Tuesday, October 23, 2012

La tahzan....



Aku ada seorang kawan. Perempuan. Tak la rapat tapi kami selalu bercontact-contact. Dari situ juga kami banyak bertukar-tukar cerita. Aku dapat tahu dia ada berkawan dengan seseorang. Dia cerita lagi, lelaki tu ada masalah kesihatan. Dia pernah eksiden dan cedera teruk di jantung. Dah banyak kali buat pembedahan. Tindakan susulan di IJN. Banyak kali dalam keadaan kritikal dan yang terbaru kawan aku tu cerita lelaki tu diisytihar mati otak selepas buat pembedahan. Aku tak berapa tahu makna mati otak dalam bidang perubatan ni. Hilang ingatan ataupun lumpuh..Aku tak mahu la tanya lebih2. Nanti dia sedih..


Hubungan diaorang ni baru lagi. Tapi kenal dari sekolah . Banyak yang dia ceritakan pada aku macam mana diaorang boleh berkawan. Banyak kejadian.  Kadang-kadang aku rasa pelik jugak tapi tak kisahlah. Hanya diaorang saja yang faham. 


Kadang-kadang, bila difikirkan setiap orang ada cerita yang tersendiri. Suka dan duka. Kalau kita rasa hidup kita susah dan mengecewakan, sebenarnya ada lagi orang yang nasib lebih malang dari kita. Kalau kita tengok orang sekeliling hidup senang dan menggembirakan, terdetik di hati kita alangkah bahagianya kalau kita pun menjadi seperti mereka. Tapi pernahkah kita fikirkan apa yang mereka telah lalui?  

Dia juga pernah bgtau pada aku lelaki tu kata dia kuat disebabkan kawan aku yg sentiasa ada dibelakangnya...Aku faham. Memang bila seseorang sentiasa ada untuk kita, ianya akan memberikan satu semangat dan kekuatan yang kita tak tahu dari mana datangnya....Aku dah rasa....

Aku cuma mampu menyuruh dia bersabar. Jangan bersedih...InsyaAllah semuanya akan baik-baik saja. Yang penting berdoa..

Wednesday, October 17, 2012

my luv story...luv at 1st sight episode 12



Petang yang agak terik. Angin bertiup sekali sekala. Suasana agak bising dengan suara pelajar-pelajar sesi petang. Kedengaran juga pekikan orang bermain bola. Aku tidak mempedulikan semua itu. Tidak sedikit pun menganggu tumpuan. Suasana seperti itu tidak dapat menandingi sang hati yang sedang berkocakan..Tumpuan aku hanya pada satu perkara.


Di kejauhan, aku hanya melihat pertemuan diantara Nurul dan K.E di hujung parking basikal pelajar sekolah. Berdiri dan berdepan antara satu sama lain. Angin masih lagi bertiup sekali sekala.  Aku mehalimunankan diri dari pandangan mereka. Teringin sekali aku mendengar apa yang mereka bincangkan tapi tak berupaya. Kalaula aku ada alat pendengaran seperti dalam filem James Bond kan bagus. Boleh aku mendengar setiap patah perkataan mereka sambil aku memakan keropok lekor pak Harun.


Aku tidak mendengar apa yang mereka bualkan namun aku tahu tujuan mereka berjumpa. Aku tahu apa yang akan terjadi. K.E ingin memutuskan perhubungan ataupun dengan perkataan yang lebih sopan, iaitu break up. Aku dapat melihat reaksi mereka berdua. Hanya berdiri. Tidak ada senyuman. Serius dengan kata-kata. Bukan hanya mereka saja yang tidak tersenyum, bah kan aku juga. Aku tidak gembira kerana aku tahu Nurul akan bersedih. Aku tak mampu lakukan apa-apa. Cuma rasa bersalah yang bersarang di hati. Mata aku hanya mampu menjadi saksi kesedihan Nurul. Aku terpaksa merelakan apa yang aku tak relakan.


