekali berubah. Bertambah lagi keluarga aku. Mempunyai anak adalah satu
rahmat yang tak terhingga. Dan kini kami juga dikurniakan anak perempuan kedua.
Lahir pada 14 September 2018..Syukur Alhamdulillah…
Dan kini, aku masih dalam
percubaan untuk berubah. Berubah kearah ketuhanan. Walaupun kadang kala aku
gagal, tapi aku akan terus mencuba dan berdoa akan diberikan kekuatan.Aku bukan
lah hamba yang baik. Aku menzalimi diri sendiri..Aku akan berusaha untuk
berubah..Moga dipermudahkan…