Wednesday, December 29, 2010

Harimau Malaya juara AFF suzuki Cup

YEEEEEEEEEEEEEEEAAAAAAAAYYYYYYYYYYYYYYYYY17x

Tak dapat aku nak katakan gembiranya aku.Mana tidaknya, Malaysia menjadi juara piala suzuki untuk pertama kalinya..Aku sangat-sangat bangga..Terharu sungguh..Aku juga memuji pemain2 Malaysia dan krew keseluruhannya diatas kecekalan dan berjuang hingga ke titisan terakhir..Aku sangat2 hormati mereka..Huh, teruja betul aku...Dan untuk pertama kalinya setelah sekian lama, aku seolah-olah macam tak percaya yang aku akan sebut ni..Aku mengagumi seorang pemain Malaysia kelahiran Terengganu..Nor Sharul Idlan Talaha..Pemain Kelantan..Skill dia memang terbaeek..Stamina kuat tambahan masih muda..memang aku respect..Sebelum ni aku banyak memuji aksi pemain2 omputeh tapi kali ni aku meminati dia.Bagi aku dia seorang pemain yang berbakat..Kalau semua pemain Malaysia macam dia, aku rasa Malaysia boleh melangkah lebih jauh ke peringkat Asia..Tak ketinggalan juga Safee Sali penyerang yang digeruni dan penjaga gol Khairul Fahmi..U all the bestt....I like it...two thumbs up...

Secara jujur, sebelum ni aku rasa Malaysia memang tak boleh nak layak ke final.Tambahan lagi dari game 1st, cara main sangat teruk.Tak ada taktikal..Hanya lebih kepada counter attack dan bahagian sayap..Tp bila aku tengok game final pertama, ternyata keseluruhan taktikal berubah.Aku tak sangka..Bahagian tengah mula hidup dan menyusun serangan dengan baik.Ada corak eropah sikit..memang main cantik malam tu.Aku sangat teruja.Tambahan lagi aku tengok ramai2 di kedai..punya la riuh..Dah lama tak rasa suasana bola sepak tempatan macam ni..Memang besssssstttttt...












Apa-apa pun, jutaan tahniah kepada pemain2 dan jurulatih..U all memang terbaeeekkkk...proud to be Malaysian..N thanks sbb public holiday..hehe..beessstttt..

Selamat tahun baru

Sedar tak sedar, 2010 sudah semakin sampai ke penghujungnya..Tak lama lagi 2011 pula akan menjelma..Mungkin, setiap orang telah melalui setahun yang boleh dikatakan singkat dalam pelbagai cara. Ada masanya susah, ada masa senang. Ada tikanya gembira dan ada tikanya berduka..Itu adalah sesuatu yang normal.Lumrah hidup..Perkara yang sedih, kita mengharapkan ianya tk kan berulang manakala sesuatu yang menggembirakan tentu kita akan mengenangnya sampai bila-bila dan mengharapkan ianya akan berulang lagi..Semua orang tidak berkecuali.Begitu juga aku..

Namun bagi aku, kalau nak dibandingkan dengan tahun 2009, maka rumusan tahun 2010 tak banyak perkara yang memberikan perubahan besar dalam kehidupan harian aku. Semuanya seperti biasa..Adakala susah adakalanya senang.Dan adakalanya susah memanjang..huhu..Biasa lah tu..Kalau senang memanjang nanti lupa diri pulak..Namun aku gembira kerana aku kini semakin boleh bergelak ketawa..Dan yang penting,setiap apa yang berlaku tu membuatkan aku lebih mengerti kehidupan ini iaitu kita tak akan memahami sesuatu itu seandainya kita tidak melaluinya dengan sendiri..

Boleh dikatakan dalam hidup aku ni, lebih banyak perkara yang menggembirakan dari dukacita..Contoh yang aku kenang sampai sekarang iaitu zaman persekolahan yang sangat mengujakan..Tak ada masalah kehidupan untuk difikirkan seperti sekarang..Tak ada beban untuk ditanggung..Yang menjadi masalah cuma homework.Biasa lah tu..