Selepas beberapa detik, aku melihat Nurul berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang lagi. Melangkah setapak demi setapak dengan  perlahan. Mungkin dimata kasar, langkahnya itu nampak tabah tapi aku tahu jauh disudut hatinya, langkah Nurul  langkah yang longlai. Adegan itu seperti apa yang aku telah lalui dulu dan disebabkan itu, aku faham apa yang dia rasai. Ketika itu, mulut tidak dapat berkata melainkan hanya hati yang berbicara. Satu perasaan yang sukar untuk digambarkan.


Ingin saja aku berlari mendapatkan Nurul bagi memujuk hatinya yang lara.Ingin aku memadam kesedihan dan cuba untuk menggembirakan dia.  Sayang, aku tak berdaya. Aku tahu aku tak mampu lakukan. Aku tak mahu kehadiran aku hanya menambahkan luka di hatinya. Biarlah dia menenangkan diri terlebih dahulu. Aku terpaksa membiarkan dia berlalu pergi walaupun dihati aku ingin berkongsi kesedihan bersamanya.Mungkin, buat masa ini dia mahu bersendirian. Aku tak mahu menyerabutkan lagi hati dia. Aku tahu, sedikit masa lagi dia akan menghubungi aku.


Aku faham apa yang dia lalui. Aku simpati. Dalam masa yang sama juga aku sedikit geram pada K.E. tergamak dia melukakan hati Nurul. Kalau la ini macam cerita Hindustan, aku faham mungkin K.E terpaksa berbuat begitu kerana dia menghidap barah otak tahap 4, tetapi di alam realiti ini, tidak. K.E buat begitu kerana dia dah kembali berkawan dengan Norizan. Keputusan yang mementingkan diri tanpa menghiraukan perasaan Nurul. Aku sebagai si hero tak dapat melakukan apa-apa walaupun teringin sangat untuk mengkarate K.E sampai pengsan.


Mungkin, ini peluang baik untuk aku kembali mencuri hati Nurul. Tapi, jujurnya bukan kesudahan begini yang aku minta. Aku hero yang ada sifat-sifat terpuji. Tak mahu mengambil kesempatan dalam keadaan orang yang tengah frust. Sebab itu aku biarkan masa tentukan semuanya. Pepatah ada mengatakan, masa akan menyembuhkan segalanya. Lagipun, aku nak Nurul mempelajari satu perkara.. Menghargai orang yang menghargai dia.



Bersambung……

Sunday, October 14, 2012

my 1st luv story. - luv at 1st sight episod 11


Dalam keterpaksaan aku merelakan K.E mempermainkan Nurul sebegitu rupa. Aku sebolehnya tak nak mencampuri urusan diaorang. Agak sukar. Di sebelah sini kawan baik aku, disebelah sana seseorang yang bermakna bagi aku. Aku tak boleh memilih antara satunya. Aku berasa serba salah. Tak tahu nak berpihak kepada siapa.

Nurul  melalui hari-hari yang menggembirakan. Tak kan aku nak merosakkannya?..Namun aku tahu, satu hari nanti dia akan kecewa. Sebolehnya aku tak mahu Nurul jadi begitu. Aku nak kan dia selalu hepi. Dan sebab itu aku sanggup dia terus berkawan dengan K.E sampai bila-bila. Aku mahukan dia terus tersenyum. Biarpun senyuman itu bukan kerana aku tapi senyuman dia akan tetap menjadi penawar.

Aku masih menjadi orang perantaraan antara mereka. Aku terima. Biarlah mereka gembira. Aku juga gembira walaupun hakikatnya aku sendiri tahu apa yang aku rasa. Biar lah asalkan aku tak kehilangan mereka berdua. Sekurang-kurangnya aku masih boleh melihat Nurul tersenyum dan kami masih boleh selalu berhubung. Lagipun, panggilannya memang selalu aku tunggu-tunggu. Kalau tak bercakap sehari lain aku rasakan.

