Saturday, May 5, 2012

redang....27.04.2012


Minggu lepas aku telah bercuti di Pulau Redang di Terengganu...Alhamdulillah syukur kami semua selamat pergi dan balik tanpa sebarang masalah..Akhirnya, hajat aku yang bertahun-tahun telah pun termakbul. Macam tak percaya ja aku dpt menjejakkan kaki aku di Redang..

Dipendekkan cerita, bila dah sampai disana, memang aku rasa teruja sangat. Ya la, aku suka kan air lautnya. Kebiruan. Cantik sangat dan jernih. Kiranya boleh nampak apa yang ada di dasarnya..Huh, memang aku suka sangat dengan keadaan sekeliling. Pemandangan yang cantik..



Selepas makan tengah hari, dengan tidak sabarnya aku terus mandi laut dengan kawan aku. Jadi macam budak2. Terjun sana, terjun sini..Menyelam sana, menyelam sini..Hehe..Biarlah orang nak kata kami ni jakun sekalipun. Aku tak kisah. Aku ni anak pelaut. Jd aku sukakan laut.


Merenung apa pun aku tak tahu..heheh..

Dlm air pun nak berayban lg...hehehe..Maklumlah, panas terik..Sunburn jgn cakaplah, Kulit aku ni yg seputih orang Korea habis hangus. Musnah impian aku untuk join K Pop..Huhu

Pas puas mandi manda, rehat sekejap di teratak yang bahagia. Hasil penat lelah kami yang membinanya untuk tempat kami beristirehat. Walaupun tidaklah besar, namun ianya umpama baiti jannati. Menyenangkan..Heheh







Pukul 2.30 akan bermulanya prpgram kami. Saat yang ditunggu-tunggu..Snorkeling..Yeaaahhhhh..Aku suka..This is what i want....Tak sabar rasanya nak meng explore lautan...Tapi sayang, tak ada kamera yang boleh tangkap dalam air...

Oleh sebab ni 1st time aku snorkeling, memang aku agak terkejut dan teruja. Omputeh kata excited...Soo excited...Ya la, airnya jernih sngt..Boleh nampak apa sj..Coral dengan ikan..Cantik2..Aku juga berpeluang bg roti utnuk ikan. Semuanya berebut sampai ada yg gigit tangan aku..Hehe..Besttt...Depan mata aku..Macam 3d..Aku snorkeling sepuas-puasnya...

Petang tu kami pun balik. Lepak2 kat chalet..Makan petang..Lepas tu lepak pulak di tepi laut..



Malam tu aktiviti bebas..Lepas makan tu tengok tv kejap. Tengah malam tu pulak aku ikut kawan aku menchandart sotong dengan memancing. Time tu memang suasana sangat indah... Gelap dan sunyi.Angin lembut juga turut bertiup dan sekali sekala dengar desiran ombak. Lautan dan pulau-pulau berhampiran menjadi pemandangan.Ditambah pulak ditemani cahaya bulan dan bintang yang berkelipan di langit.

     Ingin aku meminjam cahaya bulan
     agar bisa malammu aku terangkan....
   
     Ingin aku mengait bintang
     untukmu ku jadikan sebuah kerongsang,

Pergghh...Malam2 macam ni memang buatkan aku menjadi jiwang karat..Terkenang cerita yang indah2..Hehehe.. Memang full pakej untuk suasana yang romantik.Aku menjadi sangat tenang. Tidak ada sebarang masalah yang berserabut..Damai...

Hari kedua macam biasa, snorkeling di waktu pagi di sebelah petang juga sama...Dipendekkan cerita, semuanya memang cantik..Aku suka...Percutian ni memang bermakna bg aku. Pengalaman yang tak aku lupakan....InsyaAllah klu ada peluang lg, aku akan ke cni...

Masa balik tu kami sempat ronda2 di Kuala Terengganu..Pergi pasar Payang dan macam2 lg...Banyak..Aku pun dah lupa..Memang seronok..Aku suka Terengganu...Suasananya dan yang palin best tentulah aweks-aweks Ganu...Hehehehe...Apa pun, Aku enjoy dengan percutian kali ni...So, next vacation is Genting..Heheh...

