Aidilfitri dah pun lepas. Kejap sangat masa tu berlalu. Dah
nak masuk bulan September pun. Mmmm, pejam celik pejam celik tak lama lagi umur
pun makin berganti. Macam satu teka teki tu, apa dia yang naik tak turun-turun??….Jawapannya
dah tentu la umur…..Huhuhu…
Tapi kali ni aku tak nak cerita sedih pasal umur. Kali ni
aku nak ceritakan pasal raya. Walaupun raya aku tahun ni agak suram, tapi raya
tetap raya. Kenapa aku kata suram?. .Sebab bg aku
tahun ni raya agak lain sikit. Banyak sebab
kenapa aku rasa macam tu tapi rasanya biarkan saja lah…Tak yah nak cita sedih2
ni..
Dari awal puasa lagi aku dengan kawan2 kampung dah plan nak
buat bbq. Dah lama kami tak buat. Jadi tahun ni, memandangkan kebanyakan kawan
balik kampung, ni peluang yang terbaik. Jumaat
sebelum raya tu kami pun berkumpul. Geng aku ni tak la ramai tapi kami kawan
dari kecik. Walaupun ada yang dah jadi ayah, semua sporting..Macam biasa, bila
dah ramai tu, huru hara la jawabnya. Smp lewat malam jugak la kami melepak. Dah
lama rasanya aku tak gelak macam tu…Sampai nak krem perut ni…
Bila time raya, rutin lepas sembahyang aku akan pergi ziarah
kubur. Lepas tu lepak kat rumah. Tahun ni raya pertama kebanyakan kawan aku
beraya kt rumah mentua. Maklum la, jodoh
dekat2..Jd, aku tak la beraya sangat. Duduk rumah layan tv. Abang aku balik
Pahang. Yang dok kat Pahang pun tak balik sini. Cuma tinggal aku dengan kak dengan
abang ipar aku. Harapkan anak menakan
aku yang sorang tu ja yg buatkan rumah riuh.
Pukul 12 tu baru la
aku pergi beraya. Ada la 2 – 3 orang. Tu pun bujang. Jadi la dari tak ada
langsung. Kami dah biasa. Kawan-kawan beraya dengan wife, dengan anak. Bukan
nak ada masa dah dengan kami ni..tak pa,
kami paham…( Aku tak tahu ayat ni ayat sedih ataupun hepi)…Petang tu aktiviti
biasa, lepak rumah sampai malam….
Raya kedua, raya ketiga pun sama. Aku dah tak ada sapa,
saudara mara pun dah kurang datang beraya. Cuma raya keempat tu aku nekad nak
pergi beraya rumah kawan aku kat Beruas. Aku ajak kawan aku sekali. Tengah hari
tu kami gerak. Dalam 3 petang kami
sampai sana. Sembang2 pastu time balik kami singgah teluk batik jap. Dah alang2
sampai situ, kami plan nak pergi Pangkor. Sekejap ja. Plan kami lepas mandi
manda tu kami nak balik.
Bila dah mandi, dah berkayak kami pun singgah makan dulu.
Bila dah kenyang perut kami pun balik. Sampai jeti nak tunggu feri la kononnya. Mana tahu bila tanya pakcik guard tu, dia kata
feri yang baru gerak tadi feri last. Setakat 8.30 malam ja. Ternganga kami. Aku tengok muka
kawan aku, dia tengok muka aku. Apalagi, kami punya la gelak
berdekah-dekah.….Pakcik guard tu pun heran tengok kami…Kami tak ada pilihan
lain. Nak tak nak kami kena la bermalam kt sana. Nasib baik ada rumah tumpangan
yg kosong.
Malam tu, disebabkan boring
dah sampai ke tahap yang memuncak, berbekalkan moto yang kami sewa, kami pun
redah ja meronda. Dah tak da sangat tempat yang kami nak pergi, tambahan hujan
lebat pulak, kami cuma abiskan masa dengan lepak kt cc. Main tenet sampai kul 2 pagi…Maklum la, dh takda
sngt aktiviti…
Sok paginya, lepas brekpes kami g mandi laut. Dh setel tu,
kami terus pergi jeti. Balik…Tengah hari jugak la sampai Lumut.. Kami sampai ke
rumah dalam 3 lebih..Syukur sebab selamat pergi dan balik…Puas berjalan..Heheh…
Apa pun, aku bersyukur sebab aku masih dapat menikmati Aidilfitri kali ni. Tahun depan belum tentu lagi. Tak kira la macam manapun suasana raya, suram ataupun tak, aku tetap gembira. Aku kena ingat, kalau aku rasa nasib aku tak baik, ada lagi manusia yang nasibnya lagi tak baik dari aku. Jadi, aku menghargai setiap apa yang aku ada sebab fitrah manusia bila dah tak ada baru la kita akan hargai sesuatu tu.Semoga aku masih boleh menikmatinya pada masa akan datang. Dan belum terlewat kiranya aku nak mengucapkan selamat hari raya aidilfiri. Maaf zahir batin..