Satu hari aku keluar dengan K.E. Tanpa di rancang dia mengajak aku untuk berjumpa Nurul. Walaupun kami tak tahu rumah dia, kami akan cuba cari sebab kawasannya kami tahu. Apa yang kami tahu, rumah Nurul berdekatan dengan pantai. Pantai Ban Pecah.  Bila kami sampai disana, kami sangat bernasib baik sebab kami berjumpa dengan sepupu Nurul yang mana dia juga sekelas dengan kami. Kami pun ditunjukkan rumah Nurul. Dipendekkan cerita, kami berjumpa Nurul setelah dipanggil oleh sepupunya. 

Biasalah, aku hanya menjadi pelakon tambahan. Menjadi penunggu mereka berdua berjumpa bersaksikan pantai ban pecah yang cantik. Aku tipu kalau aku tak jeles tapi apa yang mampu aku buat?…Ombak-ombak menjadi saksi betapa sugulnya aku melihat mereka berdua di kejauhan. Indah bercengkerama. Dalam masa yang sama, aku gembira sebab aku dapat berjumpa Nurul  diluar hari persekolahan.Aku juga dah tahu rumah dia. Bukan apa, senang nak masuk meminang nanti…Hehehe…

Selepas tu, macam biasa, rutin telinga aku mendengar cerita tentang Nurul dari K.E. Macam-macam dia ceritakan.  Eiiii…Kecik ja aku tengok K.E ni..Kalau la dia tak da kena mengena dengan aku, memang aku buat smack down dah kt dia. Kenapa la dia ni tak nak faham apa yang aku rasa.....

Hari berlalu dengan pantas. 2-3 bulan tu tak terasa berlalunya. Namun perasaan aku masih sama. Kebimbangan aku juga. Aku tahu  aku tak dapat nak menghalangnya dari terus terjadi. Aku tahu sebab K.E banyak menceritakan pada aku. Walaupun dia merasa simpati pada Nurul sebab layan dia begitu tapi dia terpaksa lakukan. Akhirnya sampai juga detik-detik yang aku tak inginkan berlaku. Saat dimana kegembiraan Nurul akan dirampas. Aku hanya mampu menjadi pemerhati. Di satu petang yang dingin, aku menjadi saksi bisu antara mereka.

Bersambung…….

Thursday, October 11, 2012

my 1st luv story..(luv at 1st sight) part 10

Dah lama aku tak menulis di blog ni. Bukan apa, aku sendiri pun tak tau nak menulis apa. Sedangkan asaiment yang banyak pun aku belum buat lagi ni kan pulak nak buat entry baru…Takda keja namanya..Tapi tiba-tiba aku teringatkan entry aku pasal my 1st love story aku yang tak ada kesudahan. Jadi aku cuba nak wat kesinambungannya. Aku cuba buat kalau ada idea.  Bukan apa, cerita ni dah lama. Dekat 15 tahun dah. Banyak yang aku lupa. Cuma yang pastinya, aku tak kan lupakan dia. Aku cuba cari dia di alam maya ni tapi tak jumpa. Cuba tanya kawan2 dia pun sama jugak. Dia hilang tanpa berita. Last aku contact dia dengar ceritanya dia dah nak kawin. Dia kata bila dah sampai masa dia akan jemput aku. Tu last kami bercontact. 3 tahun dah rasanya. Sampai ke hari ni langsung aku tak dengar berita dia. Sebolehnya aku nak tahu hidup dia sekarang ni..Dan aku akan hepi kalau dia hepi… Dia adalah salah satu babak dalam kenangan manis hidup aku. Aku hero tapi sayangnya dia tak jadi heroin..Mmm..Semua tu dah tertulis..Disini aku bagi link episode satu kalau ada sapa2 yang nak baca…Jom terokai kisah hidup aku yang mana aku mula mengenal perasaan bunga2….http://ketukalaut.blogspot.com/2010/06/my-1st-love-storylove-at-1st-sight.html



My love story – love at 1st sight episode 10..

