Friday, October 14, 2011

agensi mencari jodoh.....

Entah kenapa 2-3 ari ni entry aku asyik berkaitan dengan jodoh..Huhu..Tapi kali ni ceritanya dalam versi lain pulak..

Beberapa minggu lepas masa aku tengah sibuk bekerja (sibuk la konon), ada sorang kakak kt opis ni datang secara diam-diam menghampiri aku. Pelik juga tengok dia tersenyum sinis. Dalam kehairanan ati aku berkata mesti ada sumthing ni.

Pas tu dia bisikkan soalan kat aku. Memang secret betul lah soalan nih sampai kena cakap slow2 kat telinga aku..Akhirnya segala persoalan telah pun terjawab..Haa...Kan aku kata. Instinct aku sememangnya tepat..

Lebih kurang gini la conversation antara aku dan akak tu..(Segala percakapan dalam loghat utara..Perbualan ni tak 100% betul seperti kejadian. Lupa.....Heheh..

Akak : Hang ada kawan (maksudnya perempuan) ngan sapa2 dak Man?..

Alamak, soalan sensitive tu jugak yang dia tanya kat aku..Lain la kalau dia tanya aku dah makan ke belum, ada duit ke tak, Sedap la jugak halwa telinga aku ni mendengar. Ini tak, soalan menyentap tu jugak yang keluarnya..Huhu..Lalu dengan selamber dan muka skemanya aku menjawab.. jeng.jeng.jeng..jeng....(bagi saspen ckit)..

Aku : Tak da sapa lagi..Napa kak???

Akak : Kak nak rekemen kat hang sorang awek. Adik pada kawan kak”..

Aku : (agak terkejut dan malu)

Bab ni yang aku malas ni. Aku sebolehnya nak elakkan bab2 cm ni..Bukan aku tak suka, cuma aku tak berapa like...heheh...Aku tahu kak ni ambil berat pasal aku. Aku berterima kasih Cuma aku agak keberatan. Bukan apa, secara jujurnya, bila rekemen2 nih, nanti aku rasa macam seolah-olah terikat dengan dia..

Ok, aku bagi contoh, bila seseorang rekemen tu mesti lah sebab dia menaruh kepercayaan kat aku dan beranggapan aku ni baik. (aku tak anggap yang aku ni baik)..Ya lah, kalau tak baik, takdanya dia nak rekemen kat aku. Adik kepada kawan baik dia pulak tu. Tak boleh main2.

Bukan apa, dah jadi adat manusia ni 10 kebaikan akan hilang cm tu ja dengan 1 kejahatan. Mana nak tahu, kalau hubungan kami jadi dan tiba2 terputus ditengah jalan sebab kesilapan aku, dah tentu kak tu akan beranggapan yang buruk pada aku dan mungkin jugak nanti hubungan kak tu dengan kawan baik dia terjejas disebabkan aku. Haa, tu yang aku tak berapa nk suka. Aku dah la banyak kekurangan. Tu yang aku segan.

Ok2..sambung cerita balik..Iklan panjang la pulak..

Aku : Saya segan la kak. Malas. Sambil buat muka kesian..(Sebenarnya penolakan cara halus)

Akak : Hang diam sudah. Biar kak setelkan..(sambil kak tu berlalu pergi)..

Tercengang aku...Otak jem seketika...

Selepas beberapa jam...Aku pergi kat kak tu lagi..Mencuba nasib..

Aku : Kak, saya segan la kak..(sekali lagi buat ayat kesian)..Harap kali ni Berjaya...

Kak : Sampai bila hang nak sorang2???Mak dah tak ada..Tak pikir ka??..(suara agak tinggi)..

Aku : Terkedu dan terdiam..Aku tak nafikan apa yang kak tu cakap...

Aku pun dah tak tau nak kata apa..Blur..Malas nak fikir tapi kak ni bersungguh. Nak tak nak aku just diamkan diri. Sebolehnya aku tak nak hampakan dia..

Aku : Ok kak. Tapi saya tak janji apa2..

Kak : Tak pa, kawan kawan la dulu..

Kesimpulannya..Aku dah mati kutu...

Tuesday, October 11, 2011

Jodoh...munajat cinta

Jodoh....Banyak pengertian sebenarnya. Tapi apa yang aku nak ceritakan kali ni adalah jodoh antara manusia yang berlawanan jantina atau dalam erti kata lain, KAHWIN..

