Esok malam aku akan bertolak ke redang bersama-sama rakan..aku mendoakan agar perjalanan kami selamat pergi dan balik...
Thursday, April 26, 2012
Thursday, April 19, 2012
Thursday, April 5, 2012
030483
Dalam aku meniti hidup ni sedar tak sedar selasa lepas bertambah lagi setahun umur aku. Dah nak masuk 3 siri dah. Walaupun aku rasa macam muda (rasa2nya), tapi dari segi fizikal tu aku dah mula rasa perubahan. Biasa la bila umur dah makin meningkat. Mata dah makin kabur, tenaga dah makin kurang, uban dah mula memunculkan diri, perut dah semakin ke depan pendek kata macam2 lagi yang dapat aku rasa bila umur dah makin lanjut ni.
Banyak benda yang dah berubah disekeliling aku. Suasana, kawan-kawan tak ketinggalan jugak perasaan. Mana taknya, bila dah makin tua ni perasaan makin cepat terasa..Huhu...29 tahun bukan sesuatu yang singkat. Kalau diizinkan umur panjang, fasa ini mungkin separuh dari hidup aku. Dalam 29 tahun ni banyak yang telah aku lalui, telah aku pelajari tapi masih terlalu banyak juga benda yang aku kena belajar lagi..
Sekarang ni aku kena lalui hidup berseorangan. Mak ngan ayah dah tak ada. Sekalipun aku tak cukup kuat, namun aku terpaksa kuat..Itu hidup. Lumrah. Semua orang sedar akan hakikat itu. Bila tiba masanya nanti, kekuatan itu terbina dengan sendirinya...
Aku sedar, bila dah umur seperti ini, menikmati keseronokan hidup bukanlah menjadi satu matlamat sudah. Semua itu bukan lah sesuatu yang bererti. Mungkin naluri semakin berubah. Kawan-kawan bukan menjadi satu matlamat utama. Sekalipun kewujudan kawan itu penting, tapi tanggungjawab terhadap keluarga itu adalah mandatori. Terutamanya sekali kepada orang lelaki. Walaupun aku masih belum bekeluarga, namun aku teringin untuk memikul amanah itu. Dimana ianya sesuatu tahap yang lain dari apa yang aku rasa sekarang. Aku suka bila tengok ramai diantara kawan aku yang sudah ada peranan itu. aku berbangga. Kebanyakan mereka sewaktu kecil yang menjadi teman sepemainan , nakal, tidak serius, hanya tahu mengejar keseronokan tetapi bila mereka berumahtangga mereka telah berubah. Mereka menyedari adanya tanggungjawab kepada keluarga. Seluruh masa dan tenaga hanyalah kepada keluarga. Seronok kan?
Ramai kawan aku wish dan harap aku bertemu jodoh cepat.Hehe..Bila difikirkan, malu pulak rasanya. Aku tahu kawan-kawan mengambil berat pasal aku. Ramai yang nak menjadi agensi mencari jodoh..Hehe...Tapi bagi aku, tak perlu terburu-buru dalam hal tu. Mungkin aku agak terlewat tapi benda macam ni bukan boleh serkap jarang. InsyaAllah satu hari nanti akan sampai masanya...
So, besday aku tahun ni aku tak mengharapkan apa2...Just menikmati hari-hari sepertimana aku lalui sebelum ini. Cuma kalau boleh tu biarlah hari yang aku lalui tu penuh dengan kegembiraan. Aku tak perlukan kemewahan, tak perlukan harta benda,. Dari kecil aku tak pernah disajikan dengan kemewahan hidup. Hidup sederhana pun tak mengapa asalkan gembira dalam menikmati hidup. Bersyukur dengan apa yang ada..Selain dari harta, kawan kawan yang sentiasa mengambil berat pun sudah cukup untuk menggembirakan aku..
By the way, besday kali ni opismate aku buat kek ngan sikit makan2...Segan betul aku rasa. Tak pernahnya dlm hidup ni aku teringin nak disambut macam tu...Huhu..Apa pun, aku bersyukur dan hepi sebab aku mempunyai kawan-kawan yang begitu baik pada aku...InsyaAllah, aku jugak akan begitu....

Thursday, March 22, 2012
anugerah
Semalam masa kat rumah aku tak tahu nak buat apa. Aku bukak tv. Tengok cerita apa yang ada. Aku terbuka cerita haruskah ada rindu. Saja layan kejap, Cerita pasal fall in love kat orang asli..Mm..Tengok saja la..Tu pun sekejap ja.. Tapi bukan cerita tu yang aku nak bagitau..Cuma aku agak tertarik dengan satu ayat dalam cerita tu. Ayat tu memang dah femes sebenarnya....CINTA ITU SATU ANUGERAH..(Malam-malam cenggini mood jiwang tu mai merasuk..hehe)..Aku cerita ni dalam konteks kemanusiaan..Cewaahh...
