Thursday, October 11, 2012

my 1st luv story..(luv at 1st sight) part 10

Dah lama aku tak menulis di blog ni. Bukan apa, aku sendiri pun tak tau nak menulis apa. Sedangkan asaiment yang banyak pun aku belum buat lagi ni kan pulak nak buat entry baru…Takda keja namanya..Tapi tiba-tiba aku teringatkan entry aku pasal my 1st love story aku yang tak ada kesudahan. Jadi aku cuba nak wat kesinambungannya. Aku cuba buat kalau ada idea.  Bukan apa, cerita ni dah lama. Dekat 15 tahun dah. Banyak yang aku lupa. Cuma yang pastinya, aku tak kan lupakan dia. Aku cuba cari dia di alam maya ni tapi tak jumpa. Cuba tanya kawan2 dia pun sama jugak. Dia hilang tanpa berita. Last aku contact dia dengar ceritanya dia dah nak kawin. Dia kata bila dah sampai masa dia akan jemput aku. Tu last kami bercontact. 3 tahun dah rasanya. Sampai ke hari ni langsung aku tak dengar berita dia. Sebolehnya aku nak tahu hidup dia sekarang ni..Dan aku akan hepi kalau dia hepi… Dia adalah salah satu babak dalam kenangan manis hidup aku. Aku hero tapi sayangnya dia tak jadi heroin..Mmm..Semua tu dah tertulis..Disini aku bagi link episode satu kalau ada sapa2 yang nak baca…Jom terokai kisah hidup aku yang mana aku mula mengenal perasaan bunga2….http://ketukalaut.blogspot.com/2010/06/my-1st-love-storylove-at-1st-sight.html



My love story – love at 1st sight episode 10..

Aku terkedu dan tergamam. Tak dapat nak berkata –kata atau dalam bahasa omputehnya speechless..Kalau ni macam babak cerita sinetron Indon, masa muka aku terkejut beruk tu, kamera akan berulang-ulang kali focus pada raut muka aku. 3 – 4 kali jugak la ditunjuk-tunjuk mata aku yang terbeliak. Manakan tidak, kawan baik aku dari sekolah rendah, yang memahami aku, yang aku berkongsi semua cerita dengan dia, dan tahu macam mana perasaan aku terhadap Nurul namun dengan selamber dan muka tak bersalahnya dengan tega sanggup kerkawan dengan Nurul. Nurul juga begitu tega memberitahu  ke telinga aku bahawasanya dia sekarang berkapel dengan satu-satunya kawan baik aku....Rasa macam nak pitam...

Kalau la K.E tu depan mata aku sekarang, Paaaannnnggggggggggg….Aku penampor dia 5 –6  kali tepat di pipinya yang putih…Rasakan..Dia memang patut menerimanya..Tapi sayang, tu hanya lah dalam khayalan aku..Hakikatnya, aku hanya terdiam..Ciisss, bukan prinsip hidup aku nak bergaduh pasal perempuan ni. Tak da maknanya. Tambahan pulak dia kawan baik aku. Tak kan disebabkan ni aku nak putus kawan dengan dia..?..Gila…Aku bukan jenis tu…Cumanya, apa yg Nurul bgtau aku tu memang membuatkan aku sangat super terkejutnya. Aku tak sangka sangat. K.E yang merupakan posmen tak bergaji aku cuma mengenali Nurul baru beberapa lama tapi sebegitu cepat diaorang boleh kapel sedangkan aku dah mengenali Nurul 3 tahun lamanya. Aku dah menunggu dia lama tapi sekarang ni tak semena-mena  telah dicantas oleh orang yang aku percaya.

