29hb 5.2013..ari ni aku telah keluar dari rumah sewa aku yg telah aku diami selama 8 tahun..mungkin,klu kawan rmh aku blm brkahwin aku masih duduk d sini..tk mengapa la, dia dh kawen,agak susah untk cari rumah jd aku yg bujang ni blh la pindah..aku blh duduk rmh kwn aku tk pn berulang dari kmpg.tk la jauh sngt pn.40km ja..
sepanjang 8 tahun duduk d rumah tu,bnyk jgk kenangan.asalnya dari 5 org smp la tggl 2 org ja..wlu pn rmh tk la besar mana tp aku selesa.cumanya nk kena naik turun lif yg leceh ckit..mmg aku tk bapa suka..tp apa pn,mmg tk kn ada yg kekal..mgkn ni 1 permulaan baru yg aku perlu teruskn..
Bnyk benda yg aku fikir skrg ni..agak serabut.dan jujurnya,aku takut untk memikirkn hari yg mendatang..namun dlm masa yg sama aku mengharapkn masa akn cepat brlalu agar masa dpn yg aku doakn akn jd 1 kenyataan..Mcm2 bnd yg blh trjd..aku harapkn semuanya akn brjalan dgn lancar..insyaAllah.Moga doa aku d makbulkn..kepadaNya aku berserah..
1 lg, final exam aku mggu dpn..serabutnya otak..apa pn tk prepare lg.ntah la,harapnya result kali ni akn lbh baik.
Wednesday, May 29, 2013
Tuesday, May 7, 2013
Pru 13... menang tapi kalah...
Keputusan pilihanraya kali ini telah pun diketahui. Seperti yang kita sedia maklum, kerajaan Malaysia masih lagi ditadbir oleh BN. Alhamdulillah. Namun perlu diingatkan, dari mata kasar kita dapat lihat BN telah memenangi pilihanraya kali ini tetapi secara tersiratnya, BN telah kalah. BN telah kalah lebih banyak kerusi dari pru12.
Ok. Mari kita lihat statistik bagi kerusi parlimen Malaysia..
keputusan pru13...
mari kita bandingkan dgn keputusan pru12..
PAS - kalah 2 kerusi
DAP - menang 10 kerusi
PKR - kalah 1 kerusi
Ini bermakna didalam PR, DAP mendominasi dari segi kerusi.
Sekarang kita lihat kerusi DUN yang mana akan membentuk kerajaan Negeri.
BN - kehilangan 32 kerusi
PAS - menang 2 kerusi
PKR - menang 9 kerusi
DAP - menang 22 kerusi
Setelah dibuat perbandingan memang tak dapat dinafikan sebenarnya BN telah kalah walaupun menang. Kehilangan 39 kerusi secara total adalah satu rekod yang buruk. Perak dan Terengganu BN hanya menang dengan perbezaan beberapa kerusi sahaja. Nasib baik Sabah dan Sarawak banyak membantu..Kalau tak, memang BN akan kalah..Itupun pembangkang mengatakan keputusan ini masih lagi tidak telus.Tidak berpuas hati dengan pelbagai alasan. Blackout, beg undi dilarikan dan macam macam lg..Yang paling femes tentulah pengundi hantu.Kawan aku sendiri mengatakan disebabkan blackout Perak telah dirampas oleh BN. Sampai dia mendoakan bebarapa YB mati semata-mata ingin pilihanraya kecil diadakan. Astaghafirulahalazim...Terkejut aku dengar. Disebabkan politik, sanggup mengharapkan kematian saudara sesama Islam...Aku cuma mampu katakan pada dia tak baik doakan mcm tu..Dia ni memang taksub pembangkang. Sebab tu aku mals nak cakap banyak pasal politik dengan dia.
Kesimpulannya pada pilihanraya kali ini yang menang adalah kaum cina. Itu yang dapat aku katakan. Rakyat cina semakin bersatu namun orang melayu masih lagi layu...Ramai orang melayu khususnya pembangkang mengatakan tidak kisah dap menguasai asalkan bukan umno..Aku tak tahu samada mereka tahu prosuder menggubal undang-undang di Malaysia atau pun tak...Semuanya bermula dengan kerusi DUN dan parlimen..Aku tak risaukan masa sekarang cumanya memikirkan bagaimana keadaan 20 - 30 tahun akan datang. Aku harap perlembagaan negara akan tetap kukuh dengan lahirnya pemimpin-pemimpin Melayu yang berwibawa..Orang Melayu jangan leka. Sepatutnya gerakan harus bermula dari sekarang. Aku sangat mengharapkan Pas dan Umno akan bersatu..Bersama-sama membentuk negara yang berteraskan Islam dan memperkukuhkan hak orang Melayu...Hanya itu harapan aku..Apa pun sekarang, kita mesti bersedia untuk mengharungi pilihanraya akan datang yang aku merasakan akan lebih banyak rintangan untuk kita terus menguasai bumi bertuah ini.....
