Wednesday, October 24, 2018

kehidupan

Dah lama rasanya aku tak menulis..Bukan sebab tiada perkara untuk diluah tapi lebih banyak benda yang seeloknya dipendam.

Aku nak bercerita pasal kehidupan aku. Walaupun dah ada yang aku tulis dalam blog ni namun rasanya tak salah kalau ditulis lagi..Ni blog aku kan..Lagipun tak ada sesapa yang baca.Ni sekadar simpanan aku.

 Aku dilahirkan dalam keluarga yang boleh dikatakan susah. Aku dilahirkan di Pahang. Masa tu arwah ayah hanya bekerja sebagai pengawal. Aku pun tak tahu sejarah kenapa keluarga kami berpindah ke Pahang sebab asal usul kami di Perak. Ada juga la sedikit sebanyak kenangan aku di sana walaupun tak lama. Rasanya aku tinggal sana sampai umur aku 4 tahun. Salah satu yg paling aku ingat adalah kesadisan terkapit zip seluar..,perghhhhh..nangis kawwwww punya time tu..perkara yang amat ditakuti bagi orang lelaki…Abang aku la yang proses..Sampai sekarang terngiang-ngiang..Benda sadis yang kedua yang aku ingat bila time maghrib kaki aku tertusuk paku..Mak aiii..ni pun sakit ya amatt..Time tu mana ada nak p hospital..Semua buat sendiri..Abang aku la yang tolong keluarkan lepas tu kaki di tepuk tepuk dengan selipar…Haha..Lawak…Tapi banyak yg manis masa disana..Ya lah..Budak2 kan..Bukan kira apa…Sepanjang hari main ja kerjanya..Masa umur aku 4 tahun kami sekeluarga pindah ke kampong halaman aku. Masa tu semua baru bagi aku..Suasana dan persekitaran yang baru…Kawan-kawan pun taka da..Permulaan yang sunyi…Tapi biasa lah sementara nak beradaptasi dgn sesuatu yang bar utu akan ambil masa..Namun sesungguhnya aku rindu Pahang….

Masa sekolah rendah pun banyak kenangan yang aku lalui. Terkenang semasa hari pertama masuk sekolah rendah. Aku sangat teruja. Bangun seawall pagi dan yang paling bestnya arwah mak mandikan aku..Memang seronok..Belaian seorang Ibu..Ya Allah….Aku sangat sangat rindukan rawah mak…Kalau la aku boleh kembali pada masa lalu, setiap masa aku akan cium mak..Tak pernah aku lupakan mak sehingga hari ini..Sepanjang aku hidup bersama mak, mak tak pernah pukul aku..Kami hidup susah tapi mak tak pernah merungut. Kadang2 mak ikut arwah ayah ke laut untuk mencari kayu. Masa tu ayah berniaga kayu. Mak juga pergi ke sawah..Sanggup jalan berkilometer semata mata mencari pendapatan tambahan..Aku lah yang ditugaskan ambil mak..Namun kadang2 aku malas..Ya Allah…Teruknya aku…Pengorbanan seorang mak dan ayah..Aku sangat sangat merindukan mereka..Memang aku berasa iri hati bila ada kawan-kawan yang masih ada mak ayah..Aku dah tak dapat nak peluk mak..Tak ada kata yang dapat menerangkan betapa aku merindukan mak ayah..Sedalam dalam lautan dalam lagi mereka aku rindukan..Aku banyak dosa dengan mak ayah..Aku juga tak sempat nak balas jasa mereka..Kadang kadang bila rindukan mereka, terasa perit ya amat..Tak ada perkara yang boleh buat aku menangis selain dari rindukan mak ayah..Sesungguhnya siapa yang masih ada mak ayah adalah sangat beruntung…Aku nak salam pun dah tak berpeluang..

