Assalammualaikum Cik Swetie
Pertamanya aku akan
singkatkan Cik Swetie kepada CS. Supaya lebih mudah menulis dikala ruang waktu
yang terbatas. Maaf sebab setelah sekian lama baru sempat untuk mengupdate blog
yang sekian lama ditinggalkan..Sebelum aku memulakan kata, terlebih dahulu
ingin aku katakan yang aku rindukan CS. Aku rindukan CS sebagai salah seorang
kawan baik aku (perempuan) walaupun sebelum ini aku hampir tersuka tanpa
sengaja.(masa dia blm kahwin dululah).Heheh..
Banyak juga kenangan
antara aku dengan dia. Dari dia mula lapor diri sampailah dia kahwin. Dari mula
1st jumpa sampai lah kali terakhir masa meeting tempoh hari.
Walaupun dia tak perasan aku selalu curi pandang dia, tapi melihat dia
membuatkan aku happy..CS masih tak banyak berubah..Comel seperti selalu..Dan
juga kepoh…Heheh..
Baru-baru ni CS ada
mesej aku menceritakan apa yang dia lalui. Seperti selalu, aku mendengar dan
memberi sedikit nasihat yang tak seberapa. Ye lah, nasihat ni memang senang
diucapkan tapi untuk membuatnya amatlah payah. Contohnya aku dengan tega
menyuruh dia melupakan seseorang sedangkan aku sendiri melalui pengalaman aku
amatlah perit untuk membuat sebegitu. Perit seolah olah hati bagai dihiris dan
ditusuk. Luka luaran memang boleh diubati namun luka dalaman hanya tuhan yang
tahu macam mana susahnya.
Walaupun macam tu,
keperitan itulah yang akan memberi kita kekuatan. Kekuatan untuk terus hidup
berdepan dengan kesakitan yang amat. Kita tak kan tahu bagaimana sakitnya untuk
melupakan seseorang sehinggalah kita sendiri melaluinya. Percayalah, amat perit
sekali. Aku sendiri dah melalui 3 kali frust.
Berbalik kepada
permasalahan CS. Walaupun mungkin sekarang ni dah selesai, bagi aku dia patut
melupakan dan membuang mamat itu dari hidup setelah apa yang dia ceritakan.
Sebagai lelaki mungkin aku faham jenis apa lelaki itu. Aku nak kata buruk pada
mamat tu pun rasanya tak berguna. CS lebih mengenali dia. Jadi better CS
sendiri yang buat keputusan. Cuma pesanan terakhir aku, jangan lagi BERMESEJ
dengan dia..Jangan sekali kerana nanti akan ada kali keduanya..Harapnya..
Kepada CS, walaupun
kita tidak lagi bermesej seperti dulu, tidak berutus surat seperti dulu,
kenangan antara kita tak kan dilupakan..moga kita dapat bersahabat selagi kita
mampu bersahabat. Hilang seorang sahabat akan datang lagi 100 sahabat namun
yang seratus itu tak kan sama dengan yang seorang itu..
Maafkan MP kalau
selama ni ada tersalah bahasa, tersilap kata, terguris bahasa..MP tak
berniat..Dalam diam dan kejauhan MP sentiasa doakan kebaikan untuk CS dan
keluarga..Moga kita berjumpa lagi..