Mungkin dulu masa aku muda remaja, (sekarang pun still muda lagi), bila orang tanya pasal kahwin, rilex ja aku. Macam tak da perasaan. Still boleh senyum macam kahwin tu tak membawa makna apa-apa. Tapi sekarang bila ditanya soalan yang sama, rasa macam disentap-sentap lah pulak..Ntah la..Rasa lain macam. Kadang2 aku fikir, tua sangat ke aku ni???..(setahu aku umo aku baru nak masuk 21 thn)..huhu

Aku bukan lah terdesak sangat nak kahwin. Buat masa sekarang ni pun aku rasa aku masih belum bersedia kearah tu. Bukannya aku tak fikir, tipu lah kalau aku kata tak. Cuma buat masa ni, biarlah aku bebas dulu..(tak da duit yg betulnya...heheh)

Sebenarnya Jauh di sudut hati ni bila tengok kawan2 aku yang dah bekeluarga, rasa cemburu tu ada. Teringin juga nak ada anak sendiri. Mesti best kan?..Tapi nak buat macammana, belum ada jodoh lagi. Bersabar saja lah.

Bukan aku tak ada berkawan dengan perempuan. Ada. Cuma tak ada jodoh.Kadang2 bila aku fikirkan, aku jadi serik. Bukan senang nk lalui semua tu.

Aku pernah berkawan dengan seseorang. Masa tu aku merasakan sepertinya dialah yang diciptakan untuk aku. Tak tahu kenapa pada masa tu aku rasa aku telah pun bersedia untuk hidup bersama. Dan buat pertama kalinya dalam hidup, aku mengajak seseorang berkahwin. Fuh, mcm tak percaya aku. Memang aku serius dah masa tu tapi apakan daya, jodoh tak ada.

Aku juga pernah menemui seseorang yang aku rasakan seolah-olah telah menjadi separuh dari diri aku. Dia begitu memahami ,menerima seadanya dan tak kisah walau berapa banyaknya kekurangan aku. Aku rasakan sangat senang bila bersamanya. Dengan dia, aku menjadi diri aku sendiri. Tak perlu untuk hipokrit dan berpura-pura. Maklumlah, aku ni perangai macam budak2 sikit. Dia tak perlu lakukan apa2 tapi tu pun dah cukup untuk membuat aku rasa gembira. Dia boleh menghilangkan kesedihan aku dengan hanya satu senyuman . Bagi aku, Dia adalah penawar. Dari cara dia bercakap, cara gelak tawa dia, gurauan dia, sudah mampu membuatkan aku leka dalam dunia aku sendiri. Aku hepi.Namun, dia juga bukanlah tulang rusuk aku. Juga aku redha..

Selain tu, ramai jugak kawan-kawan aku yang ambil berat pasal aku sampaikan nak kenen2 ngan seseorang. Tapi aku tolak dengan baik. Aku segan sebenarnya bab2 rekemen dari orang ni. Ntah la. TAk reti aku. Bagi aku, biarlah aku cari sendiri. Biarlah kenal dengan cara aku. Dan natijahnya, aku di cop MEMILIH....

MEMILIH??? Layakkah aku untuk memilih???Aku bukan lah jenis lelaki idaman perempuan. Nak kata HENSEM BANYAK tu memang tak ada..(SIKIT2 TU ADA KOT...sedapkan ati sendiri)..Nk kata harta melimpah ruah, huh, langsung tak ada..(mmg betul2 tak ada)..Dah la tak berpelajaran tinggi, kerja pun biasa2 ja..(aku bersyukur dgn kerja aku)..Kiranya aku ni banyak kekurangan r. Tak cukup space kalau nak taip semua. Apa lagi ek??..Haa, aku dah la tak pandai nk berpesyen..selekeh pulak tu. Pakai tak da yang branded2.(kekampungan)..Jadi layakkah untuk aku memilih???..

Tapikan, bila difikir-fikir balik, nak kahwin ni, memang kena memilih sebenarnya. Ya lah, kahwin ni bukan benda main2..Ini untuk seumur hidup. Memang tersangat penting untuk membuat pilihan. Sebab tu aku rasa biarlah jodoh tu lambat asalkan aku dapat seseorang yang aku benar-benar perlukan dan dia juga memerlukan aku. Saling melengkapi lah kiranya...