Kepada pemimpin Umno, berubahlah dari asasnya..Lebihkan kepada agama Islam dan juga orang Melayu yang banyak memberi sokongan kepada kamu..Jagalah hati mereka wahai Umno... Kepada pemimpin Pas, bersatulah dengan Umno untuk merubah mereka ke jalan yang lebih baik demi agama, bangsa dan tanah air. Ketepikan kepentingan politik semata-mata...Apa yang harus dipelihara adalah agama dan juga hak kita yang akan diperturunkan kepada generasi kita yang akan datang. Jangan kerana hari ini, hari esok mereka ditindas oleh kaum lain yang pada asalnya hanyalah pendatang...Aku dah katakan, aku akan rasis sekiranya bangsa aku diganggu gugat...KepadaNya kita berserah...Semoga bumi Malaysia ini tetap terpelihara... Amin..
Sunday, April 28, 2013
saya pilih mengundi vol ii ..........
Penamaan calon telah pun berlalu pada 20 April yang lalu. Aku agak
kecewa dengan Pas kerana hanya bertanding sebanyak 77 kerusi parlimen. Walaupun
ianya bertambah 10 kerusi dari Pru12 yang lalu, namun bagi aku itu masih belum
memadai. Aku lebih suka kalau Pas bertanding lebih banyak kerana aku mahukan
Pas menjadi parti dominan dalam PR. Jadi tak perlulah Pas mengalah dalam banyak
perkara kepada PKR dan DAP. Bertanding 77 kerusi tak bermakna menang
kesemuanya. Pru12 yang lalu Pas hanya menang 23 kerusi dari 67 kerusi yang
dipertandingkan. Diantara yang paling sedikit dalam PR. Bagi Dap mereka
bertanding 51 kerusi dan Pkr sebanyak 99 kerusi. Perlu diingatkan, walaupun Dap
bertanding 51 kerusi, mereka masih lagi menjadi parti pilihan kebanyakan orang
Cina. Mungkin kali ni menang lebih dari 29 kerusi yang dimenangi pru12 yang
lalu. Kalau kita perhatikan, kebanyakan orang Cina lebih pandai berpolitik.
Mereka suka Umno dan Pas tidak bergabung kerana itu boleh melemahkan mereka.
Mereka juga banyak menumpukan kerusi di Bandar-bandar berbanding orang Melayu
yang kebanyakannya di luar Bandar.
2 – 3 hari yang lepas aku ada menonton berita dimana Tuan Guru Dato
Dr.Harun Din mengatakan jika PR memerintah mereka tetap akan melaksanakan
Hudud. Tak lama selepas itu, Karpal Singh yang hanya mampu duduk di wheel chair
tetap menegaskan pendirian Dap menolak pelaksanaan Hudud di Malaysia. Dan selepas
itu seperti yang aku jangka, ada pemimpin Pas mengatakan isu Hudud bukan isu
utama berbanding menakluki pemerintahan dari BN.Aku keliru sebenarnya dengan
pendirian pemimpin-pemimpin dalam Pas. Aku sangat menghormati Tuan Guru
Dr.Harun Din.Dalam ramai-ramai pemimpin Pas, aku merasakan beliau merupakan
orang yang paling layak untuk mengemudi Pas.
Aku yakin jika beliau menjadi Presiden, sokongan terhadap Pas akan
semakin meningkat. Tidak seperti Hj. Hadi yang aku lihat terlalu banyak
mengalah kepada Pkr dan Dap.
Parti Pas merasakan mereka lebih Islam dari orang Islam yang lain.
Samada dari pemimpin dan juga penyokong mereka. Sehingga mereka terlupa, parti
Pas adalah parti yang di pelopori oleh manusia biasa. Pemimpin pas ini tidak
lari dari melakukan kesilapan. Mereka tidak maksum. Manusia-manusia yang
mempunyai kuasa dan pangkat lebih besar godaannya berbanding kita orang biasa.
Banyak perlakuan mereka yang aku pertikai.
Mereka tidak mahu bersatu dengan Umno kerana mereka sangat membenci dan
berdendam dengan parti itu. Aku tak faham, Pas mengatakan mereka memperjuangkan
Islam tetapi apabila diajak bersatu mereka menolak. Meraka lebih sanggup
bersekutu dengan Dap yang terang-terangan menolak Islam untuk menjatuhkan
saudara Islam yang lain. Mereka sanggup mengatakan Umno itu kafir dan
sembahyang tidak mendapat pahala kerana Umno mengikut perlembagaan kafir dan
menolak Hudud. Namun di negeri yang mereka (Pas) tadbir tidak pula menjadi
agenda mereka untuk melaksanakan hudud. Banyak pula alasan yang mereka berikan.
