Saturday, May 5, 2012

redang....27.04.2012


Minggu lepas aku telah bercuti di Pulau Redang di Terengganu...Alhamdulillah syukur kami semua selamat pergi dan balik tanpa sebarang masalah..Akhirnya, hajat aku yang bertahun-tahun telah pun termakbul. Macam tak percaya ja aku dpt menjejakkan kaki aku di Redang..

Dipendekkan cerita, bila dah sampai disana, memang aku rasa teruja sangat. Ya la, aku suka kan air lautnya. Kebiruan. Cantik sangat dan jernih. Kiranya boleh nampak apa yang ada di dasarnya..Huh, memang aku suka sangat dengan keadaan sekeliling. Pemandangan yang cantik..



Selepas makan tengah hari, dengan tidak sabarnya aku terus mandi laut dengan kawan aku. Jadi macam budak2. Terjun sana, terjun sini..Menyelam sana, menyelam sini..Hehe..Biarlah orang nak kata kami ni jakun sekalipun. Aku tak kisah. Aku ni anak pelaut. Jd aku sukakan laut.


Merenung apa pun aku tak tahu..heheh..

Dlm air pun nak berayban lg...hehehe..Maklumlah, panas terik..Sunburn jgn cakaplah, Kulit aku ni yg seputih orang Korea habis hangus. Musnah impian aku untuk join K Pop..Huhu

Pas puas mandi manda, rehat sekejap di teratak yang bahagia. Hasil penat lelah kami yang membinanya untuk tempat kami beristirehat. Walaupun tidaklah besar, namun ianya umpama baiti jannati. Menyenangkan..Heheh







Pukul 2.30 akan bermulanya prpgram kami. Saat yang ditunggu-tunggu..Snorkeling..Yeaaahhhhh..Aku suka..This is what i want....Tak sabar rasanya nak meng explore lautan...Tapi sayang, tak ada kamera yang boleh tangkap dalam air...

Oleh sebab ni 1st time aku snorkeling, memang aku agak terkejut dan teruja. Omputeh kata excited...Soo excited...Ya la, airnya jernih sngt..Boleh nampak apa sj..Coral dengan ikan..Cantik2..Aku juga berpeluang bg roti utnuk ikan. Semuanya berebut sampai ada yg gigit tangan aku..Hehe..Besttt...Depan mata aku..Macam 3d..Aku snorkeling sepuas-puasnya...

Petang tu kami pun balik. Lepak2 kat chalet..Makan petang..Lepas tu lepak pulak di tepi laut..



Malam tu aktiviti bebas..Lepas makan tu tengok tv kejap. Tengah malam tu pulak aku ikut kawan aku menchandart sotong dengan memancing. Time tu memang suasana sangat indah... Gelap dan sunyi.Angin lembut juga turut bertiup dan sekali sekala dengar desiran ombak. Lautan dan pulau-pulau berhampiran menjadi pemandangan.Ditambah pulak ditemani cahaya bulan dan bintang yang berkelipan di langit.

     Ingin aku meminjam cahaya bulan
     agar bisa malammu aku terangkan....
   
     Ingin aku mengait bintang
     untukmu ku jadikan sebuah kerongsang,

Pergghh...Malam2 macam ni memang buatkan aku menjadi jiwang karat..Terkenang cerita yang indah2..Hehehe.. Memang full pakej untuk suasana yang romantik.Aku menjadi sangat tenang. Tidak ada sebarang masalah yang berserabut..Damai...

Hari kedua macam biasa, snorkeling di waktu pagi di sebelah petang juga sama...Dipendekkan cerita, semuanya memang cantik..Aku suka...Percutian ni memang bermakna bg aku. Pengalaman yang tak aku lupakan....InsyaAllah klu ada peluang lg, aku akan ke cni...

Masa balik tu kami sempat ronda2 di Kuala Terengganu..Pergi pasar Payang dan macam2 lg...Banyak..Aku pun dah lupa..Memang seronok..Aku suka Terengganu...Suasananya dan yang palin best tentulah aweks-aweks Ganu...Hehehehe...Apa pun, Aku enjoy dengan percutian kali ni...So, next vacation is Genting..Heheh...

Penuh dengan keropok...


Kalau perempuan tengok ni mesti rambang mata..huhu


No comments:

Post a Comment