Baiklah,kali ni aku nak dedahkan apa yang aku nak dari seseorang yang diciptakan untuk aku. (tapi tak lah semua)..Haa, ini adalah pendedahan paling eklusif yang pernah aku ceritakan. (nada malu). Spesel punya statement. Jarang aku kongsikan dengan kawan2 yang lain. Cuma di blog ni lah tempat aku meluah apa yang aku nak luah.

Apa yang aku harapkan???...(aku tau hidup ni tak kan dapat semua yang kita nak)....

First, perempuan yang beragama. Rasanya semua lelaki juga mahukan ciri ini. Cuma aku rasa aku macam tak layak. Ya lah, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Aku tak rasakan yang aku ni cukup baik. Seperti yang aku katakan, aku ni banyak kekurangan. Termasuklah dalam bab2 agama. Aku risau kalau aku tak dapat menjadi ketua yang baik. Bukan senang nak membimbing. Satu tanggungjawab yang besar. Lagipun, keluarga adalah satu amanah untuk aku. Semuanya atas aku.Bila difikirkan balik, takut aku dibuatnya.

Then, aku mahukan tulang rusuk yang sangat menerima aku seadanya. Dia harus faham, Aku bukan lah dari keluarga yg senang. Aku tak ada harta. Jadi, dia mungkin tak akan merasai kemewahan harta benda dari aku. Maklumlah, zaman sekarang cinta saja tak cukup. Tapi tu bukanlah bermakna aku akan susahkan dia.itu bukan alasan. Sudah menjadi tanggungjawab aku untuk menjaga dia dan berusaha semampu aku untuk sama-sama membina kesempurnaan.

Apabila menerima aku, dia juga harus menerima keluarga aku tanpa ragu dan menganggap seperti keluarganya sendiri seperti mana aku juga menghormati keluarganya.

Seseorang yang bila aku melihatnya, membuatkan aku sejuk hati, lupa pada kesedihan, menghilangkan serabut di kepala, meredakan tekanan , membuatkan aku rasa selesa,membuatkan aku ketawa dan dia tu seorang yang agak banyak cakap.( Maksudnya ramah..bukan jenis cakap kosong dan mengumpat k..).Maklumlah,aku ni agak pendiam. Jadi, mungkin aku memerlukan seseorang yang ramah.

Seseorang yang sanggup bersama-sama menempuhi kesusahan bersama aku. Ketika aku menangis, dia turut bersedih. Tika aku mengalami kesukaran, dia tidak berganjak dan selalu disisi aku. Tetap setia menyandarkan bahunya saat aku sangat memerlukan.
Alangkah bahagianya rumah tangga seperti itu. Nikmat rumahtangga yang tak terhingga.

Mungkinkah apa yang aku nak kan tu adalah sesuatu yang melampau?..Ntah la. Tapi tak salah kan ?. Setiap manusia ada keinginannya sendiri. Aku pun tidak terkecuali. Hanya mampu berharap namun aku tak kisah siapa pun tulang rusuk aku sebenarnya. Dah jodoh aku. Aku terima dengan syukur..Kita tak akan dapat apa yang kita nak tapi tuhan akan beri apa yang kita perlukan. Kadang2, bila aku termenung seorang,aku berfikir, siapa lah tulang rusuk tu?..Apa yang dia buat sekarang?..Bila aku nak berjumpa dengannya?..Heheh..

Mungkin tak adil kalau semua yang aku nak tu, aku pulak sebaliknya. Tak. Aku pun berharap aku menjadi lelaki yang baik, anak yang baik, suami yang baik, ketua yang baik, ayah yang baik dan datuk yang baik..heheh..Aku harap cam tu lah..InsyaAllah..

Dalam bab jodoh ni, aku masih ingat lagi pesan arwah mak aku..”Adik, kalau nak cari isteri, biarlah yang menghormati orang tua. Tak perlu yang berpelajaran tinggi, tak perlu yang cantik, tak perlu yang kaya dan yang tak jauh”.Selalu mak cakapkan pada aku. Aku faham maksud mak. Mak tak pentingkan org yg pelajaran tinggi sebab mak tahu aku pun belajar tak tinggi. Arwah mak sebolehnya tak nak aku selalu ikut ja cakap isteri walau apa pun..(kiranya macam pak turut)..Aku kan suami..Aku adalah ketua. Lagipun, kalau berpelajaran saja tinggi tapi tak tahu menghormati suami dan org tua, apa gunanya.