Tidak pula mereka mengatakan kafir sesama sendiri. PKR juga menyatakan pendirian tidak
melaksanakan Hudud namun tidak pula Pas mengatakan mereka kafir. Kafir mereka
hanya untuk orang Umno. Umno tidak mengatakan mereka menolak Hudud cuma buat
masa ini ianya masih belum sesuai untuk Malaysia memandangkan orang Islam
disini masih belum menguasai ekonomi dan kurang pemahaman mengenai Hudud. Jadi
disinilah aku merasakan Pas dan Umno perlu duduk semeja untuk berbincang
mencari jalan bagaimana untuk mendidik orang Islam berkenaan hukum Allah itu. Aku
juga termasuk dalam golongan yang kurang arif mengenai Hudud. Para agamawan dan
pemimpin negara seharusnya memainkan peranan untuk memajukan Islam bukan
sebaliknya yang hanya mahu mendapatkan kuasa dengan memusuhi saudara seagama.
Aku menyokong jika Hudud dilaksanakan. Namun sebelum itu, orang
Islam di Malaysia perlu betul-betul memahami apa itu hukum Hudud. Selain itu,
peratusan ekonomi orang Islam mestilah tinggi bagi mengelakkan kejadian yang
tak diingini. Ingat, andai orang Islam tidak menguasai ekonomi, kita akan
terpinggir. Kes-kes jenayah seperti mencuri kebanyakan oleh orang Islam. Banyak
lagi isu-isu yang perlu diperincikan sebelum kita boleh melaksanakan Hudud. Aku
tidak mempertikaikan hukum ini, ini hukum Allah. Cumanya aku mahukan orang
Islam bersedia untuk menerima dan memahami sepenuhnya Hudud. Dan aku juga mahu
ia dilaksanakan untuk semua rakyat Malaysia tak kira bangsa dan agama. Tidak
seperti Pas yang mahu dilaksanakan hanya kepada orang Islam. Jika dilaksanakan,
biarlah kepada semua kerana mereka semua warganegara Malaysia. Dalam hal ini,
Pas dan Umno seharusnya duduk semeja bagi membincangkan pelaksanaannya bukan
saling bermusuhan yang merugikan kita umat Islam di Negara kita sendiri. Apa
salahnya jika mereka bersatu demi agama dan sekurang-kurangnya berbincang dalam
merangka draf undang-undang Hudud terlebih dahulu. Selepas itu, apabila orang
Islam bersatu dan kembali kuat, pada masa itulah hukum ini dilaksanakan sedikit
demi sedikit. Ini tidak, Pas tetap tidak mahu bersatu sedangkan Umno telah
membuka pintu rundingan pada sedikit
masa dulu. Aku pun tidak faham dengan kerajaan perpaduan yang telah di
cadangkan oleh beberapa pemimpin Pas sebelum ini. Ia telah mendapat tentangan
yang hebat dari pemimpin yang kononnya memperjuangkan Islam. Pemimpin yang aku
maksud kan adalah Tuan Guru Nik Aziz. Susah untuk aku mengerti pemimpin seperti
Nik Aziz menolak perpaduan demi agama ini kerana dendam beliau terhadap Umno.
Hj Hadi telah bersetuju namun Nik Aziz tetap dengan pendiriannya dan lebih suka
bersatu dengan Dap.
Pas tidak akan dapat melaksanakan Hudud selagi bekerjasama dengan
Dap. Itu fakta. Pkr pula tidak boleh diharap. Kebanyakan pemimpin mereka adalah
beragama Kristian dan disebabkan itu mereka menyokong penggunaan kalimah Allah
dalam bible. Pas bertanding 77 kerusi dan jika ditakdirkan menang kesemuanya,
masih belum mampu untuk meminda undang-undang dalam perlembagaan. Ini kerana
penggubalan itu akan mendapat tentangan dari orang bukan Islam seperti Dap,
Mca, Mic dan parti-parti lain yang bukan Islam. Pas memerlukan lebih dari 112
kerusi untuk meminda perlembagaan. Perlu diingatkan, jika Pas menang kesemua 77
kerusi bermakna Umno akan kalah teruk kerana Pas bertanding dalam melawan Umno.
Sebab itu untuk melaksanakan Hudud Pas dan Umno perlu bergabung. Tetapi
disebabkan mahukan kuasa, mereka saling tidak mahukan semua itu berlaku. Segala
pertelingkahan mereka selama ini amat merugikan umat Islam dan yang
menguntungkan tentulah kepada puak-puak kafir. Mereka hanya menunggu masa yang
sesuai untuk memerintah negara kita. Disebabkan itu jika kita lihat kaum Cina
kini bersatu hati walaupaun mereka mewakili BN. Namun sayangnya, orang Melayu
tidak begitu. Orang Melayu adalah majoriti namun kita memilih untuk berpecah
kepada 3 parti politik yang menjadikan kita semakin menjadi minoriti. Aku
mahukan orang Melayu sedar permainan kaum lain. Aku akan rasis sekiranya
melihat bangsa aku diganggu gugat ditanah air sendiri. Walaupun suara aku tidak
didengar oleh pemimpin politik namun aku merayu agar pintu hati mereka akan
terbuka untuk bersatu dan seterusnya menjadikan agama dan bangsa gemilang di
bumi bertuah ini.