Penuh dengan keropok...


Kalau perempuan tengok ni mesti rambang mata..huhu


Thursday, April 26, 2012

trip to redang...

Esok malam aku akan bertolak ke redang bersama-sama rakan..aku mendoakan agar perjalanan kami selamat pergi dan balik...



Thursday, April 19, 2012

.......

Apa pun yang terjadi....ku kan slalu ada.....

Thursday, April 5, 2012

030483

Dalam aku meniti hidup ni sedar tak sedar selasa lepas bertambah lagi setahun umur aku. Dah nak masuk 3 siri dah. Walaupun aku rasa macam muda (rasa2nya), tapi dari segi fizikal tu aku dah mula rasa perubahan. Biasa la bila umur dah makin meningkat. Mata dah makin kabur, tenaga dah makin kurang, uban dah mula memunculkan diri, perut dah semakin ke depan pendek kata macam2 lagi yang dapat aku rasa bila umur dah makin lanjut ni.

Banyak benda yang dah berubah disekeliling aku. Suasana, kawan-kawan tak ketinggalan jugak perasaan. Mana taknya, bila dah makin tua ni perasaan makin cepat terasa..Huhu...29 tahun bukan sesuatu yang singkat. Kalau diizinkan umur panjang, fasa ini mungkin separuh dari hidup aku. Dalam 29 tahun ni banyak yang telah aku lalui, telah aku pelajari tapi masih terlalu banyak juga benda yang aku kena belajar lagi..

Sekarang ni aku kena lalui hidup berseorangan. Mak ngan ayah dah tak ada. Sekalipun aku tak cukup kuat, namun aku terpaksa kuat..Itu hidup. Lumrah. Semua orang sedar akan hakikat itu. Bila tiba masanya nanti, kekuatan itu terbina dengan sendirinya...

Aku sedar, bila dah umur seperti ini, menikmati keseronokan hidup bukanlah menjadi satu matlamat sudah. Semua itu bukan lah sesuatu yang bererti. Mungkin naluri semakin berubah. Kawan-kawan bukan menjadi satu matlamat utama. Sekalipun kewujudan kawan itu penting, tapi tanggungjawab terhadap keluarga itu adalah mandatori. Terutamanya sekali kepada orang lelaki. Walaupun aku masih belum bekeluarga, namun aku teringin untuk memikul amanah itu. Dimana ianya sesuatu tahap yang lain dari apa yang aku rasa sekarang. Aku suka bila tengok ramai diantara kawan aku yang sudah ada peranan itu. aku berbangga. Kebanyakan mereka sewaktu kecil yang menjadi teman sepemainan , nakal, tidak serius, hanya tahu mengejar keseronokan tetapi bila mereka berumahtangga mereka telah berubah. Mereka menyedari adanya tanggungjawab kepada keluarga. Seluruh masa dan tenaga hanyalah kepada keluarga. Seronok kan?

Ramai kawan aku wish dan harap aku bertemu jodoh cepat.Hehe..Bila difikirkan, malu pulak rasanya. Aku tahu kawan-kawan mengambil berat pasal aku. Ramai yang nak menjadi agensi mencari jodoh..Hehe...Tapi bagi aku, tak perlu terburu-buru dalam hal tu. Mungkin aku agak terlewat tapi benda macam ni bukan boleh serkap jarang. InsyaAllah satu hari nanti akan sampai masanya...

So, besday aku tahun ni aku tak mengharapkan apa2...Just menikmati hari-hari sepertimana aku lalui sebelum ini. Cuma kalau boleh tu biarlah hari yang aku lalui tu penuh dengan kegembiraan. Aku tak perlukan kemewahan, tak perlukan harta benda,. Dari kecil aku tak pernah disajikan dengan kemewahan hidup. Hidup sederhana pun tak mengapa asalkan gembira dalam menikmati hidup. Bersyukur dengan apa yang ada..Selain dari harta, kawan kawan yang sentiasa mengambil berat pun sudah cukup untuk menggembirakan aku..

