Wednesday, January 12, 2011

huhu...

Seseorang telah bertanya kepada aku, “boleh tak nak tinggal semua ni, balik cm dulu?..Soalannya ringkas namun sedikit sebanyak membuatkan aku sedikit termanggu..”Balik macam dulu??” Seperti ada kekesalan yang membelenggu hatinya.

Aku kurang jelas apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan soalan itu. Aku sebolehnya cuba memberi jawapan yang tepat. Namun aku rasakan seolah-olah jawapan aku telah menimbulkan lebih banyak persoalan. Aku bukanlah seorang pendengar yang baik. Apatah lagi nak jadi motivater yang baik. Tapi secara jujurnya soalan itu aku juga sering bertanya pada diri aku sendiri. Cuma mungkin versi dia dan aku sedikit berbeza .

Teori aku:

Kalau apa yang di maksudkan olehnya ialah mengubah masa lalu untuk tinggalkan kesedihan hari ini, aku rasa jawapannya mudah. Tiada siapa pun yang mampu berbuat demikian. Prinsipnya senang, kalau kita tahu apa yang berlaku hari ini adalah menyakitkan untuk kita, tentu kita akan mengubahnya pada masa dulu.Dan kalau benar manusia mampu melakukannya, dah tentu tak kan ada kesedihan dalam dunia ini.

Ataupun tinggalkan semua yang dimiliki hari ini untuk kembali menjadi seperti dulu hanya kerana untuk lari dari kesedihan, sememangnya dia boleh lakukan. Namun aku tak pasti samada dia akan dapat menghilangkan parut kesedihan itu.

Sudah menjadi lumrah, yang manis dan yang membahagiakan kita, kita akan mengenangnya dan berharap ianya akan berulang lagi dan lagi. Tetapi tidak pada kesedihan mahupun kekecewaan. Kerana impak kesedihan itu amat besar pada diri seseorang. Untuk melupakannya, tentu sekali akan mengambil masa yang panjang. Bagi orang yang bersifat positif, walau apa pun yang terjadi, semua itu adalah pengalaman. Berbeza bagi orang yg agak sukar menerima kesedihan, mereka perlu belajar untuk menelan hakikat bahawa kadang-kadang hidup ini memang menyakitkan. Lumrah. Sebab itu hidup ini perlu kuat. Sekurang-kurangnya kita masih lagi ada orang di sekeliling yang mampu membuatkan hidup kita menjadi lebih bermakna.

Kadang-kadang soal hati ini memang sukar untuk difahami. Dan apabila hati menguasai kita, susah untuk kita berfikir dengan lebih rasional. Berhati-hatilah dengan permintaan hati. Kerana jika tak dapat seperti yang diidamkan oleh hati, hidup akan berubah menjadi kepada sesuatu yang menyakitkan.

No comments:

Post a Comment