Tuesday, April 16, 2013
saya pilih mengundi................
Memandangkan sekarang ni musim
pilihanraya, jadi kali ni mood aku nak berbicara tentang politik negara kita.
Aku bukan lah pandai sangat dalam politik ni tapi aku selalu ambil tahu
perkembangan semasa. Apa yang aku nak tuliskan ni hanyalah pandangan peribadi
aku. Sesungguhnya setiap orang ada pendapat masing2..
Kali ni mungkin aku menulis dengan agak
panjang. Maklumlah, ni perkara panas. 1st sekali, Parlimen
telah dibubarkan oleh PM kita pada 03 April 2013 yang lalu. Tarikh genap 4
tahun dia dilantik dan juga genap umur aku meningkat lagi setahun. (umur
dirahsiakan demi kesejahteraan umum) .Sebaik dibubarkan, perang dingin telah
bermula baik dari pihak kerajaan mahupun pembangkang. Rata-rata kita lihat
poster telah banyak kelihatan di jalan-jalan dan ada juga yang kreatif dengan pelbagai
idea bagi menarik perhatian orang ramai.
Disini aku nak terangkan objektif
parti-parti politik. Matlamat paling utama sesebuah kerajaan diseluruh dunia
adalah untuk mengekalkan keupayaan untuk memerintah. Manakala bagi pembangkang
pula adalah untuk menjadi pemerintah. Oleh sebab itu, bagi aku, politik adalah
sesuatu yang saling bertentangan. Pernahkah kita dengar kerajaan puji melangit
pembangkang? Pernahkah kita dengar pembangkang puji menggunung kerajaan? Setiap
apa yang mereka lakukan mesti akan dibantah oleh lawan masing-masing. Itulah
dasar politik. Pada PRU 12 lalu, pembangkang telah memenangi banyak kerusi.
Sebenarnya, kemenangan besar pembangkang telah membawa kebaikan kepada rakyat.
Ini kerana kerajaan akan berusaha semaksimum mungkin untuk kembali memenangi
hati rakyat. Banyak yang telah dilakukan oleh Najib sejak 4 tahun ni. Banyak
kalau aku nak sebut. Semuanya 1Malaysia. Aku juga turut mendapat Baucher buku 1
Malaysia.
Sebenarnya aku bukan nak bercerita pasal
tu. Apa yang aku nak sampaikan sekarang adalah kesan politik kepada perpaduan
antara kita. Rata-rata aku lihat, disebabkan ideologi politik berbeza, orang
kita saling berbalah dan yang lebih teruknya, bermusuhan antara satu sama lain
seolah-olah politik telah memisahkan tali persaudaraan. Memang aku sangat sedih
dalam hal ni. Politik telah mengakibatkan kita saling tuduh menuduh sedangkan
kita seagama. Aku tak tahu kenapa orang Melayu semakin berpecah belah hanya
kerana tak sefahaman dalam politik walaupun secara dasarnya kita semua adalah
bersaudara. Aku adalah orang yang agak realistik, politik tidak member kesan
kepada aku.Kalau Umno membuat sesuatu yang salah, aku tetap katakan salah.
Begitu juga dengan Pas. Aku Cuma berminat bercerita mengenai Umno dan Pas
kerana bagi aku hanya parti ini yang diwakili oleh orang Islam.
Aku berpendapat kerajaan sekarang masih
lagi relevan. Kenapa aku berkata begitu?..Ok, secara asasnya, untuk memerintah
negara, sesebuah parti politik itu harus memenangi 2/3 kerusi parlimen negara.
Parlimen Malaysia mempunyai 222 kerusi. Ini bermakna, jika parti politik
memenangi 112 kerusi, maka merekalah yang akan mentadbir negara. Namun harus
diingatkan, majority kecil seperti itu hanya akan membawa keburukan dalam
membuat sesuatu dasar kerajaan disebabkan majoriti yang sedikit.. Oleh sebab
itu, Najib meminta rakyat memberinya mandat yang lebih besar untuk
mentadbir negara kita. Pada pilihanraya 2008 yang lalu, kedudukan kerusi
parlimen adalah seperti berikut :
Jumlah kerusi yang dimenangi UMNO = 77
(merangkumi parti2 utama)..Tak termasuk
parti2 lain dan calon bebas.
Dari segi matematiknya kita ketahui bahawa
Umno adalah kerusi terbanyak dalam parlimen dan disebabkan itu juga, ketua
mereka yakni Najib dilantik menjadi Perdana Menteri. Ini kerana didalam
perlembagaan mengatakan parti yang paling banyak memenangi kerusi itulah yang
akan memerintah negara dan perdana menteri dilantik oleh wakil dari parti
tersebut. Kita juga tahu sesungguhnya Dap adalah parti kedua terbesar yang
mempunyai kerusi terbanyak.
Undang-undang Dun negeri pun begitu juga.