By the way, besday kali ni opismate aku buat kek ngan sikit makan2...Segan betul aku rasa. Tak pernahnya dlm hidup ni aku teringin nak disambut macam tu...Huhu..Apa pun, aku bersyukur dan hepi sebab aku mempunyai kawan-kawan yang begitu baik pada aku...InsyaAllah, aku jugak akan begitu....

Thursday, March 22, 2012

anugerah

Semalam masa kat rumah aku tak tahu nak buat apa. Aku bukak tv. Tengok cerita apa yang ada. Aku terbuka cerita haruskah ada rindu. Saja layan kejap, Cerita pasal fall in love kat orang asli..Mm..Tengok saja la..Tu pun sekejap ja.. Tapi bukan cerita tu yang aku nak bagitau..Cuma aku agak tertarik dengan satu ayat dalam cerita tu. Ayat tu memang dah femes sebenarnya....CINTA ITU SATU ANUGERAH..(Malam-malam cenggini mood jiwang tu mai merasuk..hehe)..Aku cerita ni dalam konteks kemanusiaan..Cewaahh...

Memang. Cinta adalah satu anugerah. Perasaan itu datang tanpa kita meminta. Tanpa menduga dan datang secara tiba-tiba. Bak kata pepatah, cinta itu buta..Tidak..Cinta itu tak buta cumanya kita yang buta sebab cinta. Bila perasaan itu hadir, kita sudah tidak kira siapa pun orangnya. Tak kisah asal usul ataupun kekurangan dia. Kita menerima dengan penuh rasa gembira hatta dia merupakan orang yang pernah kita benci sekalipun..Kerelaan hati menerima itu tanpa prejudis.

Sukar untuk mentafsirkan perasaan itu sebenarnya. Biar menterjemahkan dengan sajak, dengan puitis namun ianya tetap sukar untuk difahami. Satu perasaan yang membuatkan seolah-olah diulit kebahagiaan. Apabila seseorang mula merasai perasaan itu, hari-hari yang dilaluinya adalah indah.

Seseorang boleh berubah hanya kerana merasai perasaan ini..Hati yang dulunya keras akan bertukar menjadi lembut. Sanggup berbuat dan berkorban asalkan dia terus gembira. Hidup juga seolah-olah menjadi satu perangsang dan bersemangat kerana adanya dia. Menjadi lebih bertanggungjawab dalam perhubungan dan saling menjaga hati masing-masing. Manjadi tempat segala luahan dan perkongsian biar cerita gembira mahupun duka. Semua itu dikongsi bersama.

Banyak lagi yang nak diceritakan namun aku pun bukan lah pandai sangat..Macam mana aku tahu dan boleh faham perasaan ni?? Sebab aku pernah rasa sebelum ini...Aku tahu macam mana perasaan tu cuma susah untuk aku gambarkan..Tapi adat la, tak semuanya indah secara realitinya..Kita kadang-kadang boleh dapat pengalaman daripada kawan sekeliling kita..Ada yang berakhir dengan hepi ending dan juga sebaliknya...kita tawakal. Tanam dalam diri kita Allah telah mengatur sesuatu yang lebih baik atas setiap benda yang berlaku.  

'kalau aku tahu peritnya cinta, aku tak ingin untuk merasainya,
 namun kalau aku tahu indahnya cinta, aku sanggup untuk melalui 1000 keperitannya.....'

akhir kata, marilah kita mengundi dan menunaikan kewajipan kita...hehehe

Thursday, March 8, 2012

SBPA dan Pemimpin Pembangkang


Haaaaa...Apa ke pelik tajuk kali ni.....Hehe...Saja ja aku nak buat saspen...Macamni ceritanya..Ari ni aku telah menjadi wakil kesatuan bersama dengan 3 orang ahli lagi pergi ke Putrajaya dalam perjumpaan khas penjawat awam dengan Perdana Menteri kita..Aku malas pergi sebenarnya tapi apabila mengenangkan berpeluang untuk berjumpa PM apatah lagi perjumpaan tu di PICC (Putrajaya Convention International Centre), aku pun tidaklah menolak...Teringin jugak aku pergi situ...Selalu tengok dari luar ja..Bukan apa, nampak cantik PICC tu..Heheh...