Memang. Cinta adalah satu anugerah. Perasaan itu datang tanpa kita meminta. Tanpa menduga dan datang secara tiba-tiba. Bak kata pepatah, cinta itu buta..Tidak..Cinta itu tak buta cumanya kita yang buta sebab cinta. Bila perasaan itu hadir, kita sudah tidak kira siapa pun orangnya. Tak kisah asal usul ataupun kekurangan dia. Kita menerima dengan penuh rasa gembira hatta dia merupakan orang yang pernah kita benci sekalipun..Kerelaan hati menerima itu tanpa prejudis.
Sukar untuk mentafsirkan perasaan itu sebenarnya. Biar menterjemahkan dengan sajak, dengan puitis namun ianya tetap sukar untuk difahami. Satu perasaan yang membuatkan seolah-olah diulit kebahagiaan. Apabila seseorang mula merasai perasaan itu, hari-hari yang dilaluinya adalah indah.
Seseorang boleh berubah hanya kerana merasai perasaan ini..Hati yang dulunya keras akan bertukar menjadi lembut. Sanggup berbuat dan berkorban asalkan dia terus gembira. Hidup juga seolah-olah menjadi satu perangsang dan bersemangat kerana adanya dia. Menjadi lebih bertanggungjawab dalam perhubungan dan saling menjaga hati masing-masing. Manjadi tempat segala luahan dan perkongsian biar cerita gembira mahupun duka. Semua itu dikongsi bersama.
Banyak lagi yang nak diceritakan namun aku pun bukan lah pandai sangat..Macam mana aku tahu dan boleh faham perasaan ni?? Sebab aku pernah rasa sebelum ini...Aku tahu macam mana perasaan tu cuma susah untuk aku gambarkan..Tapi adat la, tak semuanya indah secara realitinya..Kita kadang-kadang boleh dapat pengalaman daripada kawan sekeliling kita..Ada yang berakhir dengan hepi ending dan juga sebaliknya...kita tawakal. Tanam dalam diri kita Allah telah mengatur sesuatu yang lebih baik atas setiap benda yang berlaku.
'kalau aku tahu peritnya cinta, aku tak ingin untuk merasainya,
namun kalau aku tahu indahnya cinta, aku sanggup untuk melalui 1000 keperitannya.....'
akhir kata, marilah kita mengundi dan menunaikan kewajipan kita...hehehe

Thursday, March 8, 2012
SBPA dan Pemimpin Pembangkang
Haaaaa...Apa ke pelik tajuk kali ni.....Hehe...Saja ja aku nak buat saspen...Macamni ceritanya..Ari ni aku telah menjadi wakil kesatuan bersama dengan 3 orang ahli lagi pergi ke Putrajaya dalam perjumpaan khas penjawat awam dengan Perdana Menteri kita..Aku malas pergi sebenarnya tapi apabila mengenangkan berpeluang untuk berjumpa PM apatah lagi perjumpaan tu di PICC (Putrajaya Convention International Centre), aku pun tidaklah menolak...Teringin jugak aku pergi situ...Selalu tengok dari luar ja..Bukan apa, nampak cantik PICC tu..Heheh...
Pagi tu kami dah sampai. Tak meronda pun. Terus masuk dewan menunggu PM...Tangkap gambar pun tak..
Program bermula dengan Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman memberi sepatah dua kata. Walaupun perkataannya kadang-kadang kurang jelas, namun masih mampu membuat audiens ketawa..Kerap jugak dia buat lawak..Aku masih ingat lagi kata2 dia, "sedangkan OBAMA pun tak boleh buat, apatah lagi OMAR"...Time tu semua orang ketawa..Heheh...Sampaika masa PM berucap pun PM memperkenalkan Datuk Omar sebagai Datuk Obama Omar...Sekali lagi semua ketawa...Hehehe...
Kiraya hari tu dapat juga aku jumpa PM walaupun secara jauh...Kira ok la tu jumpa secara live..Aku dah pernah jumpa Tun Mahathir dan juga Pak Lah..Ari ni Najib, kiranya dah lengkap la semua tu..Cuma dengan YAB Dato Najib ja yang aku tak berpeluang nak salam....
