Sudah lama aku tidak menulis.
Tiada idea atau cerita yang dapat aku ceritakan tentang kehidupan ini. Kehidupan
berjalan seperti biasa. Ada masa gembira ada masa berduka. Itu lumrah. Tapi
itulah yang membuatkan hidup lebih bermakna. Aku gembira dengan kehidupan aku.
Aku dikelilingi kawan kawan yang baik. Rakan sekerja yang baik. Rakan setaman
yang baik. Sepertinya aku menikmati kehidupan ke arah lebih baik saban tahun. Namun,
hidup aku cuma kekurangan satu sahaja. Kekurangan yang nyata. Kekurangan yang
tidak dapat ditampung. Aku kekurangan kasih sayang dari arwah mak dan arwah
ayah. Mereka tidak dapat melihat kehidupan bekeluarga aku. Tidak dapat melihat
cucu mereka membesar. Hari raya aku kesunyian tanpa mak dan ayah. Dan
sememangnya aku sunyi tanpa mak ayah. Taka da kata yang dapat menjelaskan
kesunyian aku tanpa mereka dalam kehidupan. Kalaulah masa dapat diputar kembai…….
Dari sudut keluarga,
Alhamdulillah semuanya baik dan aku bersyukur atas rahmat yang diberi oleh
Allah walaupun aku adalah hamba yang zalim. Dan aku masih lagi dapat menikmati
keindahan hidup ini sekalipun aku banyak berbuat dosa. Begitu besarnya kasih
tuhan terhadap aku. Ya Allah, aku tidak layak untuk mendapat segala kurniaan
ini. Aku malu. Adkalanya aku merenung langit dan aku berfiir, nikmat apa lagi
yang aku dustakan. Allah telah makbulkan
setiap apa yang aku dokan dan aku tetap hidup dengan melampaui batas.
Betapa teruknya aku menzahirkan kesyukuran aku. Aku bukan lah berani dengan
kematian bahkan setiap hari kematian berlegar legar dalam kepala aku. Macam
mana aku mati? Macam mana kalau aku kena kanser?macam mana kalau aku
kemalangan? Aku takut berdepan dengan kematian tapi dalam masa yang sama aku
tetap dengan keangkuhan. Kematian tetap akan tiba tapi aku takut kerana amalan
aku yang tak seberapa jika hendak dibandingkan dengan dosa aku yang menggunung.
Kebaikan aku ibarat 1 buih di tengah tengah lautan. Aku belum cukup kuat. Aku
lalai. Leka dan alpa dengan keduniaan. Hati aku lebih sayangkan dunia dari
akhirat. Benar orang kata, jika sayangkan dunia akhirat akan meninggalkan kita
tetapi jika kita sayangkan akhirat, dunia akan mengejar kita. Baru diuji
dsengan sedikit nikmat dunia aku telah lupa daratan inikan pula jika Allah
berikan aku kemewahan hidup. Aju adalah hamba yang tidak bersyukur. Tamak dan
lupa diri. Apa lagi yang dapat aku katakan. Sesungguhya aku sangat iri hati
bila melihat orang yang jauh lebih baik dari aku dari sudut agama. Kenapa aku
tidak boleh menjadi seperti mereka? Tapi bila difikirkan balik Allah telah
kurniakan rezeki untuk kami membeli rumah diamana aku tinggal sekarang. Dan
disini aku dikelilingi kawan-kawan yang diri mereka dekat dengan masjid dan
surau. Ini juga adalah rahmat tuhan. Doa aku dimakbulkan melebihi dari apa yang
aku mohon. InsyaAllah aku akan cuba berubah menjadi lebih baik. Aku tahu aku
akan tewas tapi aku akan terus cuba menjadi lebih baik.