Aku terkedu dan tergamam. Tak dapat nak berkata –kata atau dalam bahasa omputehnya speechless..Kalau ni macam babak cerita sinetron Indon, masa muka aku terkejut beruk tu, kamera akan berulang-ulang kali focus pada raut muka aku. 3 – 4 kali jugak la ditunjuk-tunjuk mata aku yang terbeliak. Manakan tidak, kawan baik aku dari sekolah rendah, yang memahami aku, yang aku berkongsi semua cerita dengan dia, dan tahu macam mana perasaan aku terhadap Nurul namun dengan selamber dan muka tak bersalahnya dengan tega sanggup kerkawan dengan Nurul. Nurul juga begitu tega memberitahu  ke telinga aku bahawasanya dia sekarang berkapel dengan satu-satunya kawan baik aku....Rasa macam nak pitam...

Kalau la K.E tu depan mata aku sekarang, Paaaannnnggggggggggg….Aku penampor dia 5 –6  kali tepat di pipinya yang putih…Rasakan..Dia memang patut menerimanya..Tapi sayang, tu hanya lah dalam khayalan aku..Hakikatnya, aku hanya terdiam..Ciisss, bukan prinsip hidup aku nak bergaduh pasal perempuan ni. Tak da maknanya. Tambahan pulak dia kawan baik aku. Tak kan disebabkan ni aku nak putus kawan dengan dia..?..Gila…Aku bukan jenis tu…Cumanya, apa yg Nurul bgtau aku tu memang membuatkan aku sangat super terkejutnya. Aku tak sangka sangat. K.E yang merupakan posmen tak bergaji aku cuma mengenali Nurul baru beberapa lama tapi sebegitu cepat diaorang boleh kapel sedangkan aku dah mengenali Nurul 3 tahun lamanya. Aku dah menunggu dia lama tapi sekarang ni tak semena-mena  telah dicantas oleh orang yang aku percaya.

Aku kecewa..Tak sangka love story aku macam cerita Hindustan. Heroin yang dipuja-puja telah menjalinkan hubungan dengan kawan baik hero sendiri..Memang mengejutkan. Aku membawa diri. Tak sanggup rasanya aku nak berdepan dengan mereka berdua. Tapi masalahnya, aku dengan K.E satu kelas. Kami pergi dan balik sekolah bersama. Aku tak ada alasan untuk mengelakkan diri. Nak tak nak, aku terpaksa buat masam biasa. Macam tak ada apa2 yang berlaku. Aku simpan dalam hati. Tapi hati aku makin hari makin meronta. Mana tidaknya, K.E selalu ceritakan pasal Nurul pada aku. Kononnya mereka banyak persamaan. Anak sulung dalam family, adik ada seorang umur yang sama, tinggal dengan mak, ayah dah bercerai…Argghhhh..Aku tension…Tidak kah pernah dia terfikir perasaan hati aku??Tergamak sungguh dia menghiris luka hati aku yang sedang berdarah…Fuuuhhhh….Hari-hari dok ceritakan pasal Nurul..Nak saja rasanya hati aku pelempang dia dua – tiga das tapi tak sampai hati pulak..

Tu satu kes…Ni lagi satu kes…Pasal Nurul pulak..sebelum ni dia memang selalu call aku bila balik dari sekolah..Bila dia dah kapel dengan K.E pun dia tetap call aku..Kebetulan K.E tak ada phone rumah masa tu..Jadi, aku la tempat dia menghilangkan rasa bosan dia..Call aku dan yang geramnya dia ni pun satu..macam k.E jugak..Topik yang popular bila bercakap dengan aku mesti pasal K.E.  Apa2 pun K.E..Senyuman K.E sangat manis la..Hensem la..Tak suka kalau K.E tak senyum la…Macam2 lagi la…Semuanya la la la la…Eeeiiiiiiiiiii….Sakitnya hati aku…Rasa macam nak tempeleng-tempeleng ja kalau ada sapa-sapa yang lalu kat situ…Aku masih ingat lagi, sampai satu hari tu Nurul perasan aku macam dah malas layan dia, dia boleh tanya satu soalan yang paling aku rasa nak menjerit satu dunia…”kenapa ni?..awak JELES EK???Time tu darah aku seolah-olah nak menyirap dah..Pokok pun boleh patah kalau aku karate time ni. Tapi disebabkan aku tak nak sakitkan hati dia, aku senyap ja…