Sekembalinya aku ke Penang pada malam tu, aku dapat tahu Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan ceramah di surau berdekatan dengan flat aku. Jadi dengan tidak melepaskan peluang aku pn pergi tengok beliau walaupun sekejap..Secara dekat pulak tu...Kiranya dah dua kali aku berjumpa dengan dia...
So far, hari ni adalah hari bertuah aku. Mana taknya, pagi aku jumpa PM malam pulak aku jumpa ketua pembangkang..Complete set..Hehe....Semua aku dah pernah jumpa kecuali seseorang yang aku teringin nak jumpa.....Siapa dia???Jeng...jeng...jeng.....
Sebenarnya aku teringin nak jumpa HELIZA....hehehehehehehehe......
mesti kenalkan sapa heliza tu?...hehe
comel kan???hehehe
Friday, March 2, 2012
nothing to say
Rasa macam dah lama tak wat entry baru.Dah tak da idea sebenarnya nak menulis apa.Buat masa ni tak ada apa2 yang menarik pun untuk diceritakan.
Mmmm...sedar tak sedar sekarang ni dah masuk bulan 3...Cepat betul masa berlalu..Dah 6 bulan jugak arwah mak meninggalkan kami skeluarga..Aku rindukan mak..Sentiasa..Aku merasakan seandainya masa itu dapat diulang kembali, aku nak melakukan sesuatu yang lebih baik kepada mak. Memang aku sangat2 nak buat macam tu. Aku nak jadi anak yang lebih baik. Masih terbayang-bayang lagi pada apa yang berlaku di depan mata aku pada hari itu...Sekurang-kurangnya, aku berkesempatan untuk berada bersama-sama mak...Tak la aku ralat terkilan sngt...
Aku teringin sangat berjumpa dengan mak sbenarnya walaupun hanya dalam mimpi. Aku masih tak brpeluang untuk itu seperti mana kakak aku. Ya, kakak aku pernah bermimpikan arwah mak...Mendengarkan tu, aku rasa cemburu. Mungkin kakak aku anak yang lebih baik kalau nak dibandingkan dengan aku. Ya lah, sepanjang hidup mak, kakak aku sentiasa bersamanya. Apa sangatlah pengorbanan aku kalau nak dibandingkan dengan dia...Aku harap doa aku akan dimakbulkan satu hari nanti....
Benar kata orang, kita kena menghargai ibu-bapa sementara mereka masih hidup..Berbakti kepada mereka. Jika tak, kita akan menyesal nanti..Aku dah tak punya sapa-sapa lagi...Tu lah yang membuatkan aku merasa seperti keseorangan...Aku masih memerlukan ayah dan mak...Banyak benda yang aku masih tak dapat tunaikan pada mereka....NAmun, aku masih bersukur kerana aku sempat brsama arwah ayah selama 12 tahun dan arwah mak selama 28 tahun...Jasa mereka tak dapat aku nak balas. Moga roh ayah dan mak ditempatkan di golongan orang yang soleh dan solehah...

Friday, February 10, 2012
Kursus Intensif vol 2
Esok adalah hari terakhir kursus intnsif aku di USM. Selama lebih kurang 2 minggu, dapat la jugak aku merasai suasana seorang student U yang aku terngin nak nikmati dulu. Well, secara jujurnya aku tidaklah merasakan teruja atau apa pun. Biasa-biasa saja.
Mungkin untuk 1st year ni kurang sikit penekanan pada pelajaran. Aku rasa la..Apa yang aku nampak, tahun 1 ni just wat asaiment. Tak la banyak sangat. Masa intensif pun peperiksaan berterusan tak semua subjek ada. At least, tak la serabut sngt. Walaupun macam tu, bagi aku peperiksaan brterusan (PB) kali ni memang susah. Walaupun berbentuk objektif berpeluh jugak nak menjawabnya. Mungkin sebab aku tak baca buku kot..Nasib baiklah peratusan markah untk PB ni cuma sedkit untuk dibawa ke final..Pendek kata, final ni kena lah all out untuk semua subjek. Nampak gayanya kembali menjadi ulat buku setelah berbelas tahun ditinggalkan. Tu pun dulu tak pernah jadi ulat buku..Heheh..
Apa pun, intensif kali ni aku dapat jadikan pengalaman untuk aku lebih ambil berat pada masa akan datang. Kini aku lebih aham macam mana gaya belajar jarak jauh ni. Apa yg aku harap, dapatlah aku habiskan pengajian ni..InsyaAllah. Aku juga berterima kasih kerana ada yang mmberi semangat pada aku. Akan aku jadikan sebagai perangsang untuk aku terus belajar..
Subscribe to:
Posts (Atom)