Masa sekolah menengah boleh dikatakan zaman kegemilangan. Masa  ni kawan-kawan pun dh ramai. Dah mula mengenal dunia. Menerokai dunia. Namun aku beruntung kerana aku dikelilingi kawan-kawan yang baik. Taka da la aku terjebak dangan dadah ganja bagai. Lagi pun masa tu tak semoden sekarang. Lebih terdedah. Dulu hanya tahu main. Teknologi ni jangan cakap lah..Paling hebat bergayut guna telefon rumah jaa..Masa 1st ada telefon rumah, aku ngan kak aku punya jakun sehinggakan telefon bordering semua pakat serbu..Yang paling jakunnya bila sanggup cari public phone semata mata nak

dengar deringan..Hahahaha..Lawak sungguh…Benda baru kan…Lama kelamaan nak angkat pun dah malas…Masa sekolah menengah nil ah aku mula gatai..Kata orang utara..Aku dh mula kenal perempuan..Tapi sungguh, aku sukakan dia pada pandangan pertama..Pada hari pendaftaran sekolah menengah..Sekali pandang terus aku impikan dia..Aku pun tak tahu kenapa..Aku dah ceritakan dlm blog sebelum ni..Tapi serius, aku percaya pada cinta pandang pertama..Walaupun naluri budak-budak tapi aku bersungguh-sungguh..Dipendekkan cerita dia Cuma menganggap aku sebagai kawan baik..Kata keramat dia sejak bertahun tahun, friendship forever..Dia lebih memilih kawan baik aku dari aku..Tapi akutetap tak mengalah..Aku tetap menunggu dia..Bayangkan dari tingkatan 1 sampai ke umur 20 lebih sehingakan ada juga aku menolak orang lain yang bersungguh sungguh pada aku..Dah la baik orangnya..Aku rasa bersalah tetapi nak buat macam mana. Takkan aku perlu paksa diri aku? Nanti aku dan dia juga yang merana. Betullah kata orang, 1st love ni memang susah untuk dilupakan..Dan takkan lupa..

Selepas habis sekolah menengah, Aku memasuki alam pekerjaan secara rasmi. Walapun secara tak rasminya aku selalu pergi ke laut waktu cuti sabtu dan ahad. Ya lah, duit belanja aku yang cari sendiri untuk makan disekolah..Aku tak nak la susahkan arwah mak yang tak bekerja. Dengan kelautlah aku boleh membeli RXZ..Motor pertama aku..Masa tu dikampung aku RXZ sangat lah femes.Tapi aku tak pernah terlibat dalam geng2 rempit ni..Pakai hanya sekadar minat..Aku berkawan dengan geng-geng tak buas..Paling jahat yang kami buat tak da benda lain, tak snooker, karaoke. Tu saja aktiviti cuti kami.Aku mula kerja kilang..Solectron..Kerja 12 jam tapi seronok.Dengan suasana dan kawan2..Kawan2 pun ada dari macam macam daerah. Dapat juga pengalaman merasai suasana kampong diaorang. Masa di kilang nilah aku menolak seseorang yang berharap pada aku. Sungguh aku tak berdaya..Dia sangat baik..Super baik..Tapi bukan jodoh kami..Dia pun dah kawin dgn seseorang yg lebih baik dari aku..Ada hikmahnya…

Fasa kehidupan aku seterusnya adalah aku mendapat kerja kerajaan. Aku bersyukur sebab doa aku dimakbulkan. Tak ada banyak benda untuk diceritakan cumanya kehidupan aku berubah. Aku tinggal dirumah sewa. Duduk bersama-kawan kawan. Masa ni aku mula berkawan dengan seseorang. Perkenalan melalui media social dan akhirnya terjadi. Aku memang serius dan bersungguh dengan dia sampaikan ajak dia kahwin tapi dia menolak sebab kata muda lagi. Akhirnya tiada jodoh antara kami tapi kenangan dengan dia memang susah aku lupakan. Kiranya kali ni 1st time aku patah hati secara rasminya. Rupanya memang perit..Perit sangat..Dalam sungguh luka..Makn pun taka da selera. Hidup berubah dari happy ke masam mencuka. Hari hari yang dilalui macam tak kena..Sungguh dia memberi kesan yang amat dalam sekali. Benar kata orang..Kalau kita terbang tinggi bila jatuh, kita yang akan parah. Tk dapat aku jelaskan peritnya aku rasa …Kira setahun juga lah aku ambil masa untuk tenangkan hati ni.. . Bagi aku, aku tak akan lupakan dia dan tak ada sesiapa yang boleh menggantikan perasaan aku terhadap dia.