Aku kecewa..Tak sangka love story aku macam cerita Hindustan. Heroin yang dipuja-puja telah menjalinkan hubungan dengan kawan baik hero sendiri..Memang mengejutkan. Aku membawa diri. Tak sanggup rasanya aku nak berdepan dengan mereka berdua. Tapi masalahnya, aku dengan K.E satu kelas. Kami pergi dan balik sekolah bersama. Aku tak ada alasan untuk mengelakkan diri. Nak tak nak, aku terpaksa buat masam biasa. Macam tak ada apa2 yang berlaku. Aku simpan dalam hati. Tapi hati aku makin hari makin meronta. Mana tidaknya, K.E selalu ceritakan pasal Nurul pada aku. Kononnya mereka banyak persamaan. Anak sulung dalam family, adik ada seorang umur yang sama, tinggal dengan mak, ayah dah bercerai…Argghhhh..Aku tension…Tidak kah pernah dia terfikir perasaan hati aku??Tergamak sungguh dia menghiris luka hati aku yang sedang berdarah…Fuuuhhhh….Hari-hari dok ceritakan pasal Nurul..Nak saja rasanya hati aku pelempang dia dua – tiga das tapi tak sampai hati pulak..

Tu satu kes…Ni lagi satu kes…Pasal Nurul pulak..sebelum ni dia memang selalu call aku bila balik dari sekolah..Bila dia dah kapel dengan K.E pun dia tetap call aku..Kebetulan K.E tak ada phone rumah masa tu..Jadi, aku la tempat dia menghilangkan rasa bosan dia..Call aku dan yang geramnya dia ni pun satu..macam k.E jugak..Topik yang popular bila bercakap dengan aku mesti pasal K.E.  Apa2 pun K.E..Senyuman K.E sangat manis la..Hensem la..Tak suka kalau K.E tak senyum la…Macam2 lagi la…Semuanya la la la la…Eeeiiiiiiiiiii….Sakitnya hati aku…Rasa macam nak tempeleng-tempeleng ja kalau ada sapa-sapa yang lalu kat situ…Aku masih ingat lagi, sampai satu hari tu Nurul perasan aku macam dah malas layan dia, dia boleh tanya satu soalan yang paling aku rasa nak menjerit satu dunia…”kenapa ni?..awak JELES EK???Time tu darah aku seolah-olah nak menyirap dah..Pokok pun boleh patah kalau aku karate time ni. Tapi disebabkan aku tak nak sakitkan hati dia, aku senyap ja…

Sebelah sana cerita pasal sebelah sini, sebelah sini cerita pasal sebelah sana. Ditengahnya aku…Haa, elok la tu. Yang merananya aku.yang hepi tentu la  diaorang berdua…Begitu tega sekali mereka mempermain-mainkan hati kecilku ini..Dah la luka, di tarah-tarah pula menjadi parah..Ibarat kata pepatah, nak ditelan, perut dah kenyang, nak dibuang, ooooii mahal kfc tu…sayang….Jadi simpan saja lah…Biar aku berkorban asalkan diaorang hepi.Aku ibarat lilin yang menerangi mereka dalam kegelapan…Ada jugak manusia jenis ni….Cissssss…………….

Aku tipu kalau aku kata aku tak jeles..Aku pun ada secebis perasaan..I’m a lover.not a fighter.lebih kurang macam tu la perumpamaannya. Tapi aku redha..Aku tak sabotaj. Sikit pun aku tak buruk-burukkan diaorang. Kadang2 aku pulak yang jadi perantaraan antara K.E dengan Nurul…Dah nasib aku. Biasa la hero, di pertengahan cerita mesti la banyak halangannya..Dalam cerita Hindustan, hero mestila ada sifat2 terpuji..Macam tu jugak aku..