Lebih kurang sama dengan parlimen. Siapa yang banyak kerusi Dun dialah yang
akan membentuk kerajaan negeri. Contoh di Perak. Dap telah memenangi majority
kerusi DUN tetapi kenapa bukan wakil dari parti mereka yang menjadi Menteri
Besar Perak?.Ini adalah kerana dalam undang2 tubuhnya negeri Perak mengatakan
hanya orang yang berbangsa Melayu saja yang boleh dilantik menjadi Menteri
Besar. Oleh itu, Sultan Perak memilih Nizar Jamaludin yang mewakili parti Pas
untuk menjadi Menteri Besar walaupun mereka hanya memenangi beberapa kerusi.
Nasib baik perlembagaan negeri perak diperuntukkan sebegitu. Kalau tidak, aku
tak tahu la macam mana nnt. Dan disebabkan itu juga, Dap kini sudah mula
mengambil orang Melayu menyertai parti mereka. Semuanya bersebab...
Sebenarnya, pemerintah zaman dahulu
sudahpun memikirkan tentang masa hadapan dan kesan akibat mengenai Malaysia
yang didiami oleh berbilang bangsa. Mereka tahu satu hari nanti kedudukan orang
Melayu akan terancam di bumi sendiri. Ramai yang berkata, mereka tidak bangga
menjadi Melayu.mereka berbangga menjadi islam. (kebanyakannya orang Pas)..
Betul..Itu tak dinafikan.Memang aku bangga dan bersyukur menjadi orang islam.
Tetapi secara tersiratnya pemimpin dahulu telah menggubal dasar undang-undang
yang seterusnya menjadi perlembagaan negara semuanya bersebab. Dalam
perlembagaan tersebut menyatakan, orang MELAYU MESTILAH BERAGAMA ISLAM.
Perlembagaan itu bukan dibuat sekadar untuk suka-suka sebaliknya untuk
melindungi hak orang Melayu dan secara tersiratnya bermaksud hak Islam. Bila
seseorang pemimpin itu berkata akan mempertahankan hak melayu hingga keakhirnya
dalam masa yang sama mempertahankan kesucian agama Islam. Bukan apa,
sekarang ni kaum lain sudah mula mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu.
Apa yang orang Melayu dapat, mereka juga ingin menuntutnya dengan alasan
mahukan kesamarataan. UITM yang hanya untuk orang Melayu buat masa sekarang
masih lagi dapat dipertahankan oleh pemimpin kita. Cuba bayangkan jika kaum
lain juga layak masuk. Apa lagi yang tinggal untuk generasi muda Melayu?..Kerajaan
mahukan generasi muda Melayu (orang Islam) terjamin dalam mendapat pendidikan
yang tinggi. Sedar tak kita, di setiap negeri wujudnya UITM. Kenapa kerajaan
membina begitu banyak?.Sudah tentunya untuk orang Melayu. Telah puluhan ribu
orang Melayu yang telah mendapat pendidikan di UITM sejak dulu lagi. Kerajaan
ingin memastikan orang Melayu tidak ketinggalan dalam pendidikan kerana sedar
kaum lain lebih bijak menghargai pelajaran. Tidakkah didalam Islam menggalakkan
setiap umatnya menuntut ilmu..Kerana itulah kerajaan tetap dengan
pendirian...Itupun masih ada lagi segelintir Melayu yang bersetuju kemasukan
kaum lain ke UITM hanya kerana kepentingan politik semata-mata..Hal ini
sebenarnya turut terjadi kepada MRSM..
Mungkin penulisan aku agak bias kepada
kerajaan. Kerana aku berpendapat kerajaan sekarang ini masih lagi relevan.
Mereka masih lagi mempertahankan AA BA TA...(Agama, Bangsa, Tanah air) Cuma
kita yang tidak berapa nampak. Banyak yang telah kerajaan lakukan untuk Islam.
Universiti Islam, Kewangan Islam, Tabung Haji, Sekolah Tahfiz, Pondok, dan
banyak lagi. Kemajuan untuk orang Melayu diutamakan. Ini kerana kerajaan tahu
ekonomi negara tidak dipegang oleh orang Melayu. Kuasa melayu hanya tinggal
pada politik. Andai politik pun tergadai, maka tiada apa lagi yang tinggal
untuk kita. Kita ketinggalan kerana sikap kita sendiri. Bukannya kerana
kerajaan. Kerajaan telah melakukan segala yang terdaya namun orang Melayu
masih lagi tidak berubah dari dulu.Sifat dengki,tamak,tidak boleh tengok orang lain
senang dan berdendam memang tidak dapat dipisahkan. Sekarang orang kafir
dilihat semakin berani menentang orang Melayu kerana mereka sedar, akan ada
juga Melayu yang akan menyokong mereka.