Mak aku tak nak menantu yang kaya sebab mak aku tahu, kami ni dari keluarga yang susah. Mak takut nanti isteri aku dan keluarga tak selesa dengan keadaan keluarga kami. Bagi mak, harta benda tak penting. Yg penting adalah seorang isteri yang tahu tanggungjawabnya terhadap suami dan keluarganya.

Arwah mak juga nak kan menantu yang dekat. Senang aku balik kampung katanya. Tapi sayang, mak aku tak sempat untuk melihat menantu bongsunya. Aku terkilan sangat. Dulu aku nak mak tengok aku berkahwin. Hari yang bersejarah tu biarlah aku menyambut dengan mak aku bersama. Tapi apakan daya, semua tu adalah ketentuan Ilahi.

Apa pun,soal jodoh bukanlah sesuatu yang kalut untuk difikirkan.Akan sampai juga masa tu. Malas nak fikir.Kepala aku tengah berserabut sekarang ni. Nak fikir soal tu, nak fikir soal ni.Banyak benda nak fikir..Pening kepala aku. Lagi pun, aku nak stabilkan hati aku dulu. Aku tk nak fikir pasal perempuan buat masa sekarang . Biarlah masa saja yang menentukan. Aku terima seadanya. Yang penting aku selalu bermunajat pasal jodoh. Aku serah saja pada takdir.. Siapa pun dia, walau apa pun dia, aku akan menunggu kehadirannya dalam hidup aku. Bak kata omputeh, dont find someone you can live with , find someone you can't live without ♥


Saturday, October 8, 2011

saya sayang mak saya

Mak aku adalah mak yang terbaik dalam dunia. Dan pastinya semua orang juga berpendirian begitu terhadap ibu masing. Begitu juga aku..

Mak aku bukan seorang yang berpelajaran tinggi malah tak pernah bersekolah pun. Namun aku tetap bangga dengan mak aku. Cara mak mendidik dan cara mak membesarkan anak2 dipenuhi dengan kesabaran. Sebab itulah kami semua lebih terarah kepada mak.

Seingat aku, mak tak pernah meninggikan suara pada aku. Dan juga pada adik beradik aku yang lain. Kalau marah pun, mak akan cakap elok-elok serta penuh dengan kelembutan. Aku juga tak pernah tengok mak marah-marah. Mak selalu steady..

Keluarga aku bukan dari orang yang senang. Banyak kepayahan yang terpaksa dilalui oleh mak ngan ayah. Namun, mak aku tak pernah merungut. Mak aku taat pada suaminya. Turut membantu ayah dalam mencari nafkah untuk anak-anak.

Dulu mak pernah mengikut ayah pergi mencari kayu api di kawasan paya bakau di tepi laut.. Walau hujan kilat menyambar, mak tak pernah merungut. Mak berkorban demi suami dan anak-anaknya. Masa tu, cuma aku dan kakak aku saja yang belum bekerja dan masih bersekolah. Jadi mak ngan ayah membanting tulang mencari rezeki untuk kami berdua.

Selepas ayah meninggal, hanya tinggal mak seorang saja untuk menguruskan kami. Mak tak pernah jemu untuk itu. Mak akan sentiasa pastikan kami cukup pakai dan makan.

Kadang-kadang mak bekerja dengan mengambil upah turun ke bendang. Mak aku tak pandai membawa basikal jadi untuk ke sawah, mak akan berjalan kaki 3-4 kilometer jauhnya. Mak juga tak pernah merungut.

aku masih ingt lagi, ada satu hari tu, masa mak balik dari bendang, ada seorang yang tumpangkan mak dengan motor. Nak dijadikan cerita, motor itu terbabas dan mak jatuh. Bila sampai dirumah, lutut mak membengkak dengan cepat. Lebih besar dari bola tenis. Mak juga sedikit pun tk mengeluh. Bila sembuh, mak tetap turun ke bendang.

