Tuesday, December 13, 2016
Wednesday, October 5, 2016
Kematian Yang Dekat
Kenapa kali ni aku menulis
berkenaan tajuk ini??Sebab nya aku pernah merasai sedikit detik-detik kematian
yang dekat. Ianya terjadi pada aku dan seharusnya aku mengakui aku sangat
bernasib baik dan bertuah. Allah masih memberikan peluang untuk aku menikmati
kenikmatan dunia yang sementara.
Satu hari aku menunggang
motosikal sepertimana biasa. Aku tak memandu laju kerana kelajuan adalah salah
satu ke ‘traumaan ‘ aku. Aku memasuki simpang untuk ke jalan besar. Aku perasan
memang ada kereta Avanza dibelakang aku. Aku membiarkan nya untuk memotong aku.
Aku sempat menoleh ke belakang untuk melihat namun tiba-tiba aku nampak ianya
semakin dekat dan dekat menghampiri aku. Belum sempat untuk aku menoleh ke
depan ……..BAAAAAAAANNNNNGGGGGGGGGGGGGGGGGGG. Aku dilanggar dari belakang. Aku
dapat merasa diri aku terjatuh dan aku tidak dapat mengawal pergerakan badan dan
terpaksa membiarkan saja kekuatan hentaman itu. Dalam keadaan bergolek aku
dapat merasakan tayar kereta itu menggesel kepala aku. Saat itu dalam masa yang
sepantas kilat memang apa yang dapat aku rasakan adalah kematian. Berlalu
dengan sangat pantas. Jantung seolah-olah berhenti...Yang terlintas di fikiran hanyalah mati.....
Degan cepat-cepat juga aku bangun
dan sangat merasa lega bila sedar rupanya aku tak mengalami kecederaan yang
teruk. Dan yang paling terharunya adalah aku masih hidup…Betapa beruntungnya aku…Kelu
lidah aku untuk berkata-kata..Orang ramai mengelilingi aku bertanya keadaan
aku. Aku jadi blurr….Ya Allah…Tak dapat aku nak luahkan betapa bertuahnya
aku..Masih belum sampai ajal aku waktu itu. Aku bersyukur…Apabila keadaan reda, ada seorang kakak datang kepada aku dan memberitahu sesuatu yang aku rasa ada betulnya juga...Dia kata, "kak sangka adik mati dah tadi"..Aku hanya mampu sengih.Kejadian berlaku di depan matanya..Hanya dia yang tahu macam mana teruknya aku dihentam waktu tu..Alhamdulillah aku selamat...
Rupa-rupanyaa pemandu kereta itu mengalami serangan jantung dan pitam. PAda petang itu aku berjumpa dengan suami kakak itu. Kakak itu dalam keadaan stabil dan menyatakan maaf nya kepada aku..Tidak ada sedikit rasa marah aku kepadanya cuma aku takut keadaan seperti itu berulang lagi kepada kakak tersebut..Kerosakan motor aku hang menelan kos 400 pun dibayar oleh suami beliau..Kes itu habis setakat tu..Namun kesannya amat mendalam kepada aku..Setiap kali aku naik motor, pasti aku akan menoleh kebelakang terutamanya bila nak berhenti..Traumaaaaa...
Rupa-rupanyaa pemandu kereta itu mengalami serangan jantung dan pitam. PAda petang itu aku berjumpa dengan suami kakak itu. Kakak itu dalam keadaan stabil dan menyatakan maaf nya kepada aku..Tidak ada sedikit rasa marah aku kepadanya cuma aku takut keadaan seperti itu berulang lagi kepada kakak tersebut..Kerosakan motor aku hang menelan kos 400 pun dibayar oleh suami beliau..Kes itu habis setakat tu..Namun kesannya amat mendalam kepada aku..Setiap kali aku naik motor, pasti aku akan menoleh kebelakang terutamanya bila nak berhenti..Traumaaaaa...
Mati…Itu pasti..Tapi
bila?Dimana?Bagaimana?.Itu persoalannya..Tak kan ada sesiapa yang boleh
menjawabnya..Yang pasti hidup adalah
untuk menuju kematian..Imam Ghazali ada berpesan kepada kita semua kematian
adalah sesuatu yang sangat dekat dengan kita. Tidak boleh dihindari. Tiada yang
terkecuali…
Aku takut dengan kematian.