Bab2 lain banyak jugak. bersunat (hehe), 1st luv (cinta zaman sekolah),1st aku dapat kerja, 1st beli motor, 1st beli keta, 1st dapat kerja yang sekarang ni,macam2 lagi lah..Tk dapat aku nak ceritakan semua..Memang kegembiraan tu lebih banyak yang aku lalui..Dan aku gembira dengan kehidupan ni..Syukur...

Perkara sedih pulak sepanjang hidup aku tak la banyak sangat untuk dikenang. Cuma ada beberapa yang memberikan perubahan dan kesan besar yang membuatkan hingga sekarang aku tidak lupa. 13 Jan 1995 Arwah ayah aku kembali ke rahmatullah. Time tu aku darjah enam. Aku masih ingat detik2 tu..Aku masih kecik lagi dan seolah-olah tak dapat nk terima kenyataan.Macam tak percaya..Aku adalah orang yang last sekali meninggalkan kawasan perkuburan.Aku disabarkan oleh sepupu aku yang mana arwah ayah dia juga meninggal pada 10 Jan 1995. Kami senasib...

Tu dalam bab idup aku. Kalau bab ati pulak ada 2 kali aku frust..1st tu time sekolah menengah.Aku mula angau kt pmpuan seawal form 1..Haru tul..patutnya time tu time study..Tak payah nak semak2 pikir bab2 ati ni..Ntah la..Susah nak cakap..Banyak benda kami lalui yang tk dapat nak lupa..Tapi time dulu2 bukan macam skrg..Kami tak la kua pegi mana pun..Dating apa tah lagi..Kadang2 telefon ja menjadi penghubung kami.Dah la zaman tu student2 mana nak ada lagi handphone mcm budak2 sekarang..susah betul aku nak lupa kan dia..Bertahun-tahun mengambil masa..Sehinggalah aku kenal seseorang..

Dan kali kedua juga nasib aku sama macam dulu..Nak buat macam mana, dah tak ada jodoh..Aku terima semua tuh..Bukan kita yang tentukan nasib kita akhirnya.Namun secara jujurnya walaupun perkenalan kami agak singkat namun kesan dia pada aku amat besar..Ya, aku akui..Rasanya yang 1st pun tak macam ni..Dan kini aku faham,rupa2nya macam ni lah rasanya frust..Susah nak aku gambarkan..Betul lah kata orang, kita tak kan tahu betapa berharganya seseorang selagi kita tak kehilangannya.Huhu..

Tapi, itulah hidup.Tak semua yang kita nak kita akan dapat..Tuhan tahu apa yang kita perlukan.So, hidup perlu diteruskan.memang kadang2 hidup ni menyakitkan tapi tu semua lumrah..Sekarang, apa yang perlu, jalan terus kehadapan.Tak payah nak toleh2 lagi..Dan seperti yang aku kata, hari-hari aku kini semakin gembira..Walaupun parut tu masih ada, aku suka sebab ianya adalah sebahagian dari hidup aku..

Aku berharap tahun 2011 ni akan memberikan lebih sinar dan makna dalam hidup aku..Dan bukan setakat aku saja, aku juga mahukan semua orang di sekeliling aku, yang aku kenal turut sama menjadikan tahu baru ini tahun yang lebih bermakna dan gembira untuk kita semua..Itulah yang aku harap2 kan..

Selamat tahun baru semua......

Tuesday, December 7, 2010

Pesta Penang Kembali Lagi

Pejam celik pejam celik dah hujung tahun.Begitu cepat masa berlalu.Rasanya macam baru 2 - 3 bulan lepas aku pergi pesta Penang..Aku bukan la pengunjung tetap pesta penang ni.Dlm sebulan tu ada la sekali dua ja aku pergi.Tu pun kalau kawan yang ajak..Ntah..Macam tk berminat pun ada.Dulu klu masa duduk kt kampung bila ada pesta ni rasanya cm nak selalu pergi.Tp bila dah duduk dekat (sekangkang kera pn tk sampai) jadi malas pulak..Tu la kata org, manusia ni tk kan hargai apa yg kita ada. Betul jugak.

Aku sebenarnya takut nak men2 benda2 yg tinggi nih..Gayat la katakan..Tambah2 kalau benda yang berdesup laju. fuhh, boleh luruh jantung dibuatnya..Bukan aku tak teringin nk cuba, tp kawan2 pun tak main..Jd semangat tu turun r skit...