Kakak aku juga sama bekorban. Dia telah berhenti sekolah dan bekerja bagi menampung keluarga kami. Sejak itu, mak aku tidak lagi turun ke bendang. Aku suka kalau mak tak bekerja. Bagi aku, biarlah mak duduk dirumah dan berehat. sudah sampai masa kami pula yang mencari rezki dan membantu mak. Oleh itu, aku juga pergi kelaut apabila hari cuti.

Bila aku bekerja di Pulau Pinang, aku menetap disini. Hanya pada sabtu ahad barulah aku pulang ke kampung. Aku masih ingat lagi, setiap kali aku balik, mak selalunya masak makanan kegemaran aku. Kadang2 goreng ikan palotan dan kadang2 ayam goreng. Bila aku duduk di rumah, baring2 atau tengok tv, mak mesti buatkan teh untuk aku. Seronok rasanya.

aku sebolehnya nak menjadi anak yang baik. Aku selalu patuh cakap mak aku. Apa yang mak nak, aku cuda buatkan sebaik mungkin. Bagi aku, masa inilah untuk aku membalas jasa mak.

Masa mak sakit, aku cuba membantu semampu aku. Tapi aku tak mampu untuk menghilangkan kesakitan mak. Aku tahu mak menanggung kesakitan yang amat. Terseksa hati aku bila melihat mak tapi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Aku merasa sedih sangat.

Aku rasa, tak terbalas jasa aku diatas segala pengorbanan mak kepada anak-anaknya dan keluarga. Apa yang aku buat selama ni tak kan setanding dengan apa yang mak buat. Benar, kami tak dapat melakukan seperti apa yang mak buat. Hati mak terlalu tabah dan kuat demi keluarganya.

Kini aku tak ada sapa2 lagi. Aku sangat merasa kehilangan.Dulu, apa yang aku lakukan, aku akan berfikir mengenai mak dan sekarang, semuanya terarah kepada diri sendiri. Aku akan merindukan mak sampai bila2. Terlalu rindu..Senyuman mak, gelak tawa mak akan aku simpannya dalam sanubari aku. Aku mendoakan roh ayah dan mak dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang yang beriman.

Terima kasih mak untuk segalanya. Saya sangat sayang mak. Saya sangat sayang mak. Saya sangat ayang mak.Pengorbanan mak tidak akan saya lupakan..


Al- Fatihah

13 Januari 1995. 12.31 pagi..
24 september 2011. 08.05 mlm..

Wednesday, September 21, 2011

..............

Mungkin, setiap orang pernah melalui saat-saat sukar dalam hidup. Saat dimana musibah melanda, masalah datang menimpa bagai jatuh ditimpa pula tangga.

Hidup ni macam pelangi, warnanya cantik tapi sayang hanya untuk sementara.Macam tu jugak dengan hidup ni, kadang kala hari tak selalunya cerah. Hidup tak sentiasa indah. Sekejap gembira sekejap rasa gundah.

Untuk melalui saat-saat yang sukar memerlukan ketabahan hati yang kuat. Bukan senang untuk melaluinya. Perit. Tambahan pula bila satu masalah tak selesai, datang lagi satu masalah. Boleh jiwa kacau dibuatnya. Mental pulak bagai didera.

Selain dari masalah sampingan kehidupan harian, tekanan di tempat kerja juga adalah sesuatu yang membebankan. Bila sebut pasal kerja, aku terkenangkan cik coklat. Sekarang ni adalah waktu-waktu sukar baginya. Bukan aku tak kesian padanya, cuma aku tak mampu untuk berbuat sesuatu. Aku tahu dia tertekan dengan keadaan kerjanya sekarang. Air matapun kerap berlinang.

Cuma aku mampu katakan supaya dia dapat bersabar buat sementara waktu. Kuatkan semangat dan tabahkan hati. Ingat, setiap sesuatu ada hikmahnya. Aku tahu, bercakap ni senang. Orang yg menanggung tu menahan azab. Ntah la, di waktu ni aku cuma berharap dia dapat bersabar sesabarnya.

Aku juga berharap aku dapat melalui saat-saat sukar ini dengan kuat. Tak kira lah macam mana pun, aku minta agar semua ni akan berakhir dengan cepat. InsyaAllah.

Wednesday, September 14, 2011

patah hati.....