Sebenarnya, aku tak berapa merelakan K.E untuk berkawan dengan Nurul. Bukan apa, Aku tahu semuanya pasal K.E..Kami kan kongsi semua cerita. Aku tahu kenapa dia kawan dengan Nurul.  K.E tu baru lepas break dengan awek dia (sekarang ni dah jd wife dia). Jadi dia Cuma nak gunakan Nurul tu untuk bg awek dia jeles…Aku tahu tu tapi aku tak ceritakan pada Nurul. Ya la, nnt Nurul kata aku mereka-reka cerita pulak untuk keruhkan hubungan dia.Jadi nak tak nak aku diamkan diri tapi dalam hati aku rasa bersalah sangat. Aku tak tahu apa yang patut aku buat.. Sekali lagi kalau dalam cerita Hindustan, hero tersepit dalam membuat keputusan melibatkan sahabat dan kekasih hati..Mera dushman tere tum janaa inspector sahab.

Aku tahu Nurul tu memang bersungguh dengan K.E. dari segi cara dia pun aku dah tahu..Aku kenal Nurul..Aku faham perasaan dia..Dan dalam masa yang sama jugak, aku sakit hati dengan K.E.  Sampai hati dia buat Nurul macam tu..Aku tak suka Nurul sedih..Nak saja aku cekik2 K.E sampai pengsan. Sekarang ni,aku dalam dilema..K.E suruh aku rahsiakan tapi dalam masa yang sama aku rasa bersalah pada Nurul. Aku tahu, hubungan diaorang tak kan kekal lama…Satu hari nanti K.E akan melukakan hati Nurul. Apa yang patut aku buat??Aku buntu.

Tuesday, September 11, 2012

raya....







my hepi opismate....

Friday, August 31, 2012

Raya oo raya



Aidilfitri dah pun lepas. Kejap sangat masa tu berlalu. Dah nak masuk bulan September pun. Mmmm, pejam celik pejam celik tak lama lagi umur pun makin berganti. Macam satu teka teki tu, apa dia yang naik tak turun-turun??….Jawapannya dah tentu la umur…..Huhuhu…

Tapi kali ni aku tak nak cerita sedih pasal umur. Kali ni aku nak ceritakan pasal raya. Walaupun raya aku tahun ni agak suram, tapi raya tetap raya. Kenapa aku kata suram?. .Sebab bg aku tahun ni raya agak lain sikit.  Banyak sebab kenapa aku rasa macam tu tapi rasanya biarkan saja lah…Tak yah nak cita sedih2 ni..

Dari awal puasa lagi aku dengan kawan2 kampung dah plan nak buat bbq. Dah lama kami tak buat. Jadi tahun ni, memandangkan kebanyakan kawan balik kampung, ni  peluang yang terbaik. Jumaat sebelum raya tu kami pun berkumpul. Geng aku ni tak la ramai tapi kami kawan dari kecik. Walaupun ada yang dah jadi ayah, semua sporting..Macam biasa, bila dah ramai tu, huru hara la jawabnya. Smp lewat malam jugak la kami melepak. Dah lama rasanya aku tak gelak macam tu…Sampai nak krem perut ni…

Bila time raya, rutin lepas sembahyang aku akan pergi ziarah kubur. Lepas tu lepak kat rumah. Tahun ni raya pertama kebanyakan kawan aku beraya kt rumah mentua.  Maklum la, jodoh dekat2..Jd, aku tak la beraya sangat. Duduk rumah layan tv. Abang aku balik Pahang. Yang dok kat Pahang pun tak balik sini. Cuma tinggal aku dengan kak dengan abang ipar aku. Harapkan  anak menakan aku yang sorang tu ja yg buatkan rumah riuh.

Pukul 12 tu baru la aku pergi beraya. Ada la 2 – 3 orang. Tu pun bujang. Jadi la dari tak ada langsung. Kami dah biasa. Kawan-kawan beraya dengan wife, dengan anak. Bukan nak ada masa dah dengan kami  ni..tak pa, kami paham…( Aku tak tahu ayat ni ayat sedih ataupun hepi)…Petang tu aktiviti biasa, lepak rumah sampai malam….