Rupanya aku tersilap..Kali kedua aku tewas lagi. Pada seseorang yang aku sendiri tak jangka. Dengan sepantas kilat pula tu..Permulaan hanya kawan biasa.Kenal melalui kawan kepada kawan.  Berhubung melalui mesej sehingga hari2 kami bermesej..Perasaan itu hadir tanpa dipinta. Aku cuba melawan tapi tewas..Bukan sebab apa, sebab dia dah pun ada seseorang. Tapi aku kalah dengan perasaan sendiri..Aku memang setiap masa bergelut dengan perasaan aku tapi kehidupan aku lain dengan dia. Bila kami berdua, gelak tawa itu membuatkan kami terlupa siapa kami sebenarnya..Siapa kami yang sepatutnya. Hidup aku kembali disinari. Tak ada hari hari yang aku tak gembira bila dia ada kecuali bila dia meragam..Haha..Biasa la perempuan…Tapi mmg betul dia tu sinar bagi aku..gelak tawa kami, kenangan kami, keriuahan kami tak akan aku lupakan sampai bila bila..Ada hikmahnya kami taka da jodoh. Tapi dia hebat. Klu yang dulu aku kata tak ada sesiapa yg dapat menggantikan perasaan aku, aku tersilap lg..Dia lebih dari itu dan kesannya aku lebih perit kali ni…klu dulu aku cedera parah, kali ni cedera yang sangat parah..tk perlu tulis panjang panjang, cukup sekadar aku katakan yang aku tersangatlah patah hati…Macam mana aku nak lupakan dia yang mana terlalu banyak kenangan antara kami. Tapi aku tetap pasrah dan terus berdoa mengharapkan sesuatu yang terbaik…

Setahun lebih juga aku ambil masa untuk merawat hati.  Dan kali ni Allah permudahkan. Tanpa sedar. Masa berlalu pantas. Sedar-sedar aku dah bertunang. Dan akhirnya berkahwin. Hanya ambil masa lebih kurang 5 bulan dari perkenalan kami..Dia pun nasib seperti aku sebab gagal dalam hubungan. Kami berkahwin tanpa mengenali dengan lebih rapat. Taka da bercinta macam orang lain. Kami tahu kehidupan kami diatur dengan baik. Akhirnya kami berkahwin. Pada awal perkahwinan rumah tangga ni memang sukar sikit sebab kami tidak saling mengenali tapi kami bertahan sehingga sekarang kerana hubungan ini kami tidak meminta kesempurnaan masing masing kerana taka da siapa yang sempurna..Walaupun sekuat mana hati aku pada 1st love, kedua dan ketiga namun akhirnya aku dikurniakan seseorang yang lebih baik..Bukan bermaksud mereka tidak baik tapi makna lebih baik itu adalah kesesuaian setiap pasangan yang telah ditetapkan..Kami dikurniakan anak perempuan pada disember 2014. Kehidupan aku lagi sekali berubah. Bertambah lagi keluarga aku. Mempunyai anak adalah satu rahmat yang tak terhingga. Dan kini kami juga dikurniakan anak perempuan kedua. Lahir pada 14 September 2018..Syukur Alhamdulillah…


Dan kini, aku masih dalam percubaan untuk berubah. Berubah kearah ketuhanan. Walaupun kadang kala aku gagal, tapi aku akan terus mencuba dan berdoa akan diberikan kekuatan.Aku bukan lah hamba yang baik. Aku menzalimi diri sendiri..Aku akan berusaha untuk berubah..Moga dipermudahkan…

Friday, December 22, 2017

masuk rumah

Selasa lepas, 19.12.2017 aku telah berpindah ke rumah baru..selesai sudah akhirnya....cuma sekarang ni sibuk dengan pindah barang dengan persiapan kenduri...

apa pun, syukur alhamdulillah..