Semalam aku ada borak dgn kawan2. Sembang2 kosong. Dalam dok sembang2 tu, terkeluarlah topik yang aku rasa agak terhangat di pasaran. Topik yg agak moody..Tambah pulak dengan suasana malam yg sunyi..Menambahkan lagi kehangatan jalan cerita..

Patah hati..Tu la topik yang kami sembangkan.Kawan aku ni dlm keadaan frust. Walaupun dia tak bgtau secara direct tapi aku tahu. Aku cuba memberikan sedikit pandangan walaupun dia tak meminta. Aku bukan pandai sangat dlm bab2 ni cuma aku pernah melaluinya. Jadi aku faham macam mana rasa frust tu. So, aku bercakap melalui pengalaman aku.

Bagi aku, frust adalah satu perasaan yang susah utk di tangani. Sesuatu yang menyakitkan. Sakit dihati ni lain dengan sakit luaran. Memerlukan masa untuk sembuh. Bila aku tgk muka kawan aku tu, aku boleh faham perasaan dia. Walaupun aku tak dapat merasai tapi aku tahu..Perit rasanya. Senyum pun senyum kelat.

Bila frust ni, tak ada lagi keceriaan dan gelak tawa. Semua itu seolah-olah telah diragut. Suram dan sepi. Part yang susah tu adalah bila time nak lelapkan mata..Memang payah. Asyik teringat saat-saat yang berlalu.



Banyak sindrom2 frust ni sebenarnya. Selain tak boleh nak hepi, orang frust ni lebih cenderung utk bersendiri. Duduk dlm bilik sorang2 melayan perasaan, mendengar lagu2,kurang bercakap. Lebih banyak mendiamkan diri dan setiap orang ada cara tersendiri untuk melaluinya.. Ketika itu, tak ada orang yang memahami apa yang kita rasa..Hari-hari yang dilalui dirasakan gelap..

Sebenarnya, utk melupakan sesorang bukanlah dengan cara melupakan. Memang, semakin ingin kita jauhkan diri, semakin ingin untuk melupakan, semakin itulah kita akan teringatkan dia. Apa yang telah dilalui bersama, itulah yang akan bermain dalam fikiran. Seolah-olah telah melakat dalam otak. Sebolehnya ingin sangat membuang memori tu.

Cara yang terbaik untuk melupakan ialah dengan cara melakukan sesuatu perkara dan aktiviti yang kita sukai ataupun sebolehnya cuba untuk menyibukkan diri. Dengan cara ini, kita akan lebih fokus kepada sesuatu dan dengan automatiknya kita akan melupakan perkara yang menyedihkan kita. Walaupun bnd ni ambil masa yang lama, tapi at least kita kena cuba.

Atau mungkin dengan cara lain, bila satu hubungan tu gagal, kita cuba fikir sedalamnya, bermuhasabah diri, renung2kan mengapa hubungan tk berpanjangan. Aku pernah buat cara tu. Ianya macam terapi namun ada jugak hasil.



Mungkin kita tak sedar dalam perhubungan yang gagal itu sebenarnya tersirat satu kebaikan. Seorang kawan pernah menasihati aku, gagal semasa bercinta adalah lebih baik dan masih lagi dikira beruntung. Dia kata lg, kalau hubungan gagal setelah berumahtangga, tentunya ia adalah sesuatu kegagalan yang besar dan pastinya akan memberikan kesan yang lebih buruk. Betul juga cakap dia. Aku Kira aku ni masih lg beruntung dan bertuah.

Jadi, sdikit nasihat kepada kawan aku tu, terimalah hakikat. Cinta itu tk semestinya memiliki. Bila kita sayang seseorang tu, walaupun tahu dia bukan jodoh kita, kita patut gembira kerana dia telah menemui seseorang yang dia perlukan. Seseorang yang dapat melengkapkan hidupnya dimana kita tak dapat nak lakukan. Doakan kebahagiaan dia.Itu yang terbaik.

Soal hati ni tak boleh ada paksaan. Kita tidak boleh memaksa dia sayangkan kita. Perasaan tu akan datang dengan sendirinya. Dan kadang2 kita tak sedarpun yang kita telah sukakan seseorang. Jadi, kalau org tu tak ada perasaan pada kita, maka lepaskanlah dia. Dia telah tetapkan hatinya, maka anggap saja tiada jodoh. Masih ramai lagi orang yang dapat gembirakan kita.