Tp apa pun,pesta tetap meriah walaupun tanpa kehadiran aku.Berapa ramai yang datang shoping kat sini..Macam2 ada..Karpet2 pun bnyk..Seluar, baju, kasut..Rumah hantu pun ada..huhu..So,jgn la lepaskan peluang menyerbu pesta ni bersama sanak saudara..Gerenti Terbaek...Heheh..

Friday, December 3, 2010

Sumber-sumber makanan

Minggu lepas aku ada terbaca satu majalah..Saja aku belek2 dan ada satu artikel yang menarik perhatian aku. Lemak babi dalam makanan.

Dalam artikel tu ada menyebut selama ni ramai orang yang salah faham mengenai kod2 yang mengandungi bahan tersebut..Aku pun tidak terkecuali.Selama ni aku dapat emel2 yang menyatakan kod2 E hampir semuanya mengandungi lemak babi.Namun dalam artikel tu mengatakan kod2 yang ada lemak haiwan tu adalah E471 hingga E495.,(Lebih kurang tu la kod2nya.. Aku pun tak berapa ingat sangat..Wallahualam..Kod2 berkenaan katanya BERKEMUNGKINAN BESAR mengandungi lemak babi..

Zaman sekarang ni makanan macam2 dan dari sumber yang kita sendiri pun tak tahu.Lebih menakutkan kalau ada logo Halal tapi ianya hanya palsu. Banyak dah kes2 macam tu. Yang jadi mangsanya orang2 Islam. Peniaga2 tak kn ambil kisah asalkan mereka dapat kaut keuntungan.

Monday, November 29, 2010

Pocong....legenda atau pun kenyataan???

Aku menerima sms dari kawan kampung aku beberapa hari yang lalu..Kali ini mesej dia membuatkan aku sedikit terkejut. Memang kali ini di luar dugaan aku.Macam kata omputeh, out of the box. Aku copykan mesej dari dia.

Bro, wat pa??da cita tergempar lagi hot kat kmpg..menyeramkan..serangan
pocong,dah start 2 hari lepas. semalam dia p kat kmpng sebelah, malam
ni tak tau kt mana plak..semua pnduduk kmpg kui 10 malam da balik umh…

Lebih kurang cm tu r mesej dia. Terkebil-kebil jugak bijik mata aku nih..Macam tak percaya..Dah mengalahkan cita Indon la pulak..Hisshh..Tgk filem indon pun dh seram..Ni kan pulak jd kt kampung aku..

Aku dengar banyak version citanya.. Biasa la, orang ni cakap cm ni, orang tu cakap cm tu..Kira banyak r kes yang jd. Kes yang aku dengar kt kmpg aku, ada org nampak “bnd’ tu tumpang sorang pak cik masa nak g sembahyang Subuh..Pak cik tu naik basikal ja. Kes kedua, bukan kmpg aku..Sorang mamat ni kira cakap besar sikit r, tak percaya bnd2 ni, so nak jd cita adala satu mlm tu dia blk dari keja, tiba2 ja ‘bnd’ tu dok sebelah dia..Smpai terkencing dlm seluar jgk la citanya..Kes ketiga pulak srg mak cik ni dengar ada orang ketuk pintu, dia pun buka la tp tak ada sapa pun kt situ..Mak cik tu pun masuk dlm rumah tiba2 ja dia tgk ‘bnd’ tu dh ada dlm rumah. 3 ekor pulak tuh..Cita selanjutnya tak dapat aku nak pastikan..Dasat…Kecut jugak dengar tuh..

Sejauh mana kebenaran cerita2 ni aku pun tk pasti. Wallahualam. Tapi memang berita ni dh heboh 1 kampung..Dan dengarnya ‘bnd’ tu merayau-rayau dari kampung ke kampung..Kawan2 aku dari kampung lain pn tahu pasal cita ni.

Tuesday, November 16, 2010

Kisah Dajal

Artikel ni aku aku copy dari FB kawan aku.Sekadar renungan bersama..