Friday, October 27, 2017

Tahniah Cik Coklat

Aku nak mengucapkan beribu-ribu tahniah kepada cik coklat kerana baru-baru ni selamat melahirkan seorang lagi umat nabi Muhammad SAW..Anak dia yang ketiga. Walaupun aku tidak menziarah atau mengucapkan tahniah tetapi sesungguhnya aku hepi..Aku tumpang hepi dari kejauhan.Setelah apa yang dia lalui, aku sebagai kawan sudah tentu aku mahukan dia sentiasa dalam keadaan yang selamat. Mungkin sekarang ni kami tak seperti dahulu lagi namun persahabatan kami tetap akan terus wujud. Apa pun tahniah diucapkan pada cik coklat. Didoakan akan semakin berbahagia dengan kehidupan bersama keluarga..

Tuesday, December 13, 2016

akhirnya

Hari ini 23.10.2017 aku telah menerima surat ini.alhamdulillah....akhirnyaaaaaaa....



Wednesday, October 5, 2016

Kematian Yang Dekat


Kenapa kali ni aku menulis berkenaan tajuk ini??Sebab nya aku pernah merasai sedikit detik-detik kematian yang dekat. Ianya terjadi pada aku dan seharusnya aku mengakui aku sangat bernasib baik dan bertuah. Allah masih memberikan peluang untuk aku menikmati kenikmatan dunia yang sementara. 

Satu hari aku menunggang motosikal sepertimana biasa. Aku tak memandu laju kerana kelajuan adalah salah satu ke ‘traumaan ‘ aku. Aku memasuki simpang untuk ke jalan besar. Aku perasan memang ada kereta Avanza dibelakang aku. Aku membiarkan nya untuk memotong aku. Aku sempat menoleh ke belakang untuk melihat namun tiba-tiba aku nampak ianya semakin dekat dan dekat menghampiri aku. Belum sempat untuk aku menoleh ke depan ……..BAAAAAAAANNNNNGGGGGGGGGGGGGGGGGGG. Aku dilanggar dari belakang. Aku dapat merasa diri aku terjatuh dan aku tidak dapat mengawal pergerakan badan dan terpaksa membiarkan saja kekuatan hentaman itu. Dalam keadaan bergolek aku dapat merasakan tayar kereta itu menggesel kepala aku. Saat itu dalam masa yang sepantas kilat memang apa yang dapat aku rasakan adalah kematian. Berlalu dengan sangat pantas. Jantung seolah-olah berhenti...Yang terlintas di fikiran hanyalah mati.....

Degan cepat-cepat juga aku bangun dan sangat merasa lega bila sedar rupanya aku tak mengalami kecederaan yang teruk. Dan yang paling terharunya adalah aku masih hidup…Betapa beruntungnya aku…Kelu lidah aku untuk berkata-kata..Orang ramai mengelilingi aku bertanya keadaan aku. Aku jadi blurr….Ya Allah…Tak dapat aku nak luahkan betapa bertuahnya aku..Masih belum sampai ajal aku waktu itu. Aku bersyukur…Apabila keadaan reda, ada seorang kakak datang kepada aku dan memberitahu sesuatu yang aku rasa ada betulnya juga...Dia kata, "kak sangka adik mati dah tadi"..Aku hanya mampu sengih.Kejadian berlaku di depan matanya..Hanya dia yang tahu macam mana teruknya aku dihentam waktu tu..Alhamdulillah aku selamat...