Positifkan diri. Sentiasa percaya dimana pada satu hari nanti, kita akan bertemu dgn seseorang yang kita perlukan. Dan apabila dia yang menjadi satu-satunya untuk kita,dia lah yang lebih berhak mendapat apa yang sepatutnya menjadi miliknya. Dan dengan itu , bersama-samalah dalam melengkapkan hidup dan membina kesempurnaan. Itu adalah yang terbaik. Mungkin waktu itu belum tiba tapi rasanya menunggu yang terbaik adalah sesuatu yang sangat berbaloi.








Friday, September 9, 2011

The legend of......

Mungkin inilah perkara yang paling gila pernah aku buat. Walaupun benda ni dh lama berlalu tapi aku masih ingat lagi. Dah hampir 8 tahun dah namun kalau aku kenang kembali, aku akan tersenyum sendiri. Heheh..

Masa aku bekerja di kilang dulu, walaupun dikelilingi oleh ramai perempuan, tapi seorangpun aku tak ambil peduli. Apa yang aku tahu, pegi keja balik keja. Aku cuma bersosial dengan geng2 laki. Biasa lah time tu, muda lagi. Tak da nak pikir pasal pmpuan sngt. Buat serabut otak ja. Lagipun masa tu aku masih menunggu seseorang.Huhu.

Tapi soal hati ni bukan lah dicontrol oleh kita sepenuhnya. Dengan tiba2 aku mula meminati seseorang. Aku sendiri pun tak tahu macam mana perasaan tu boleh datang. Tapi tak la over sangat. Just minat2 cm tu saja. Walaupun dia tak sama shift dengan aku, tapi aku selalu juga jumpak dia. Kebetulan tempat dia keja tk jauh dari aku. Jadi, bila dia masuk keja aku selalu mengintai-ngintai dia..Aku suka tengok dia..Sejuk ja ati bila tengok dia..heheh...

Dah berminggu-minggu aku cuma perhatikan dia dari jauh. Nak pergi menyembang dengan dia memang aku segan..So, aku hanya mampu minat dari jauh...Tak pa la, aku pun tk la berharap sangat. Mungkin bila ada masa yang sesuai ada rezeki aku untuk menyembang dengan dia..

Cuma ada pada satu hari tu, dia overtime di shift aku. Suka la aku boleh tengok dia lama2. Then masa balik keja tu ntah cam mana terkeluar idea aku untuk pergi menyapa dia. Time tu aku dh mula nervous walaupun blm jumpa dia lagi. Maklumla, nk susun ayat bukan senang. Takut gak aku time tu. Mananya aku pernah ada pengalaman dalam bab2 cm ni. Tak pernah dibuat aku pergi bersembang dengan orang yang aku tak kenal.

Dalam berani-berani takut tu aku cuba kuatkan semangat. Aku pegang kata2 azimat. Biar menyesal mencuba dari menyesal tak mencuba. Jadi, dengan berbekalkan kata azimat tu aku cuba meyakinkan diri. Kautkan semangat. Nekadkan diri. Ntah la..Aku time tu memang dah rasa takut sangat. Boleh ke aku buat ni. Hissshh, benda ni bagi aku sangatlah beratnya. Klu peluh aku boleh ditimbang, rasanya mau dekat sekilo dua dah. Memang gelabah sangat aku time tu.

Dalam keadaan ketakutan tu, tiba2 aku ternampak dia berjalan keseorangan. Waah, peluang baik tu. Tak kan aku nk lepaskan. Bukan selalu peluang macam ni datang. Jadi dalam keadaan tak bersedia tu terus aku menerpa ke arahnya. Dengan muka selamba (tp dlm hati malu ya amat), aku memberi salam. Aku bertanya namanya dan aku kata yang aku ingin berkawan dengan nya.. Dia menjawab soalan aku dengan sedikit terkejut. Aku sebenarnya dah lupa apa yang aku cakapkan pada dia. Aku rasa malu sangat sampai aku tak boleh nak pikir apa dah. Otak aku kosong. Dia menerima salam persahabatan dari aku. Aku meminta no tel dan dengan sopan dia menjawab dia tak ada. Hmm, nampak sangat menipunya..Huhu..Sebenarnya aku lebih suka jawapan tidak dapat beri pada aku dari cakap tak ada. Aku suka kalau dia jujur. Tak salah pun. Bukan aku nak paksa. Lagi pun aku faham, cara aku minta pun dalam keadaan yang mengejutkan. Takpa, janji aku dah cuba. Aku dh puas hati.