Raya kedua, raya ketiga pun sama. Aku dah tak ada sapa, saudara mara pun dah kurang datang beraya. Cuma raya keempat tu aku nekad nak pergi beraya rumah kawan aku kat Beruas. Aku ajak kawan aku sekali. Tengah hari tu kami gerak.  Dalam 3 petang kami sampai sana. Sembang2 pastu time balik kami singgah teluk batik jap. Dah alang2 sampai situ, kami plan nak pergi Pangkor. Sekejap ja. Plan kami lepas mandi manda tu kami nak balik.

Bila dah mandi, dah berkayak kami pun singgah makan dulu. Bila dah kenyang perut kami pun balik. Sampai jeti nak tunggu feri la kononnya.  Mana tahu bila tanya pakcik guard tu, dia kata feri yang baru gerak tadi feri last. Setakat 8.30 malam ja. Ternganga kami. Aku tengok muka kawan aku, dia tengok muka aku. Apalagi, kami punya la gelak berdekah-dekah.….Pakcik guard tu pun heran tengok kami…Kami tak ada pilihan lain. Nak tak nak kami kena la bermalam kt sana. Nasib baik ada rumah tumpangan yg kosong.  

Malam tu, disebabkan boring dah sampai ke tahap yang memuncak, berbekalkan moto yang kami sewa, kami pun redah ja meronda. Dah tak da sangat tempat yang kami nak pergi, tambahan hujan lebat pulak, kami cuma abiskan masa dengan lepak kt cc. Main tenet sampai kul 2 pagi…Maklum la, dh takda sngt aktiviti…

Sok paginya, lepas brekpes kami g mandi laut. Dh setel tu, kami terus pergi jeti. Balik…Tengah hari jugak la sampai Lumut.. Kami sampai ke rumah dalam 3 lebih..Syukur sebab selamat pergi dan balik…Puas berjalan..Heheh…

Apa pun, aku bersyukur sebab aku masih dapat menikmati Aidilfitri kali ni. Tahun depan belum tentu lagi. Tak kira la macam manapun suasana raya, suram ataupun tak, aku tetap gembira. Aku kena ingat, kalau aku rasa nasib aku tak baik, ada lagi manusia yang nasibnya lagi tak baik dari aku. Jadi, aku menghargai setiap apa yang aku ada sebab fitrah manusia bila dah tak ada baru la kita akan hargai sesuatu tu.Semoga aku masih boleh menikmatinya pada masa akan datang. Dan belum terlewat kiranya aku nak mengucapkan selamat hari raya aidilfiri. Maaf zahir batin..

Monday, August 13, 2012

.................




Iklan ni sangat menyentuh perasaan.....

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan...


Baru sekejap rasanya aku menyambut ramadhan, kali ni datang lagi. Pantas masa berjalan. Kadang-kadang sehingga tak tersedar pun....Apa pun, aku bersyukur sebab masih boleh menikmati ramadhan yang tiba...

Aku bukan tak gembira ramadhan kali ni, cuma aku sedikit sedih..Ni la pertama kali ramadhan tanpa arwah mak. Tak meriah la Aidilfitri kali ni...Mesti rasa lain raya tanpa mak.Selalu mak yang sibuk. Teringat lagi masa dulu-dulu, mak yang sibuk beli barang-barang keperluan, kuih muih dan juga wat ketupat...Mak tau aku suka ketupat...Namun semua tu tak ada lagi...Aku sangat rindukan mak...

Bila seseorang tu kehilangan mak, mereka bukan setakat kehilangan, malah mereka sudah tak ada berkat doa dari seoarang mak....

Apa pun, harapnya ramadhan kali ni lebih memberikan erti kepada aku..Selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua....

Saturday, June 23, 2012

Anganan yang tercapai...

Alhamdulillah..Final exam aku dah  berakhir hari ni..Fuuhhhh..berpeluh gak la..Mana taknya, time exam ni la sibuk nak ada Euro..Dah la aku ni jenis malas nak membaca, tambah ada Euro pulak..Hmm, lagi la jenuh..Esok nak exam ari ni baru baca..Tido pulak tk cukup sbb tgk bola..Macam2 dugaan..Tapi apa pun, dapat gak aku merasa exam taraf Universiti yang dulu aku rasakan cuma angan-angan...