Rupa-rupanyaa pemandu kereta itu mengalami serangan jantung dan pitam. PAda petang itu aku berjumpa dengan suami kakak itu. Kakak itu dalam keadaan stabil dan menyatakan maaf nya kepada aku..Tidak ada sedikit rasa marah aku kepadanya cuma aku takut keadaan seperti itu berulang lagi kepada kakak tersebut..Kerosakan motor aku hang menelan kos 400 pun dibayar oleh suami beliau..Kes itu habis setakat tu..Namun kesannya amat mendalam kepada aku..Setiap kali aku naik motor, pasti aku akan menoleh kebelakang terutamanya bila nak berhenti..Traumaaaaa...

Mati…Itu pasti..Tapi bila?Dimana?Bagaimana?.Itu persoalannya..Tak kan ada sesiapa yang boleh menjawabnya..Yang pasti  hidup adalah untuk menuju kematian..Imam Ghazali ada berpesan kepada kita semua kematian adalah sesuatu yang sangat dekat dengan kita. Tidak boleh dihindari. Tiada yang terkecuali…

Aku takut dengan kematian. Benar..Aku selalu terfikir pasal mati. Bagaimana dan dimana? Aku sedar orang macam aku takut akan kematian sebab hidup penuh dengan cinta dunia. Walaupun sedar kematian itu dekat, masih lagi lalai dan alpa…

Seringkali kita mendengar berita melalui tv ataupun internet berkenaan kematian yang datang dalam pelbagai cara. Penyakit, bencana dan yang paling kerap adalah kemalangan. Ianya menakutkan. Saban hari kita disajikan dengan berita kemalangan yang meragut nyawa. Ngeri. Sebab aku pernah merasa...Dulu, setiap kali aku berulang alik pergi kerja dari jawi ke pulau pinang setiap kali juga aku terfikir pasal kemalangan. Memang dah jadi kebiasaan aku untuk membayangkannya..Aku takut….Urusan dunia tidak aku sempurnakan apatah lagi urusan akhirat..Lagi lah aku takut bila mengenangkannya…Nasib disana nanti…

Namun siapalah kita untuk memilih cara kematian kita.....


Tuesday, September 6, 2016

Berat masalah aku...

Assalammualaikum…..

Aku menoleh ke kanan, toleh ke kiri, toleh ke depan..Aku mendongak ke siling…Dan aku merenung didepan komputer…Ku tenung dan tenung tanpa aku tahu arah tujuan berbuat demikian..Aku hilang arah…Aku resah…Gelisah memikirkan masalah aku..Masalah yang amat berattt..TIba-tiba datang tanpa aku menduga..Masalah hadir tanpa dijemput apatah lagi dialukan..Tidak aku menyangka aku akan terjerumus kedalam masalah ini..Nampak mudah namun keperitannya hanya aku yang merasai…Tak terdaya oleh ku untuk terus menanggung beban bak kata pepatan tiada masalah mencari masalah dengan erti kata lain menanggung biawak hidup…
Aku amat buntu..keliru dan confuse…Sindrom ini boleh mengakibatkan otak beku dan hilang selera makan..Tidur malam pula seolah-olah terganggu hanya kerana hal yang seremeh ini..Yaa, mungkin dari segi luaran ianya Nampak remeh namun jauh dilubuk hati ianya sesuatu yang sangat susah untuk aku fikirkan..Aku mengelamun, termenung, menjauhkan diri dari rakan2 kerana masalah ini tidak sedikitpun melibatkan mereka..Apatah lagi memohon pertolongan mereka..Biar aku saja yang cuba menyelesaikan masalah ini..

Biar pedih, biar jerih, biar terhiris namun tetap aku gagahi dan teruskan jua apa yang aku mulakan..Cuma persoalannya dari mana harus aku mula?Bagaimana pertengahan nya? Kesudahannya adakah ia parah atau tidak lagi bermakna?..Bagaimana pula kesannya nanti?..Semua ini persoalan yang bersarang dan bergelodak di hati…Apakah harus aku berputus asa dan hanya membiarkan saja ia tersadai tanpa lagi aku usahakan?, Wowww..Tidak sama sekali aku menduga sesungguhnya ia adalah sesuatu yang dasyat di lubuk hati..Tidak dimata kasar..Batin aku bagaikan mahu menjerit sepuasnya demi melegakan hati yang terlalu kusut ketika ini..