Pas selalu mengatakan mereka ingin
menggantikan Umno. Tapi dari secara logiknya, mereka tidak akan dapat. Aku pun
tak pasti apa yang dimaksudkan mereka, tetapi bagi aku apa yang mereka cuba
sampaikan adalah seolah-olah menipu. Pada pilihanraya 2008 Pas hanya bertanding
67 kerusi parlimen berbanding Umno yang bertanding 117 kerusi. Diandaikan
mereka memenangi semua kerusi parlimen itu, mereka masih lagi belum boleh
menandingi Umno. Dan apa yang membuatkan aku kecewa dengan Pas adalah kerana
mereka bergabung dengan Dap. Pada tahun 70an dulu, mereka memfatwakan kerjasama
diantara Umno, Mca dan Mic adalah haram. Namun sekarang, mereka sanggup
bekerjasama dengan Dap semata-mata untuk menjatuhkan Umno. Mungkin ramai yang
kata, Umno bekerjasama dengan Mca tak mengapa, takkan Pas tak boleh dengan
Dap?..Disini mereka agak silap. Didalam Barisan Nasional, Umno adalah parti
dominan kerana mereka lebih banyak kerusi. Jika mereka kata A, maka A lah
keputusan dalam BN. Disebabkan itu, keistimewaan hak melayu masih lagi
terjamin. Tapi untuk Pas, dalam PR mereka adalah parti yang mempunyai kerusi
paling sedikit iaitu 23. Pas tidak mampu untuk membuat keputusan dan bergantung
harap kepada Dap dan Pkr. PAs juga sering mengalah dalam setiap dasar yang
dibuat oleh PR. Sebab tu aku tidak bergantung harap kepada Pas.
Parti Pas selalu mengatakan mereka
memperjuangkan agama. Disebabkan itu juga, mereka mengatakan Umno tolak Islam.
Tolak hukum Allah. Dianggap kafir sebab tak melaksanakan Hudud. Tapi kenapa di
Kedah dan Kelantan mereka tidak melaksakannya.?.Alasannya mudah, kerajaan
persekutuan tidak meluluskan. Dulu Nik Aziz berkata Mahathir telah menolak draf
Hudud mereka dan juga mengugut kerajaan Kelantan. Namun, Mahathir bukan menolak
Hudud Allah. Beliau Cuma menolak Hudud Pas yang mana hukum itu hanya terpakai
kepada orang islam. Hukum Allah itu adil tetapi kenapa dilaksanakan hanya untuk
orang Islam didalam Malaysia?. Kesalahan yang sama tetapi berlainan hukuman
untuk agama lain. Disebabkan itu Mahathir menolaknya. Tapi selepas Mahathir
bersara, Kelantan masih lagi tidak melaksanakan Hudud sehingga sekarang dan
hanya timbul apabila pilihanraya. Sedangkan didalam menifosto mereka tiada
Hudud. Bah kan Hj hadi sendiri mengatakan Hudud bukanlah agenda pakatan Rakyat.
Telah depersetujui oleh PR sekiranya mereka berjaya mendapat Putrajaya.
Umno bukanlah parti yang menonjolkan agama
dalam pentadbiran mereka. Urusan itu mereka serahkan kepada Jakim kerana mereka
tidak mahu mencampuradukkan agama untuk kepentingan politik semata-mata. Memang
benar dalam Islam politik dan agama itu saling berhubung kait. Tetapi cara
melaksanakan itu biarlah benar-benar berlandaskan Islam. Tidak menggunakan
agama hanya untuk mengaut keuntungan. Umno itu tidak sempurna. Banyak
kelemahan. Aku pun tidak setuju isteri pemimpin tidak menutup aurat. Kehidupan
harian mereka penuh dengan kemewahan. Ada juga pemimpin yang banyak salah laku.
Aku akui semua tu. Aku menyokong Umno bukan kerana mereka bagus, tetapi aku tak
ada pilihan yang lain. Pas bukan lah tak bagus tapi aku masih kurang keyakinan
kepada mereka.Banyak keputusan mereka yang aku pertikaikan. Pas sekarang
bukan seperti pas yang dulu. Pas dulu dipimpin oleh ramai ulama. Presiden
mereka dulu Allahyarham Tuan Guru Fadzil Nor bagi aku lebih berwibawa dan aku
merasakan beliau tidak akan sesekali bersekongkol dengan kafir. Pas sekarang
hanya diketuai seorang saja ulama iaitu Tuan Guru Haji Hadi. Timbalan Presiden
dan naib-naib presidennya bukanlah dari kalangan ulama. Aku tak mempercayai
Timbalannya iaitu Mat Sabu. Andai beliau memegang tampuk pemerintahan Pas, lagi
lah perpecahan sesama Islam akan merebak. Beliau pernah berkata beliau sanggup
makan babi bersama Dap dari makan ayam bersama Umno. Adakah pemimpin sebegini
yang kita nak angkat?...Walaupun itu hanya perumpamaan namun kata-kata seperti
itu menunjukkan tahap kebencian yang sangat kepada Umno. Sesama Islam.