Sebelah sana cerita pasal sebelah sini, sebelah sini cerita pasal sebelah sana. Ditengahnya aku…Haa, elok la tu. Yang merananya aku.yang hepi tentu la  diaorang berdua…Begitu tega sekali mereka mempermain-mainkan hati kecilku ini..Dah la luka, di tarah-tarah pula menjadi parah..Ibarat kata pepatah, nak ditelan, perut dah kenyang, nak dibuang, ooooii mahal kfc tu…sayang….Jadi simpan saja lah…Biar aku berkorban asalkan diaorang hepi.Aku ibarat lilin yang menerangi mereka dalam kegelapan…Ada jugak manusia jenis ni….Cissssss…………….

Aku tipu kalau aku kata aku tak jeles..Aku pun ada secebis perasaan..I’m a lover.not a fighter.lebih kurang macam tu la perumpamaannya. Tapi aku redha..Aku tak sabotaj. Sikit pun aku tak buruk-burukkan diaorang. Kadang2 aku pulak yang jadi perantaraan antara K.E dengan Nurul…Dah nasib aku. Biasa la hero, di pertengahan cerita mesti la banyak halangannya..Dalam cerita Hindustan, hero mestila ada sifat2 terpuji..Macam tu jugak aku..

Sebenarnya, aku tak berapa merelakan K.E untuk berkawan dengan Nurul. Bukan apa, Aku tahu semuanya pasal K.E..Kami kan kongsi semua cerita. Aku tahu kenapa dia kawan dengan Nurul.  K.E tu baru lepas break dengan awek dia (sekarang ni dah jd wife dia). Jadi dia Cuma nak gunakan Nurul tu untuk bg awek dia jeles…Aku tahu tu tapi aku tak ceritakan pada Nurul. Ya la, nnt Nurul kata aku mereka-reka cerita pulak untuk keruhkan hubungan dia.Jadi nak tak nak aku diamkan diri tapi dalam hati aku rasa bersalah sangat. Aku tak tahu apa yang patut aku buat.. Sekali lagi kalau dalam cerita Hindustan, hero tersepit dalam membuat keputusan melibatkan sahabat dan kekasih hati..Mera dushman tere tum janaa inspector sahab.

Aku tahu Nurul tu memang bersungguh dengan K.E. dari segi cara dia pun aku dah tahu..Aku kenal Nurul..Aku faham perasaan dia..Dan dalam masa yang sama jugak, aku sakit hati dengan K.E.  Sampai hati dia buat Nurul macam tu..Aku tak suka Nurul sedih..Nak saja aku cekik2 K.E sampai pengsan. Sekarang ni,aku dalam dilema..K.E suruh aku rahsiakan tapi dalam masa yang sama aku rasa bersalah pada Nurul. Aku tahu, hubungan diaorang tak kan kekal lama…Satu hari nanti K.E akan melukakan hati Nurul. Apa yang patut aku buat??Aku buntu.

Tuesday, September 11, 2012

raya....







my hepi opismate....

Friday, August 31, 2012

Raya oo raya



Aidilfitri dah pun lepas. Kejap sangat masa tu berlalu. Dah nak masuk bulan September pun. Mmmm, pejam celik pejam celik tak lama lagi umur pun makin berganti. Macam satu teka teki tu, apa dia yang naik tak turun-turun??….Jawapannya dah tentu la umur…..Huhuhu…

Tapi kali ni aku tak nak cerita sedih pasal umur. Kali ni aku nak ceritakan pasal raya. Walaupun raya aku tahun ni agak suram, tapi raya tetap raya. Kenapa aku kata suram?. .Sebab bg aku tahun ni raya agak lain sikit.  Banyak sebab kenapa aku rasa macam tu tapi rasanya biarkan saja lah…Tak yah nak cita sedih2 ni..