Pagi tu kami dah sampai. Tak meronda pun. Terus masuk dewan menunggu PM...Tangkap gambar pun tak..

Program bermula dengan Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman memberi sepatah dua kata. Walaupun perkataannya kadang-kadang kurang jelas, namun masih mampu membuat audiens ketawa..Kerap jugak dia buat lawak..Aku masih ingat lagi kata2 dia, "sedangkan OBAMA pun tak boleh buat, apatah lagi OMAR"...Time tu semua orang ketawa..Heheh...Sampaika masa PM berucap pun PM memperkenalkan Datuk Omar sebagai Datuk Obama Omar...Sekali lagi semua ketawa...Hehehe...

Kiraya hari tu dapat juga aku jumpa PM walaupun secara jauh...Kira ok la tu jumpa secara live..Aku dah pernah jumpa Tun Mahathir dan juga Pak Lah..Ari ni Najib, kiranya dah lengkap la semua tu..Cuma dengan YAB Dato Najib ja yang aku tak berpeluang nak salam....

Sekembalinya aku ke Penang pada malam tu, aku dapat tahu Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan ceramah di surau berdekatan dengan flat aku. Jadi dengan tidak melepaskan peluang aku pn pergi tengok beliau walaupun sekejap..Secara dekat pulak tu...Kiranya dah dua kali aku berjumpa dengan dia...

So far, hari ni adalah hari bertuah aku. Mana taknya, pagi aku jumpa PM malam pulak aku jumpa ketua pembangkang..Complete set..Hehe....Semua aku dah pernah jumpa kecuali seseorang yang aku teringin nak jumpa.....Siapa dia???Jeng...jeng...jeng.....















Sebenarnya aku teringin nak jumpa HELIZA....hehehehehehehehe......

mesti kenalkan sapa heliza tu?...hehe





                                                                  comel kan???hehehe




Friday, March 2, 2012

nothing to say

Rasa macam dah lama tak wat entry baru.Dah tak da idea sebenarnya nak menulis apa.Buat masa ni tak ada apa2 yang menarik pun untuk diceritakan.

Mmmm...sedar tak sedar sekarang ni dah masuk bulan 3...Cepat betul masa berlalu..Dah 6 bulan jugak arwah mak meninggalkan kami skeluarga..Aku rindukan mak..Sentiasa..Aku merasakan seandainya masa itu dapat diulang kembali, aku nak melakukan sesuatu yang lebih baik kepada mak. Memang aku sangat2 nak buat macam tu. Aku nak jadi anak yang lebih baik. Masih terbayang-bayang lagi pada apa yang berlaku di depan mata aku pada hari itu...Sekurang-kurangnya, aku berkesempatan untuk berada bersama-sama mak...Tak la aku ralat terkilan sngt...

Aku teringin sangat berjumpa dengan mak sbenarnya walaupun hanya dalam mimpi. Aku masih tak brpeluang untuk itu seperti mana kakak aku. Ya, kakak aku pernah bermimpikan arwah mak...Mendengarkan tu, aku rasa cemburu. Mungkin kakak aku anak yang lebih baik kalau nak dibandingkan dengan aku. Ya lah, sepanjang hidup mak, kakak aku sentiasa bersamanya. Apa sangatlah pengorbanan aku kalau nak dibandingkan dengan dia...Aku harap doa aku akan dimakbulkan satu hari nanti....

Benar kata orang, kita kena menghargai ibu-bapa sementara mereka masih hidup..Berbakti kepada mereka. Jika tak, kita akan menyesal nanti..Aku dah tak punya sapa-sapa lagi...Tu lah yang membuatkan aku merasa seperti keseorangan...Aku masih memerlukan ayah dan mak...Banyak benda yang aku masih tak dapat tunaikan pada mereka....NAmun, aku masih bersukur kerana aku sempat brsama arwah ayah selama 12 tahun dan arwah mak selama 28 tahun...Jasa mereka tak dapat aku nak balas. Moga roh ayah dan mak ditempatkan di golongan orang yang soleh dan solehah...