Aku berharap dia tidak akan menjadi presiden Pas. Aku juga terkejut satu
masa dulu Haji Hadi dan Nik Aziz bersetuju kalimah Allah boleh dipakai dalam
bible berbahasa Melayu. Aku sangat terkejut namun nasib baik majlis syura Pas
tidak bersetuju dan mereka pun menarik balik. Alasan mereka sebab zaman dahulu
orang bukan Islam juga menggunakan nama Allah.
Sebenarnya agenda kafir ini bukan lah
untuk jangka masa pendek. Perancangan mereka adalah untuk 20 – 30 tahun lagi.
Generasi anak cucu kita. Pada zaman dahulu, iman orang Islam sangat lah
tebal.Diseksa sekalipun, mereka tidak akan sesekali menyekutukan Allah. Namun
dalam puluhan tahun akan datang, aku takut begitu mudah mereka terpedaya.
Adakah kita mahu dengar satu hari nanti orang islam berkata, aku beriman kepada
allah namun aku beragama kristian. Jadi biarlah kita mencegah perkara itu
berlaku dari sekarang. Aku bukan lah pandai bab2 agama tapi aku tak mahu anak
cucu aku nanti terkeliru diantara Allah untuk orang Islam dan allah untuk agama
kristian. Oleh itu, bagi aku kalimah Allah hanya untuk orang islam. Kita kena
memastikan akidah anak cucu kita terpelihara dari agenda orang kafir. Selain
itu, orang Kafir juga mahu melaksanakan IFC iaitu kesamarataan agama. Diantara
salah satu tuntutan IFC adalah anak yang baru lahir tidak boleh beragama
sehingga umur 18 tahun dimana mereka boleh memilih agama mana yang mereka suka.
bersambung kalau aku ada mood.....huhu..
Wednesday, March 27, 2013
Thursday, March 14, 2013
my 1st luv story - luv at 1st sight episod 27
Suram dan sunyi.
Begitulah perumpamaan apa yang aku rasakan masa ini. Bagai filem hindi tanpa
lagu, bagai kan
hero tamil tanpa misai, bagai drama melayu yang tak ada watak pendengkinya. Bak
kata Karam Singh Walia, terbakar kampung nampak asap, terbakar dihati siapa
tahu?.. Tak ubah seperti lagu pudar nyanyian Rossa, dan juga kosong nyanyian kumpulan Dewa19.
Semua itu menggambarkan perasaan lelah yang aku terpaksa harungi hari demi
hari. Bukan mudah untuk aku melalui saat-saat tanpa dia. Semakin kuat untuk aku
melupakan dia, semakin menggunung aku teringatkan dia. Aku kalah dalam melawan
perasaan sendiri. Senyuman yang aku ukirkan hanyalah satu lakonan semata-mata
dimana ianya akan merangkul anugerah academy awards untuk 2 tahun
berturut-turut jika dipertandingkan. Begitu realistik sekali.
Aku masih lagi
tak dapat membiasakan diri. Menelan kelat dan pahit. Masih teringat detik-detik terakhir diantara aku dan dia.
Saat dimana aku merasakan seolah-olah kehilangan perasaan. Rupa-rupanya untuk
melihat seseorang itu pergi, ternyata sangat sukar. Senyum pahit itu hanya
untuk menutupi kesedihan yang bersarang dihati. Sekalipun mata bertentang mata,
mulut terkunci dari berkata-kata, namun hati masih lagi memainkan peranannya.
Tidak kasihan kah hati ini kepada aku?. Apa salah aku?. Tak bolehkah hati ini
terus membiarkan aku diulit kegembiraan walaupun setelah melihat dia pergi?.
Dia hadir dalam hidup aku dengan penuh kegembiraan. Tak bolehkah dia pergi
meninggalkan aku juga dengan kegembiraan?..Aku tak meminta banyak dari hati,
hanya 1. Cukuplah sekadar aku boleh menjalani kehidupan seperti sediakala tanpa
dihimpit rasa yang menghimpit. Ini tidak, terus menerus menekan aku tanpa
ehsan.
Lagu bergenrekan
rock bukan lagi menjadi perhatian aku.
Buat masa sekarang aku hanya melayan lagu-lagu yang menyentuh perasaan
dikala keseorangan. Lagu-lagu lama, lagu-lagu Indon menjadi siulan. Hanya gitar
menjadi peneman setia dikala ini. Ya,
gitar ini setia untuk mengharungi detik-detik susah dan senang bersama.Sentiasa
ada bersama aku di kala aku memerlukan. Boleh membuai perasaan dikala talinya
di petik dan di mainkan. Aku sangat bertuah kerana gitar ini kadang-kala
menjadi pengubat rindu. Ianya tak akan meninggalkan aku walaupun pelbagai
dugaan yang datang melanda kecuali jika aku menjualnya untuk mendapatkan
sedikit duit. At least, masih ada sesuatu yang bersama aku ketika aku dalam
keadaan down yang kritikal.