Benar..Aku selalu terfikir pasal mati. Bagaimana dan dimana? Aku sedar orang
macam aku takut akan kematian sebab hidup penuh dengan cinta dunia. Walaupun
sedar kematian itu dekat, masih lagi lalai dan alpa…
Seringkali kita mendengar berita
melalui tv ataupun internet berkenaan kematian yang datang dalam pelbagai cara.
Penyakit, bencana dan yang paling kerap adalah kemalangan. Ianya menakutkan. Saban
hari kita disajikan dengan berita kemalangan yang meragut nyawa. Ngeri. Sebab
aku pernah merasa...Dulu, setiap kali aku berulang alik pergi kerja dari jawi
ke pulau pinang setiap kali juga aku terfikir pasal kemalangan. Memang dah jadi
kebiasaan aku untuk membayangkannya..Aku takut….Urusan dunia tidak aku
sempurnakan apatah lagi urusan akhirat..Lagi lah aku takut bila mengenangkannya…Nasib
disana nanti…
Namun siapalah kita untuk memilih cara kematian kita.....
Tuesday, September 6, 2016
Berat masalah aku...
Assalammualaikum…..
Aku menoleh ke kanan, toleh ke
kiri, toleh ke depan..Aku mendongak ke siling…Dan aku merenung didepan komputer…Ku
tenung dan tenung tanpa aku tahu arah tujuan berbuat demikian..Aku hilang arah…Aku
resah…Gelisah memikirkan masalah aku..Masalah yang amat berattt..TIba-tiba datang
tanpa aku menduga..Masalah hadir tanpa dijemput apatah lagi dialukan..Tidak aku
menyangka aku akan terjerumus kedalam masalah ini..Nampak mudah namun
keperitannya hanya aku yang merasai…Tak terdaya oleh ku untuk terus menanggung
beban bak kata pepatan tiada masalah mencari masalah dengan erti kata lain
menanggung biawak hidup…
Aku amat buntu..keliru dan
confuse…Sindrom ini boleh mengakibatkan otak beku dan hilang selera makan..Tidur
malam pula seolah-olah terganggu hanya kerana hal yang seremeh ini..Yaa,
mungkin dari segi luaran ianya Nampak remeh namun jauh dilubuk hati ianya
sesuatu yang sangat susah untuk aku fikirkan..Aku mengelamun, termenung,
menjauhkan diri dari rakan2 kerana masalah ini tidak sedikitpun melibatkan
mereka..Apatah lagi memohon pertolongan mereka..Biar aku saja yang cuba
menyelesaikan masalah ini..
Biar pedih, biar jerih, biar
terhiris namun tetap aku gagahi dan teruskan jua apa yang aku mulakan..Cuma
persoalannya dari mana harus aku mula?Bagaimana pertengahan nya? Kesudahannya
adakah ia parah atau tidak lagi bermakna?..Bagaimana pula kesannya
nanti?..Semua ini persoalan yang bersarang dan bergelodak di hati…Apakah harus
aku berputus asa dan hanya membiarkan saja ia tersadai tanpa lagi aku
usahakan?, Wowww..Tidak sama sekali aku menduga sesungguhnya ia adalah sesuatu
yang dasyat di lubuk hati..Tidak dimata kasar..Batin aku bagaikan mahu menjerit
sepuasnya demi melegakan hati yang terlalu kusut ketika ini..
Aduhhh..Tiada sesiapapun yang
memahami apa yang aku lalui saat ini..Getir hidup yang sangat mencabar mental
dan fizikal…MAsalah yang tidak dapat dihuraikan dengan kata-kaya hikmat…Adakah
dengan meluahkan kepada seseorang mampu mengurangkan beban yang aku tanggung
ini? Selalu aku tertanya..Patutkah? Tapi pada siapa?? Siapa yang boleh
memahaminya???Tiada siapa…Aku perlu menyimpan permasalahan ini keseorangan..Aku
tahu aku tak mampu harunginya namun bukankah kita takkan tahu bahawasanya diri
kita ini kuat seandainya hanya menjadi kuat itu adalah satu-satunya pilihan
terakhir kita??? Jadi aku terpaksa kuat..Kuat untuk diri sendiri…Bukan untuk
orang lain..Aku terpaksa..Tanpa aku rela…..