Dari awal puasa lagi aku dengan kawan2 kampung dah plan nak buat bbq. Dah lama kami tak buat. Jadi tahun ni, memandangkan kebanyakan kawan balik kampung, ni  peluang yang terbaik. Jumaat sebelum raya tu kami pun berkumpul. Geng aku ni tak la ramai tapi kami kawan dari kecik. Walaupun ada yang dah jadi ayah, semua sporting..Macam biasa, bila dah ramai tu, huru hara la jawabnya. Smp lewat malam jugak la kami melepak. Dah lama rasanya aku tak gelak macam tu…Sampai nak krem perut ni…

Bila time raya, rutin lepas sembahyang aku akan pergi ziarah kubur. Lepas tu lepak kat rumah. Tahun ni raya pertama kebanyakan kawan aku beraya kt rumah mentua.  Maklum la, jodoh dekat2..Jd, aku tak la beraya sangat. Duduk rumah layan tv. Abang aku balik Pahang. Yang dok kat Pahang pun tak balik sini. Cuma tinggal aku dengan kak dengan abang ipar aku. Harapkan  anak menakan aku yang sorang tu ja yg buatkan rumah riuh.

Pukul 12 tu baru la aku pergi beraya. Ada la 2 – 3 orang. Tu pun bujang. Jadi la dari tak ada langsung. Kami dah biasa. Kawan-kawan beraya dengan wife, dengan anak. Bukan nak ada masa dah dengan kami  ni..tak pa, kami paham…( Aku tak tahu ayat ni ayat sedih ataupun hepi)…Petang tu aktiviti biasa, lepak rumah sampai malam….

Raya kedua, raya ketiga pun sama. Aku dah tak ada sapa, saudara mara pun dah kurang datang beraya. Cuma raya keempat tu aku nekad nak pergi beraya rumah kawan aku kat Beruas. Aku ajak kawan aku sekali. Tengah hari tu kami gerak.  Dalam 3 petang kami sampai sana. Sembang2 pastu time balik kami singgah teluk batik jap. Dah alang2 sampai situ, kami plan nak pergi Pangkor. Sekejap ja. Plan kami lepas mandi manda tu kami nak balik.

Bila dah mandi, dah berkayak kami pun singgah makan dulu. Bila dah kenyang perut kami pun balik. Sampai jeti nak tunggu feri la kononnya.  Mana tahu bila tanya pakcik guard tu, dia kata feri yang baru gerak tadi feri last. Setakat 8.30 malam ja. Ternganga kami. Aku tengok muka kawan aku, dia tengok muka aku. Apalagi, kami punya la gelak berdekah-dekah.….Pakcik guard tu pun heran tengok kami…Kami tak ada pilihan lain. Nak tak nak kami kena la bermalam kt sana. Nasib baik ada rumah tumpangan yg kosong.  

Malam tu, disebabkan boring dah sampai ke tahap yang memuncak, berbekalkan moto yang kami sewa, kami pun redah ja meronda. Dah tak da sangat tempat yang kami nak pergi, tambahan hujan lebat pulak, kami cuma abiskan masa dengan lepak kt cc. Main tenet sampai kul 2 pagi…Maklum la, dh takda sngt aktiviti…

Sok paginya, lepas brekpes kami g mandi laut. Dh setel tu, kami terus pergi jeti. Balik…Tengah hari jugak la sampai Lumut.. Kami sampai ke rumah dalam 3 lebih..Syukur sebab selamat pergi dan balik…Puas berjalan..Heheh…

Apa pun, aku bersyukur sebab aku masih dapat menikmati Aidilfitri kali ni. Tahun depan belum tentu lagi. Tak kira la macam manapun suasana raya, suram ataupun tak, aku tetap gembira. Aku kena ingat, kalau aku rasa nasib aku tak baik, ada lagi manusia yang nasibnya lagi tak baik dari aku. Jadi, aku menghargai setiap apa yang aku ada sebab fitrah manusia bila dah tak ada baru la kita akan hargai sesuatu tu.Semoga aku masih boleh menikmatinya pada masa akan datang. Dan belum terlewat kiranya aku nak mengucapkan selamat hari raya aidilfiri. Maaf zahir batin..

Monday, August 13, 2012

.................




Iklan ni sangat menyentuh perasaan.....