Berita tentang bayi bermata satu yang dilahir di Israel beberapa tahun lalu menjadi gempar. Ramai yang membuat ramalan, inilah dajal yang dijanjikan Allah lewat hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w.. Kemunculan dajal di akhir zaman memang sentiasa ditunggu-tunggu. Dan memang kita pun sekarang ini telah berada di satu episod akhir zaman. Tanda-tanda kecil kiamat sudah kita lihat hampir keseluruhannya, setiap hari. Hanya menanti tanda-tanda besar saja yang belum berlaku. Antaranya dajal.

Dajal… popularnya manusia yang memiliki nama itu. Ada berbagai-bagai versi cerita tentangnya yang menimbulkan bermacam-macam persepsi. Tapi kebanyakan orang Islam di Malaysia dan Nusantara amnya beranggapan dajal adalah makhluk bermata satu melintang. Ada juga yang mengatakan bahawa dia separuh manusia dan separuh jin kerana ibunya berasal dari keturunan jin dan ayahnya daripada bangsa Yahudi.

Sebagaimana yang telah disebutkan di awal-awal tadi, dajal adalah manusia dan sememangnya dia adalah manusia biasa. Dia bukan keturunan jin, gergasi, dewa atau apa saja yang selain manusia. Banyak persoalan yang timbul tentang dajal menjadi salah faham. Antaranya: Siapa dajal? Di mana tempat tinggalnya? Siapa keturunannya? Bila dia dilahirkan? Bagaimana rupa fizikalnya? Bila dia akan muncul? Dan bagaimana untuk mengelakkannya?

Memang benar dajal tidak ada disebut di dalam al-Quran tetapi ia banyak disebut di dalam hadis nabi. Malah banyak hadis nabi yang salih menceritakan tentang dajal, yang menyebutnya sebagai salah satu tanda besar kiamat. Masalahnya banyak juga hadis yang palsu tentang dajal, ia menimbulkan salah faham masyarakat tentangnya.

Menurut pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd. Othman, banyak hadis yang salih menceritakan perihal dajal yang lengkap termasuk untuk mengelakkan fitnah dajal.

Katanya berdasarkan dari hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, “Sesungguhnya dajal adalah lelaki yang pendek, badan gempal, matanya rosak (mengecut). Kalau kamu masih ragu-ragu tentang Tuhan kamu. Sesungguhnya Tuhan kamu tidak rosak matanya.

Dari situ sudah jelas bahawa dajal adalah manusia biasa yang diberikan Allah kekuasaan luar biasa. Setiap nabi yang diutus akan memberi peringatan berkenaan dajal yang matanya rosak dan pembohong.

Tambahnya lagi, dajal adalah manusia yang ada keistimewaan, telah hidup sejak zaman Nabi Muhammad. Dia digelar al-Masihi ad-dajal kerana matanya yang rosak dan kebolehan luar biasanya menghidupkan orang mati.

“Tertulis di dahinya perkataan, ‘Kaf-Fa-Ra’ (kafir). Tulisan itu boleh dibaca oleh semua orang Islam sama ada dia pandai membaca atau tidak. Asalkan orang itu mengucap syahadat maka tulisan itu boleh dibaca.

“Yang pastinya dajal adalah manusia yang ditangguhkan ajalnya oleh Allah, sehingga suatu masa dengan keizinan Allah dia akan muncul semula untuk menguji keimanan manusia,” jelas Fadlan.

Terdapat lagi hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah di dalam sahih Muslim bermaksud, “Dajal ialah orang yang buta mata sebelah kirinya, lebat rambutnya serta mempunyai syurga dan neraka. Nerakanya itu merupakan syurga dan syurganya pula adalah neraka.”


KEISTIMEWAAN DAJAL

Allah memberikan dajal banyak keistimewaan untuk menguji keimanan manusia ketika akhir zaman nanti. Semua itu telah dijelaskan di dalam hadis sahih. Di antara keistimewaannya selain boleh menghidupkan orang mati, dajal juga ada beberapa keistimewaan. Antaranya:

Pertama, ada bersamaan syurga dan neraka. Dajal akan menggunakan kedua-duanya untuk menguji keimanan orang Islam. Apa yang dajal berikan sebagai syurga sebenarnya adalah neraka. Dan apa yang diperlihatkan sebagai neraka sebenarnya adalah syurga.