Akhir kata, aku telah pun
berputus asa dan aku biarkan saja permasalahan aku ini tanpa penyelesaiannya..Hanya
ini yang aku mampu…Biarlah apa nak jadi..Yang terjadi akan tetap terjadi…Aku
pasrah…Pasrah adalah rela dalam keterpaksaan..Yaa..aku menyerah..Biarkan saja
orang kata aku tidak kuat..Biar saja..Mereka takkan faham masalah yang aku
alami ini…Aku buntu..Aku gelisah dan aku hilang arah hanya kerana untuk menulis
sesuatu dalam blog ini..Sungguh sakit sekali untuk mencari idea yang tak
kunjung tiba..Aku sakit…Aduhhh….Aku give up…………..Aku dah malas untuk mencari
idea dah..ok bye…….
Tuesday, April 26, 2016
Masa Lalu
Setelah sekian lama berhabuknya blog ini aku mengambil sedikit masa untuk menjengah sisipan luahan hati yang lama aku tinggalkan. Walaupun kekeringan idea untuk meluahkan apa yang tak terluah, namun aku gagahkan juga menaip sambil berharap idea akan datang seiring dengan lancarnya jari bergerak gerak..Ia bukanlah semudah yang disangka. Meluahkan apa yang dipendam disaat jiwa sarat dengan hasrat untuk melepaskan apa yang dikendong oleh hati. Ianya memenatkan sepertimana satu beban rasa hati yang tak tertanggung.
Sepertimana kata Imam Ghozali bahawasanya benda yang paling jauh dengan diri kita adalah masa lalu. Dan disitu juga aku merenung kembali kehidupan yang telah dilalui dan mengenang kembali saat-saat yang telah pergi. Apa yang aku boleh tafsirkandengan masa lalu adalah satu keindahan yang tidak dapat aku jelaskan dengan perkataan. Dan jujurnya jauh dilubuk hati apabila mengenang masa lalu akan datang satu perasaan. Perasaan yang wujud dalam diri manusia. Rindu. Ya, rasa inilah yang menyeliputi sanubari aku ketika ini.
Apakah yang paling aku rindui dengan masa lalu?..Yang paling aku rindui setiap detik dan setiap waktu sehinggakan tidak ada sehari pun yang berlalu tanpa ada perasaan rindu yang menggunung. Aku benar-benar, sangat sangat merindukan arwah ayah dan mak. Ya Allah, apabila aku mengenang kembali, hati ini bagai ditikam dengan pisau tajam. Aku seorang anak yang berdosa. Tidak berkemampuan untuk menjaga mereka sepertimana mereka menjaga aku. Hati aku bagai dirobek mengingatkan jasa-jasa mereka yang tidak aku balas. Dan aku tahu bagaimana gigihnya mereka memberikan apa yang terbaik untuk aku walaupun mereka sendiri terpaksa mengorbankan hak-hak yang sepatutnya menjadi milik mereka.Aku menyedarinya kerana aku juga ada seorang anak. Dan aku tahu yang paling penting bagi mak dan ayah adalah kegembiraan seorang anak. Mak ayah akan berasa gembira melihat anaknya tidur dengan tenang. Aku sedih kerana mak dan ayah tidak lagi bersama aku ketika ini untuk melihat apa yang aku ada sekarang. Tentunya yang paling menggembirakan aku adalah mak dan ayah ada disisi ketika aku susah dan senang. Aku tetap akan mendoakan mak ayah dalam sembahyangku...InsyaAllah...