Selepas itu, aku rasa seolah-olah kaki aku tak memijak tanah. Macam tak percaya..Betul ke aku sebegitu berani???waahh, sukar untuk aku percayai namun itulah hakikatnya...Aku telah membuat sesuatu yang aku rasakan diluar kewarasan aku. Sungguh, aku tak percaya. Aku jadi blur bila memikirkan kembali. Ini adalah kali pertama aku sebegitu berani. Aku menarik nafas lega akhirnya. Bagi aku ia adalah satu kejayaan besar.

2 - 3 ari selepas itu aku ternampak dia lagi dan kali ini barulah aku tahu rupa-rupaya dia sudahpun ada seseorang. Begitu mesra sekali mereka..Huhu..Well, bukan rezeki aku nampaknya. Tp at least aku hepi sebab aku berani mencuba. Tak la menyesal sangat. Cuma aku tak menyangka yang aku sebegitu berani..Dan yang penting aku dah tahu nama dia...Mazita......

Wednesday, September 7, 2011

raya..raya..rayaa......

Aidilfitri telahpun seminggu berlalu. Tak sedar pun hari-hari yang dilewati. Dan raya tahun ni aku merasakan sedikit suram walaupun tahun-tahun yang lepas juga keadaan hampir sama. Ntah la, aku sendiri tk dapat nak faham cuma tahun ni aku rasa sedikit lain. Seolah-olah kosong. Tak ada seri. Tapi, aku tetap gembira dengan raya kali ini.

Mungkin dah besar-besar macam ni perasaan teruja nak sambut raya tu dah kurang. Tak sama macam zaman budak2 dulu. Kalau dulu, seminggu lagi nak rayapun dah rasa seronok sangat. Terasa lambat sangat seminggu tu nak tiba. Betul, zaman budak2 adalah sesuatu yang paling menyeronokkan. Tak perlu nak fikir tentang masalah. Bebas dari segalanya. Yang tahu hanya dapat baju baru dan rancangan untuk beraya dimana.

Aku masih ingt lagi zaman dulu2..Setiap malam mesti main dengan kawan2. Permainan wajib yang selalu aku main adalah apollo terbang. memang pebret aku lah. Seronok ja tgk paper tu terbang. Huhu..Macam2 lagi yang aku n the geng main. Bunga api, mercun. Meriam buluh juga pernah main. (tp aku sekadar tengok ja..heheh)..

Aku juga merindukan suasana raya pada masa itu. Aku rasa sambutannya lebih meriah. Selalunya lagi 3 - 4 hari lagi nak raya, setiap rumah akan memasang pelita di halaman rumah. Sepanjang jalan dihiasi dengan pelita dan lampu2. Memang cantik pemandangan diwaktu malam. Sekarang ni budaya seperti itu dah hampir tidak ada. Mungkin kos yang agak tinggi menjadi faktor..

Masa zaman aku pergi beraya dulu, hampir setiap rumah cuma beri duit raya 10sen ataupun 20 sen. Kalau dapat 50sen tu dikira paling tinggi la. Kira tahap rumah orang kaya tu. Bayangkan betapa jenuhnya nak mendapat Rm 20 rggit. Rekod kutipan raya paling tinggi pernah aku catatkan adalah 60 ringgit. Tu pun ada yang saudara mara bagi. Kalau nk harap beraya rumah org, rasanya kena amik masa 3 ari baru boleh capai KPI..Huhu..Tp zaman sekarang ni, senang2 ja budak2 boleh dapat ratusan lebih.

Banyak perbezaan raya dulu dengan raya sekarang. Mungkin, dah besar2 macam ni, rasa raya tak semeriah dulu. api apa-apa pun, raya tetap raya..raya yang lepas tetap pergi namun raya akan tetap datang lagi dan aku mengharapkan raya akan dtg (kalau masih berkesempatan), akan lebih bermakna dan gembira.