Friday, October 27, 2017

Tahniah Cik Coklat

Aku nak mengucapkan beribu-ribu tahniah kepada cik coklat kerana baru-baru ni selamat melahirkan seorang lagi umat nabi Muhammad SAW..Anak dia yang ketiga. Walaupun aku tidak menziarah atau mengucapkan tahniah tetapi sesungguhnya aku hepi..Aku tumpang hepi dari kejauhan.Setelah apa yang dia lalui, aku sebagai kawan sudah tentu aku mahukan dia sentiasa dalam keadaan yang selamat. Mungkin sekarang ni kami tak seperti dahulu lagi namun persahabatan kami tetap akan terus wujud. Apa pun tahniah diucapkan pada cik coklat. Didoakan akan semakin berbahagia dengan kehidupan bersama keluarga..

1 comment:

  1. Tq... alhamdulillah.... semoga cik cokelat tu bahagia .....insyaallah... bahagi perlu dicari adakala yang di hadapan tersembunyi rahsia disebalik.... tahniah jugak untuk cik cokelat ^^^_____^^^

    ReplyDelete