Aduhhh..Tiada sesiapapun yang memahami apa yang aku lalui saat ini..Getir hidup yang sangat mencabar mental dan fizikal…MAsalah yang tidak dapat dihuraikan dengan kata-kaya hikmat…Adakah dengan meluahkan kepada seseorang mampu mengurangkan beban yang aku tanggung ini? Selalu aku tertanya..Patutkah? Tapi pada siapa?? Siapa yang boleh memahaminya???Tiada siapa…Aku perlu menyimpan permasalahan ini keseorangan..Aku tahu aku tak mampu harunginya namun bukankah kita takkan tahu bahawasanya diri kita ini kuat seandainya hanya menjadi kuat itu adalah satu-satunya pilihan terakhir kita??? Jadi aku terpaksa kuat..Kuat untuk diri sendiri…Bukan untuk orang lain..Aku terpaksa..Tanpa aku rela…..


Akhir kata, aku telah pun berputus asa dan aku biarkan saja permasalahan aku ini tanpa penyelesaiannya..Hanya ini yang aku mampu…Biarlah apa nak jadi..Yang terjadi akan tetap terjadi…Aku pasrah…Pasrah adalah rela dalam keterpaksaan..Yaa..aku menyerah..Biarkan saja orang kata aku tidak kuat..Biar saja..Mereka takkan faham masalah yang aku alami ini…Aku buntu..Aku gelisah dan aku hilang arah hanya kerana untuk menulis sesuatu dalam blog ini..Sungguh sakit sekali untuk mencari idea yang tak kunjung tiba..Aku sakit…Aduhhh….Aku give up…………..Aku dah malas untuk mencari idea dah..ok bye…….

Tuesday, April 26, 2016

Masa Lalu


Setelah sekian lama berhabuknya blog ini aku mengambil sedikit masa untuk menjengah sisipan luahan hati yang lama aku tinggalkan. Walaupun kekeringan idea untuk meluahkan apa yang tak terluah, namun aku gagahkan juga menaip sambil berharap idea akan datang seiring dengan lancarnya jari bergerak gerak..Ia bukanlah semudah yang disangka. Meluahkan apa yang dipendam disaat jiwa sarat dengan hasrat untuk melepaskan apa yang dikendong oleh hati. Ianya memenatkan sepertimana satu beban rasa hati yang tak tertanggung.

Sepertimana kata Imam Ghozali bahawasanya benda yang paling jauh dengan diri kita adalah masa lalu. Dan disitu juga aku merenung kembali kehidupan yang telah dilalui dan mengenang kembali saat-saat yang telah pergi. Apa yang aku boleh tafsirkandengan masa lalu adalah satu keindahan yang tidak dapat aku jelaskan dengan perkataan. Dan jujurnya jauh dilubuk hati apabila mengenang masa lalu akan datang satu perasaan. Perasaan yang wujud dalam diri manusia. Rindu. Ya, rasa inilah yang menyeliputi sanubari aku ketika ini.