Aku juga merindukan zaman persekolahan ketika zaman kemuncak terutamanya waktu tingkatan 4 dan lima. PAda waktu itu, keseronokan hidup seolah-olah ditahap yang berbeza sama sekali. Tiada masalah, tiada tekanan, tiada rungutan. Yang ada hanyalah kegembiraan, awek-awek dan kawan-kawan. Tiada duit tak mengapa asalkan mempunyai kawan sentiasa. Hidup yang ceria dari pagi petang siang ke malam. Punyalah gembira pada waktu itu sehinggakan terlupa kehidupan yang bakal diharungi. Ahh, pedulikan semua itu kerana zaman remaja hanya sekali. Aku agak ketinggalan dalam pelajaran namun aku tak pernah menyesal. Tak pernah terdetik secara seriusnya aku menyesal kerana tidak belajar dengan bersungguh-sungguh. Tempoh ini adalah waktu yang sangat menceriakan.Mana taknya, aku dikelilingi ramai kawan yang baik.Yang membantu ketika susah dan senang sehinggakan persahabatan kami terjalin sehingga kehari ini.Cumanya, ada sedikit rasa terkilan. Aku sendiri tak tahu kenapa. Kawan baik aku ketika sekolah rendah yang sama-sama membesar kini terasa semakin jauh. Aku tak tahu apa puncanya. Mungkin dia ada alasan yang tersendiri..Tak mengapalah...
Aku juga merindukan zaman bujang.Masa aku mula-mula berkerja dan tinggal berasingan dengan mak ayah. Aku mempunyai haluan hidup sendiri. Dan masanya untuk aku berdikari. Syukur juga kerana aku bukanlah jauh sangat dengan kampung. Hidup dirumah bujang adalah sesuatu yang baru bagi aku. Selain tidak mengharapkan famili, aku semakin mengenal erti kehidupan. Walaupun mempunyai kehidupan yang bebas dan tanpa kekangan, aku bukanlah jenis yang suka mengambil kesempatan dengan berjoli sakan ataupun membuat benda yang tidak berfaedah. Aku bernasib baik kerana dapat teman serumah yang baik-baik. Semuanya kaki lepak kt rumah. Aku bersyukur kerana dianugerahkan Allah teman yang baik-baik.
Sebenarnya banyak lagi yang aku rindukan. Masa kanak-kanak aku, masa bercinta dan juga masa belajar di USM. Namun semuanya semakin jauh aku tinggalkan. Dan yang pastinya, ia tak akan berulang lagi dan akan tetap terus pergi tanpa sedikit pun menunggu aku. Semakin hari semakin pantas ia berlalu dan apa yang tinggal hanya lah masa lalu dan kenangan yang yang tersemat dihati. Pengalaman hidup mendewasakan kita dan kadang2 mengajar kita apa erti kuat. Dikala susah, kita mengharunginya kerana kita tak tak tahu kita kuat melainkan menjadi kuat itu adalah pilihan terakhir kita. Dan yang nyatanya, masa lalu adalah satu keindahan pada masa depan. Andai kita merenung masa lalu janganlah kita lupa untuk melihat masa depan kerana kedua-duanya adalah sama.
Aku juga merindukan zaman bujang.Masa aku mula-mula berkerja dan tinggal berasingan dengan mak ayah. Aku mempunyai haluan hidup sendiri. Dan masanya untuk aku berdikari. Syukur juga kerana aku bukanlah jauh sangat dengan kampung. Hidup dirumah bujang adalah sesuatu yang baru bagi aku. Selain tidak mengharapkan famili, aku semakin mengenal erti kehidupan. Walaupun mempunyai kehidupan yang bebas dan tanpa kekangan, aku bukanlah jenis yang suka mengambil kesempatan dengan berjoli sakan ataupun membuat benda yang tidak berfaedah. Aku bernasib baik kerana dapat teman serumah yang baik-baik. Semuanya kaki lepak kt rumah. Aku bersyukur kerana dianugerahkan Allah teman yang baik-baik.
Sebenarnya banyak lagi yang aku rindukan. Masa kanak-kanak aku, masa bercinta dan juga masa belajar di USM. Namun semuanya semakin jauh aku tinggalkan. Dan yang pastinya, ia tak akan berulang lagi dan akan tetap terus pergi tanpa sedikit pun menunggu aku. Semakin hari semakin pantas ia berlalu dan apa yang tinggal hanya lah masa lalu dan kenangan yang yang tersemat dihati. Pengalaman hidup mendewasakan kita dan kadang2 mengajar kita apa erti kuat. Dikala susah, kita mengharunginya kerana kita tak tak tahu kita kuat melainkan menjadi kuat itu adalah pilihan terakhir kita. Dan yang nyatanya, masa lalu adalah satu keindahan pada masa depan. Andai kita merenung masa lalu janganlah kita lupa untuk melihat masa depan kerana kedua-duanya adalah sama.
Subscribe to:
Posts (Atom)