Aku tak tahu
macam mana caranya untuk aku kembali normal. Dah bermacam-macam aku buat. Cuba untuk hepi dengan kawan-kawan dan cuba untuk
menyibukkan diri agar boleh melupakan dia. Tapi tak berhasil. Part yang susah
semestinya sebelum melelapkan mata. This part is horrible. I try to sleep but
what I can see is the memories between us. Fuuh, sepeking London..Betul, apa
yang telah aku dan dia lalui mesti aku teringat seolah-olah masa itu wayang
telah bermula. Ianya penuh dengan gelak tawa. Dan aku merindukan semuanya
tentang dia. Semuanya tentang kami berdua.
Kini aku cuma
berharap masa itu berlalu dengan pantas. Aku nak cepat untuk melupakan dia.
Kalau lah otak ni macam memori kad, boleh di simpan dah didelet, kan senang.
Tapi, secara jujurnya, jauh disudut hati, seandainya aku ada kuasa untuk
membuang segala apa yang telah aku dan dia lalui, aku tetap akan membiarkan
semua itu tersimpul rapi dalam ingatan. Tidak akan sesekali untuk membuangnya. Detik-detik
itu sangat indah. Kami berkongsi ketawa dan kesusahan bersama. Aku bertuah
kerana mengenali dia. Dan aku juga berharap dia tidak menyesal mengenali aku.
Aku nak dia tahu aku akan terus mendoakan dia.
Thursday, March 7, 2013
doa untuk Lahad Datu
Marilah kita sama-sama mendoakan keamanan untuk negara kita agar kembali aman. Kepada mereka yang telah gugur di medan perang, mereka adalah pejuang negara kita. Pengorbanan mereka amat besar.
Dalam keadaan negara yang genting seperti ini, yang sangat menjengkelkan aku masih ada lagi puak-puak yang tidak menghargai pengorbanan anggota keselamatan bahkan memperlekehkan usaha mereka.. Terlalu banyak tohmahan dan cacian dari puak-puak ini sedangkan tiada apa yang mereka lakukan untuk negara...Diulangi, TIDAK ADA..TIDAK ADA..Sedikitpun TIDAK ADA....Hanya tin kosong yang hanya tahu menyalahkan dan merendah-rendahkan martabat orang lain. Apa saja usaha semuanya tak kena pada pandangan mereka. Tiada kata penghargaan apatah lagi simpati dari mereka...
Disebabkan perbezaan ideologi politik mereka mempersalahkan kerajaan walau apa pun yang diusahakan. Aku bukan lah nk mempolitikkan perkara ni tapi dari pandangan aku, dari FB mahupun blog2 dan juga kata-kata khususnya dari pemimpin pembangkang, semuanya menjurus kepada penghinaan malah ada juga yang membela dan mengatakan penceroboh berketurunan sulu itu adalah dari keturunan Rasulullah.. Yang paling aku marah ada juga pemimpin pembangkang mengatakan kejadian ini hanyalah konspirasi kerajaan. Aku rasa kalau dia ada depan mata aku, aku nak terajang dia 5 - 6 kali. Tak habis-habis dengan politik. Tak habis-habis dengan menghasut. Askar naik Air Asia pun nak mempolitikkan jugak..Aku tak tahu tahap pemikiran pembangkang ni...Semua segi nak kaitkan dengan politik.. Diaorang tu bukan pergi makan angin, diaorang tu pergi untuk mempertahankan maruah dan kedaulatan negara. Biarkan saja. Jangan bercakap banyak tapi apa pun tak buat. Pemimpin seperti ini hanya layak diludah....Memang aku sangat panas hati dengan mereka.. Kalau ya pun nk berpolitik, politik la dengan bijak. Ni tak, semuanya salah orang lain.
Jika pemimpim pun berkata macam tu, menghasut dengan pelbagai andaian tanpa bukti, apa lagi pengikutnya..Kawan aku sendiri, bila kami sembang pasal hal ni, dia pun kata ni semua sandiwara kerajaan semata-mata untuk menangguhkan pilihanraya. Panas telinga bila dengar tapi disebabkan kawan-kawan, aku diamkan saja. Rupa-rupanya bab keselamatan negara dan nyawa anggota pertahanan kita pun masih lagi tidak mampu untuk membuatkan rakyat kita bersatu. Perbezaan ideologi politik telah menyebabkan orang-orang menjadi buta. Tidak mengkaji kebenaran dan hanya mengikut kata-kata pemimpin tak kira ianya salah. Apa saja pemimpin kata, walaupun ia salah, tetap dipandang benar. Aku pun tak tahu nak kata apa pada pemimpin pembangkang ni. Sepatutnya yang salah tetap salah yang betul tetap betul. Begitu jugak dengan kerajaan. Klu tak betul tetap tak betul. Kita sama-sama lah bersatu untuk memperbetulkanya. Perlu diingatkan, kerajaan tidak maksum begitu jugak dengan pembangkang. Yang baik kita ikut, yang buruk kita jauhkan. Apa yang penting, tak kira apa pun pemahaman kita, kita mesti bersatu tambahan lagi saat-saat genting yang melanda negara kita.
Kepada pejuang yang telah gugur, jasamu tetap dikenang...
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)