Apakah yang paling aku rindui dengan masa lalu?..Yang paling aku rindui setiap detik dan setiap waktu sehinggakan tidak ada sehari pun yang berlalu tanpa ada perasaan rindu yang menggunung. Aku benar-benar, sangat sangat merindukan arwah ayah dan mak. Ya Allah, apabila aku mengenang kembali, hati ini bagai ditikam dengan pisau tajam. Aku seorang anak yang berdosa. Tidak berkemampuan untuk menjaga mereka sepertimana mereka menjaga aku. Hati aku bagai dirobek mengingatkan jasa-jasa mereka yang tidak aku balas. Dan aku tahu bagaimana gigihnya mereka memberikan apa yang terbaik untuk aku walaupun mereka sendiri terpaksa mengorbankan hak-hak yang sepatutnya menjadi milik mereka.Aku menyedarinya kerana aku juga ada seorang anak. Dan aku tahu yang paling penting bagi mak dan ayah adalah kegembiraan seorang anak. Mak ayah akan berasa gembira melihat anaknya tidur dengan tenang. Aku sedih kerana mak dan ayah tidak lagi bersama aku ketika ini untuk melihat apa yang aku ada sekarang. Tentunya yang paling menggembirakan aku adalah mak dan ayah ada disisi ketika aku susah dan senang. Aku tetap akan mendoakan mak ayah dalam sembahyangku...InsyaAllah...

Aku juga merindukan zaman persekolahan ketika zaman kemuncak terutamanya waktu tingkatan 4 dan lima. PAda waktu itu, keseronokan hidup seolah-olah ditahap yang berbeza sama sekali. Tiada masalah, tiada tekanan, tiada rungutan. Yang ada hanyalah kegembiraan,  awek-awek dan kawan-kawan. Tiada duit tak mengapa asalkan mempunyai kawan sentiasa. Hidup yang ceria dari pagi petang siang ke malam. Punyalah gembira pada waktu itu sehinggakan terlupa kehidupan yang bakal diharungi. Ahh, pedulikan semua itu kerana zaman remaja hanya sekali. Aku agak ketinggalan dalam pelajaran namun aku tak pernah menyesal. Tak pernah terdetik secara seriusnya aku menyesal kerana tidak belajar dengan bersungguh-sungguh. Tempoh ini adalah waktu yang sangat menceriakan.Mana taknya, aku dikelilingi ramai kawan yang baik.Yang membantu ketika susah dan senang sehinggakan persahabatan kami terjalin sehingga kehari ini.Cumanya, ada sedikit rasa terkilan. Aku sendiri tak tahu kenapa. Kawan baik aku ketika sekolah rendah yang sama-sama membesar kini terasa semakin jauh. Aku tak tahu apa puncanya. Mungkin dia ada alasan yang tersendiri..Tak mengapalah...

Aku juga merindukan zaman bujang.Masa aku mula-mula berkerja dan tinggal berasingan dengan mak ayah. Aku mempunyai haluan hidup sendiri. Dan masanya untuk aku berdikari. Syukur juga kerana aku bukanlah jauh sangat dengan kampung. Hidup dirumah bujang adalah sesuatu yang baru bagi aku. Selain tidak mengharapkan famili, aku semakin mengenal erti kehidupan. Walaupun mempunyai kehidupan yang bebas dan tanpa kekangan, aku bukanlah jenis yang suka mengambil kesempatan dengan berjoli sakan ataupun membuat benda yang tidak berfaedah. Aku bernasib baik kerana dapat teman serumah yang baik-baik. Semuanya kaki lepak kt rumah. Aku bersyukur kerana dianugerahkan Allah teman yang baik-baik.

Sebenarnya banyak lagi yang aku rindukan. Masa kanak-kanak aku, masa bercinta dan juga masa belajar di USM. Namun semuanya semakin jauh aku tinggalkan. Dan yang pastinya, ia tak akan berulang lagi dan akan tetap terus pergi tanpa sedikit pun menunggu aku. Semakin hari semakin pantas ia berlalu dan apa yang tinggal hanya lah masa lalu dan kenangan yang yang tersemat dihati. Pengalaman hidup mendewasakan kita dan kadang2 mengajar kita apa erti kuat. Dikala susah, kita mengharunginya kerana kita tak tak tahu kita kuat melainkan menjadi kuat itu adalah pilihan terakhir kita. Dan yang nyatanya, masa lalu adalah satu keindahan pada masa depan. Andai kita  merenung masa lalu janganlah kita lupa untuk melihat masa depan kerana kedua-duanya adalah sama.