Kedua, dajal akan pergi ke daerah yang kemarau, kebuluran dan hasil dagangan tidak menjadi. Dajal akan menurunkan hujan di daerah itu jika penduduknya mengaku beriman kepadanya. Maka daerah itu akan kembali subur dan hasil dagangan melimpah ruah. Manakala bagi daerah yang penduduknya tidak mahu mengaku dajal sebagai tuhan, akan berada di dalam kebuluran dan kesusahan.

Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud, “Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu nanti?”

Rasulullah menjawab, “Mereka akan menjadi kenyang dengan tahlil, takbir, tasbih dan bertaubat. Zikir-zikir itu yang akan menjadi makanan mereka.”

Ketiga, boleh menjelajahi seluruh pelosok bumi ini di dalam masa 40 hari dan kepantasan yang luar biasa. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan, “Kami bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana kepantasan perjalanannya di muka bumi ini? Nabi menjawab: “Kepantasan perjalanannya adalah seperti Al-Ghaist (hujan atau awan) yang dipukul angin kencang.” Hanya dua tempat saja yang tidak boleh dimasuki oleh dajal iaitu Mekah dan Madinah.

Menurut Fadlan, Nabi mengingatkan orang yang beriman supaya menghindarkan diri dari berjumpa dengan dajal. Malah nabi bersabda, hanya seorang lelaki dari Madinah yang dapat berdepan dengan dajal. Lelaki itu akan mengatakan bahawa kamu adalah dajal lalu lelaki itu dibunuh oleh dajal. Kemudian dajal menghidupkan semula lelaki itu. Lalu dajal berkata tidakkah kamu percaya kepada aku. Lelaki itu menjawab, “Tidak, melainkan bertambah keimananku kepada Allah.” Kemudian dajal cuba membunuh lelaki itu tetapi telah diselamatkan oleh Allah.



BILA DAJAL DILAHIRKAN

Menurut Fadlan, dajal telah ada di muka bumi ini sejak zaman nabi lagi. Ia telah dipenjarakan di sebuah pulau seperti mana yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Fatimah Qais, Nabi menceritakan tentang Tamin ad-Dari yang beragama Kristian tetapi telah memeluk Islam. Tamin pernah bercerita padaku tentang satu perkara yang pernah aku ceritakan kepada kalian mengenai al-Masihi ad-dajal.

Tamin telah berlayar bersama 30 orang anak kapalnya. Tiba-tiba kapalnya dipukul rebut dan mereka terdampar di sebuah pulau. Di pulau itu ada seekor binatang yang lebat bulunya hingga tidak dapat dikenal yang mana ekor dan kepalanya. Binatang itu yang dinamakan al-Jassasah (si pencari berita). Di situlah bermulanya dialog anataraTamim dan al-Jassasah.


Al-Jassasah: Wahai manusia pergilah kamu berjumpa dengan lelaki itu.


Lalu Tamim dan kumpulannya masuk ke dalam hutan dan berjumpa dengan manusia yang dimaksudkan. Lelaki itu mempunyai saiz badan yang besar daripada manusia biasa, dirantai dengan rantai yang cukup kuat, tangannya diikat ke leher, di antara lutut dan buku lalinya dirantai dengan besi.

Tamim: Siapakah kamu?

Dajal: Kamu akan tahu siapa aku nanti. Tapi siapa kamu?

Tamim pun jelaskan siapa dia sebenarnya dan kisah kapalnya yang dipukul badai lalu terdampar di pulau itu.

Tamim: Kami adalah orang Arab, kami sesat.

Dajal: Beritahu aku tentang kebun-kebun kurma di Bysan. Adakah ia sedang berbuah?

Tamim: Ya.

Dajal: sekejap lagi kebun itu tidak akan berbuah lagi. Beritahu aku tentang tasik Tabariah, adakah masih banyak airnya?

Tamim: Airnya banyak lagi.

Dajal: Tidak lama lagi airnya akan berkurangan dan kering. Beritahu aku tentang mata air Zughar. Adakah masih banyak airnya dan digunakan oleh penduduk untuk bertani.

Tamim: Banyak dan masih digunakan oleh penduduk.

Dajal: Tidak lama lagi air itu akan kering. Ceritakan padaku tentang nabi Arab yang buta huruf. Sudahkah dia keluar dari Mekah dan menetap di Madinah. Adakah orang Arab sudah memeranginya dan kemudian mentaatinya?