FLASHBACK.....

1999..

Aku baru masuk tingkatan 4. Aku ingat lagi..4K1 kelas aku..Tapi disebabkan ada kawan ajak aku tukar kelas, aku pun memohon. Tak disangka permohonan aku diluluskan. Aku ditukarkan ke kelas 4 Sastera Iktisas..Sedap nama dia..Aku suka kelas ni...Subjek dia lain sikit..Ada Perdagangan, Prinsip Akaun dan Matematik Tambahan..Tapi disebabkan semua student kelas aku dapat markah yg tak memuaskan dalam subjek Matematik Tambahan, maka subjek tu digugurkan dan ditukarkan dengan Ekonomi Asas..Aku suka subjek ni...Cikgu dia pun ok...

Lucu jugak bila aku fikirkan balik, masa tu aku ada berangan-angan nak jadi Akauntan..Hehehe..Memang aku agak berkobar pada mulanya..Tambahan pulak, ada 'seseorang' yang menjadikan aku lebih bersemangat..Tapi lama kelamaan hilang semangat tu..Ya la, kalau dah dasar pemalas tu, pemalas la jugak...Tak dapat dinafikan aku agak mengabaikan pelajaran...Kedudukan aku tercorot walaupun bukan yang terakhir. Memang aku tak dapat nak lawan yang lain memandangkan kelas aku 28 orang perempuan. Lelaki cuma 4 orang ja. Yang perempuannya dah sah sah pandai-pandai..Mana la aku nk boleh lawan..Kami 4 orang ni pulak suka main..Tau nak seronok ja kerjanya...Tapi selalunya diantara 4 orang kami, aku lah yang terbaik...heheh...


2000..

Tahun ni SPM...Aku tak buat persediaan apa pun..Memandang remeh...Petang exam pagi bole lepak2 dengan kawan lagi..Walaupun sedar tu adalah arah tuju hidup tapi aku tak ambil kisah...Natijahnya, keputusan aku tak memberangsangkan..Disini aku nak berkongsi keputusan aku yang teruk...Dah 12 tahun yang lepas, dah tak malu dah pun...(aku tk berapa ingt sngt)...Aku dapat Bahasa Melayu 6C, Bahasa Inggeris 6C, Sejarah 4b, Sains 6C, Matematik 8E, Pendidikan Islam 5C, Perdagangan 6C, Ekonomi Asas 6C dan yang paling sedihnya Prinsip Akuan aku kandas...9E....Aku dapat 7 subjek kredit...1 lulus...Aku agak berpuas hati..Berpadanan dengan prestasi aku yang pemalas ni..Ada jugak aku berniat nak sambung study tapi aku rasa aku tak layak..Bila aku berfikir balik, aku nak menyesal pun dah tak guna sebab semua tu tak kan berulang lagi....


2001

Aku dah tak berapa ingat bila USM Nibong Tebal dibuka..Mungkin awal tahun 2000 rasanya. Masa tu aku kerja di kilang..Bila aku tengok USM tu, dalam hati aku selalu berangan seronoknya kalau aku dapat belajar kat sini....Semangat nak belajar tu tetap ada walaupun aku ni seorang pemalas...Huhu...

2008

Aku dah 3 tahun bekerja sebagai Pembantu Tadbir Bahagian Kesihatan. Satu hari kat opis aku ternampak iklan kemasukan Pengajian jarak jauh Universiti Sains Malaysia yang ditempek kt papan kenyataan. Aku membelek dengan penuh minat. Bila aku tengok kelayakan, aku rasa teruja sebab aku layak untuk memohon cuma kalau menggunakan SPM, aku kena ada pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 5 tahun...Aku agak terkilan tapi bagi aku 2 tahun lagi bukan satu jangkamasa yang lama..Sejak hari tu aku dah mula simpan angan-angan nak sambung study..2 tahun saja lagi...