Tamim: Dia sudah keluar dari Mekah dan menuju Madinah. Orang Arab telah mentaatinya.

Dajal: Betulkah itu? Sesungguhnya mentaatinya adalah lebih baik. Aku akan mengatakan pada kamu tentang diri aku. Aku adalah al-Masihi ad-dajal sesungguhnya masanya sudah semakin hampir aku akan diizinkan untuk keluar. Aku akan berjalan di muka bumi dan masuk ke seluruh daerah di dalam tempoh 40 hari kecuali Mekah dan Madinah. Kedua-dua negeri itu dilarang bagiku, setiap kali aku ingin memasukinya aku akan diadang oleh malaikat yang di tangannya ada pedang berkilau dan tajam menghambatku.


DAJAL TINGGAL DI MANA?

Di manakah kedudukan pulau itu pun dijawab oleh Nabi Muhammad menerusi sabdanya,: “Ketahuilah bahawa dajal berada di laut Syam dan laut Yemen… akan datang dari arah Timur (lalu baginda menunjukkan tangannya sebelah Timur).” – Riwayat Muslim.

Kemudian ada satu lagi hadis yang menunjukkan dengan tepat dari mana dajal keluar yang kemudian disertai oleh pengikutnya terdiri dari orang perempuan dan kanak-kanak. Daripada Abu Bakr al-Siddiq, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Dajal akan muncul ke bumi dari arah Timur bersama Khurasan.” Riwayat al-Tarmizi.

Di dalam hadis yang lain pula daripada Anas bin Malik, bersabda Rasulullah s.a.w.,: “Dajal akan keluar dari kota Yahudi, Khurasan bersama 70,000 Yahudi dari Isfahan.” – Riwayat Imam Ahmad.

Menurut Fadlan, ketika keluarnya dajal, ramai perempuan dan kanak-kanak akan menjadi pengikutnya. Sehinggakan orang lelaki terpaksa bertindak mengikat ahli keluarga perempuan mereka supaya tidak menjadi pengikut dajal.

“Menerusi penyelidikan yang saya lakukan juga, didapati bahawa air tasik Tabaria yang terletak di sempadan Syria-Palestin dan mata air Zughar si Selatan Syria sudah semakin berkurangan.

Adakah itu bermakna dajal sudah semakin hampir tempoh pembebasannya. Jika benar apakah persediaan kita untuk menghadapinya?

Jelas Fadlan, Rasulullah telah memberikan beberapa tip kepada umatnya untuk mengelakkan fitnah dajal. Perkara pertama perlu dilakukan adalah menghafal 10 ayat pertama surah al-Kahfi.

Kedua kita diarahkan oleh Rasulullah supaya membaca doa ini sebelum salam setiap kali solat, “Ya Allah, aku berlinding dengan-Mu dari azab neraka jahanam, azab kubur, ujian hidup dan mati dan kedahsyatan ujian al-Masihi ad-dajal.”

Katanya, dajal akan menjelajah seluruh dunia dan akan berakhir di Baitulmaqadis dan dibunuh oleh Nabi Isa. Seperti mana yang disebut di dalam sahih Muslim, “Dajal akan dibunuh oleh Nabi Isa, selepas Nabi Isa dan umat Islam bersolat di belakang al-Imam Mahdi, mereka berhadapan dengan dajal dan tenteranya. Bila dajal lihat Nabi Isa, dajal akan mula cair. Akan tetapi Nabi Isa dapat membunuhnya dengan menikamnya.”

Friday, November 12, 2010

am i mat blogger???

Rasanya tak kot..Ntah.Lagipun aku rasa post2 aku semuanya tak fleksibel..Merapu ja lebih..Aku pun tak tahu apa yang patut aku tulis..Dah tak ada idea..Bila aku tgk blog orang lain, rasa blog aku ni banyak sngt kurangnya..Blok mereka lebih cantik, berinfomasi dan yang lebih penting berilmu. Tu yang aku suka..At least, berguna jugak.. Selalunya aku suka lawat politik bloggers. Best..Macam2 info boleh dapat..Siap maki hamun pun ada..Tak kira la yang pro kerajaan mahupun pro pembangkang..Masing2 cuba pertahankan idealogi politik mereka..Aku bukan apa, sekadar ambil tahu..Lagipun aku minat bab2 politik ni..Bagi aku politik ni penting..

Sebenarnya sebelum ni aku tak pernah terfikir pun aku nak ada blog..Aku mula berkecimpung dalam bidang ni disebabkan seseorang..Aku buat blog ni hanya untuk tujuan peribadi.Dan jugak tempat berkongsi cerita aku dan dia..Walaupun ianya dah berlalu,aku rasa aku akan teruskan kerana tahu lambat laun blog ni tetap akan berkubur dengan sendirinya nanti..Akan tiba juga hari itu. Jadi buat masa sekarang aku buat macam biasa..Tempat untuk meluah rasa hati..Hehe. Blog ni sekadar luahan dialam maya namun ianya tetap senada dan seirama…(ayat jiwang..)

Aku pun tak tahu apa yang perlu nak diupdate. Blur..Tak ada perkembangan apapun melainkan perut aku yang semakin banyak berkembang.Seluar pun dah makin ketat.Risau aku..Tak suka..Tak suka...Ada juga terfikir nak diet tapi rasanya mcm tak boleh..Laporr..Aku rasa sekarang ni aku makin kuat makan…Pelik..Dulu tak ada selera nak makan tapi skrg ni terlebih berselera..Tambahan pulak kawan aku ada buat part time KFC..Selalu jugak bawak balik makanan. Jenuh aku..Nak biarkan kang membazir pulak.Nak tak nak makan la jugak.Jadi tekad diet tu pun hilang entah kemana..Mungkinkah tak lama lagi aku akan dikenali sebagai abang roi??..(Abang boroi)..Owh..tidak..tidak..Tak nak aku…

Agak susah kalau badan semakin berat nih..Pergerakan terbatas..Macam mana nak main futsal nanti..Dah la tu hobi aku..Macam karam singh walia kata,Futsal is my passion..Nak main bola padang stamina dah out. Futsal saja la yang mampu main..At least keluar jugak peluh..Kira adala jugak bersenam walaupun kadang2 sebulan 2 kali..Selain salah satu cara nak diet, futsal jugak boleh buat aku bebas. Aku lupa semua benda yang berserabut dalam kepala..Rasa hepi bila main..Tak ingt benda yang bukan2..Problem kerja pun hilang sementara..Sebut pasal kerja, dulu kerja bila balik rumah tak payah nak ingat apa dah.Tp sekarang ni balik kerja pun dok memikir apa akan jadi esoknya. Dateline lah meeting lah dan macam2 lagi..Pening2..

Pasal life pulak aku rasa bila umur dah semakin meningkat ni naluri nak enjoy tu dh makin berkurang..(walaupun aku ni bukan jenis kaki enjoy)..Kawan-kawan pun sebaya jadi kemahuan tidak kearah tu..Balik kerja, sampai rumah, tgk tv, sembang2, makan pastu tido..Rutin harian.Nampak macam membosankan tapi itu realiti..Sampai bila hidup ni untuk berseronok saja..Ada masanya kita kena memikirkan hidup.Apa yang realistik dan apa yang tidak..Apa yang mampu dan apa yang tidak..Aku ingt lagi kata kawan aku, benda yang paling besar sekali bukanlah bumi atau matahari tetapi nafsu..Takkan puas dengan apa yang kita miliki..Betul..Semua manusia ada..Aku pun tidak terkecuali..Dan aku bukanlah jenis yang iman kuat didada..Aku lemah..Kadang2 kemahuan tu melampaui kemampuan..Sebab tu bila aku fikir balik, aku septutnya kembali pada asas..Ntah la, hidup ni terlalu banyak kemahuannya.

So, kesimpulannya, aku bukanlah mat blogger..Aku tak bertujuan macam tu..Aku anggap ni macam diari..Agar apa yang telah aku lalui dulu pahit manis akan aku kenang disini..Yang lepas tu aku jadikan kenangan..Tak kira betapa pahitnya kenangan itu namun aku yakin satu hari nanti, aku akan tersenyum bila aku kenang kembali..Yang baik aku jadikan teladan yang buruk tu jadikan sempadan. And in the end of the day, i should live for better tomorrow. Not worst yesterday...