2010

Dengan tidak buang masa di akhir tahun aku memohon PJJ di USM. Kebetulan kawan aku pun nak join sama..Lagi la berkobar-kobar aku rasa...Mohon tanpa fikir panjang...Heheh...

April 2011

Aku mendapat surat dari USM...Aku kena hadiri ujian untuk kemasukan PJJ disebabkan aku hanya menggunakan kelayakan SPM..Namun, girangnya aku rasa..Tak sangka angan-angan aku hampir jadi kenyataan..Selangkah saja lagi....

Mei 2011

Aku mendapat mesej dari USM untuk memeriksa secara online sama ada aku berjaya atau tidak..Masa tu memang aku berdebar-debar..Aku berharap aku berjaya..Sebelum check online, aku suruh kawan aku check keputusan mereka dahulu sebab aku rasa macam berat hati..Bila kawan aku check, dia berjaya...Dan aku dengan saspennya check..Perlahan-lahan tengok keputusan..Risau jugak kalau tak dapat sedangkan kawan-kawan aku dapat...Ahirnya keluarlah result...ANDA BERJAYA...........Masa tu nak kata gembira tak la sangat cuma rasa macam tak percaya...Angan-angan aku nak sambung belajar dah tercapai...Aku bersyukur.....

Dan sekarang sudah pun setahun aku bergelar pelajar..Dan rupanya sikap aku masih lagi tak berubah..Aku cuma berharap aku mendapat keputusan yang baik...InsyaAllah....Aku harus berubah sikap.....Aku kena menggunakan peluang ini sebaik-baiknya..

Dalam hidup aku, apa yang aku inginkan sangat dulu telah pun tercapai..Dari segi kerja aku dah dapat apa yang aku nakkan walaupun bidang ni bukan yang aku minat. Dari segi nak sambung belajar juga telah tertunai..Pendek kata aku dah dapat 2 benda yang aku inginkan dalam hidup..Adakah aku patut tak rasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan?..Bagi aku, aku sangat bersyukur...Aku sangat menghargai ats peluang yang diberikan pada aku...Syukur alhamdulillah....





Wednesday, June 13, 2012

Manusia itu hebat

Manusia itu hebat. Kadang2 apabila manusia dilanda musibah mahupun kesukaran yang berat, disaat mereka fikirkan mereka tidak kuat dan tidak mampu untuk meneruskannya, disaat saat kesukaran hinggakan mereka terfikirkan ingin mengaku kalah, namun apabila mereka menguatkan semangat untuk mengharunginya, sesungguhnya mereka akan berjaya. Manusia itu boleh melakukan sesuatu melebihi dari apa yang mereka sangka.Disitulah terletaknya kehebatan makhluk yang bernama manusia ini...

Benar, bukan senang untuk kita meredahi kesukaran hidup..Kita merasakan beban yang ditanggung terlalu berat untuk dipikul. Bebanan itu juga mempengaruhi emosi dan jiwa kita. Namun, kita seharusnya ingat satu perkara.


Sedarlah wahai manusia, Allah tidak akan membebani hamba-hambaNya melainkan apa yang termampu dihadapi oleh mereka. Sebagaimana firmannya yang bermaksud :
Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. (al-Baqarah 286)
Oleh sebab itu, kekuatan diri dan mental perlu kita tanamkan dalam diri. Cara yang terbaik adalah kita sematkan dalam hati kita boleh melalui semua dugaan itu dengan kekuatan yang ada pada kita. Dan apabila semuanya selesai nanti, disaat sinar cahaya semakin terang, kegembiraan mengulit kehidupan, kita renungkan kembali apa yang telah kita redahi, maka kita sedari kita telah lulus dalam ujian dan kita akan berkata, aku telah melalui semua kepayahan ini dan ianya membuatkan aku menjadi lebih kuat pada hari depan...