Sedar-tak sedar rupanya dah hampir setahun masa berlalu.Dan tanpa aku sedari, bulan Ramadhan menjelma lagi..Aku cuma berharap kali ini ianya akan lebih bermakna dan meriah dari tahun-tahun sebelumnya..
Dan di bulan puasa jugak,menu wajib di kedai-kedai kampung aku tentunya kerang rebus dan kerang bakar..Menu yang amat popular di bulan puasa.Tambah dicicah dengan kuah kacang, perrgghh...sedap tul..Mungkin, kalau nak dibandingkan dengan sekarang ni, era aku muda-muda dulu lebih meriah.Hampir semua kedai ada menyajikan menu ini.Entah la, aku sendiri pun tak berapa nak faham kenapa kerang ni hanya famous pada bulan puasa.Jawapan yang tak dapat aku jawab..Aku sendiri yang tak minat kerang pun mesti lepas tarawikh cari kerang..Heran aku...
Apa2 pun, sempena bulan Ramadhan ni aku nak memohon maaf kepada sesiapa saja andai aku ada terkasar bahasa, menyinggung perasaan atau apa2 perbuatan aku yang menyakitkan hati..Dan harapan seandainya ada, maafkan lah aku....
Tuesday, August 10, 2010
Friday, August 6, 2010
my 1st love story (love at 1st sight) part 5
1997…..( Tingkatan 2 )
Akhirnya, aku kembali kealam persekolahan setelah agak lama bercuti. Entah kenapa kali ini aku merasakan cuti aku terlalu panjang.Tempoh yang sangat lama. Disaat orang lain mahukan cuti yang lebih namun aku pula sebaliknya. Aku begitu mahukan masa pantas berlalu . Rasanya macam tak sanggup untuk bercuti lama-lama dikala aku selalu keresahan. Aku sendiri tak tahu mengapa.Yang aku tahu apa yang aku rasa ni adalah sesuatu yang membebankan. Kalaulah aku dapat mempercepatkan masa…..
Aku tak tahu macam mana caranya untuk menghilangkan apa yang aku rasa. Kini, tak ada lagi senyuman dan gelak tawa Nurul. Tak ada lagi saat-saat gembira bersamanya. Aku cuba untuk membiasakan diri dengan suasana seperti ini. Suasana yang berbeza..Aku berharap sedikit masa lagi keadaan akan kembali seperti sedia kala.
Aku bersekolah pada sesi petang manakala Nurul pula pada sesi pagi. Dan kebetulan kelas kami di blog yang sama.. Untuk aku ke kelas, aku mesti melalui kelas dia terlebih dahulu. Jadi,Aku mempunyai sedikit kesempatan untuk melihat dia. Mencuri pandang dia.Sesuatu yang akan aku lakukan setiap kali untuk ke kelas. Satu lagi hobi aku adalah memerhatikan dia dari kelas aku. Blog kami sama dan ditingkat 2. Jadi, aku akan menunggu di koridor untuk memerhati dia pulang.. Dengan menaiki basikal merah dia. Huhu, sayugia rasanya..Dan aku tahu, aku merindukan dia…..
Sepanjang aku di tingkatan 2, tiada apa-apa yang menarik. Cuma aku sudah boleh biasakan diri dengan suasana baru. Ditambah lagi kawan-kawan pun sudah ramai..Aku bercampur dengan geng-geng yang agak nakal. Ala, bukan nakal yang teruk sangat. Cuma diaorang tu bukan geng2 yang skema. Tak da la ganaz sangat pun..
Bila disekolah petang, pelajar Cina pun agak ramai..Bergaduh antara kaum tu dah menjadi perkara biasa..Cuma di era aku, tiada lagi pergaduhan yang sampai mencederakan.. Habis sangat pun pegang kayu ja. Tak pun lawan maki hamun.Lain la era awal 90an. Aku dengar cerita dari orang-orang lama dulu lagi ganas. Batu bata dan darah menjadi saksi pergaduhan..Hmm..dasyat jugak dulu..Sebab tu aku malas join..(Bukan sebab takut).. Aku tak lah terlibat secara langsung. Sekadar dari jauh. Kiranya back up r..Heheh..Lagi pun I’m not fighter.. Dan aku juga tak menjadi mat bunga time tu.Perempuan tidak menjadi keutamaan.. Enjoy dulu. Namun itu tidak sedikitpun menjejaskan perasaan aku pada dia..Huhu..
Dikelas, aku bersebelahan dengan K.E. Seronok rasanya dapat kembali sekelas dengan dia. Dan di depan kami pula adalah kaum hawa..Yang sorang tu adalah dari kelas aku dulu.Norizan..Jadi, kami tidaklah berasa janggal. Cuma kawan aku K.E tu nampak sedikit mesra dengan dia. Dan dipendekkan cerita, hormon-hormon gatal telah menguasai mereka..Dan dalam masa yang singkat status mereka dari single telah pun berubah ke in relationship..Wah, cepat dan pantas. Aku tumpang gembira dengan keadaan tu..Biarlah mereka berbahagia..Macam kata pepatah, makan paha kiri ayam, paha kanan juga harus dimakan.
Sedar tak sedar, tingkatan 2 sudah hampir ke penghujungnya. Aku masih seperti hari-hari yang dulu. Tidak berubah..K.E dan juga Chenta dia adakalanya pasang surut.. kadang-kadang putus dan kadang-kadang kembali elok.Aku pun tak faham sangat dengan diaorang. Biarlah itu menjadi rahsia mereka..Aku pun tak ambik port sangat.
Aku tak sabar menantikan alam persekolahan yang baru. Aku tahu tahun depan aku akan kembali bersekolah pada sesi pagi. Dan aku juga tahu peluang aku untuk kembali bertemu dengan Nurul kembali cerah…Aku harap tahun depan akan lebih baik dari tahun-tahu sebelumnya.Huhu..
bersambung...

Monday, August 2, 2010
Sudah Sampai Sini
Bermusim
Silih berganti bulan mentari
Pejam celik tak terasa aku
Sudah sampai sini
Sudah sampai sini
Bergerak
Berlagu hanyalah seketika
Tinggal aku dalam kerugian
Dia pasti pegi
Dia terus pergi
Selagi terikat satu janji setia
Selagi itu tercatit kisah semua
Di sana kepastian akan menanti kita
Di situ tanda tanya
Di situ haluannya
Di situ tanda tanya
Di situ haluannya
Antara kau aku ada satu rahsia
Pasti terbongkar di tarikh yang tersedia
Tersenyum dan menangis satu antara dua
Selagi terikat satu janji setia
Selagi itu tercatit kisah semua
Di sana kepastian akan menanti kita
Bermusim
Silih berganti bulan mentari
Pejam celik tak terasa aku
Sudah sampai sini
Sudah sampai sini
Aku suka lagu ni..Lagu lama kumpulan Bumiputra Rockers..Mungkin sekali dengar kita andaikan ini lagu jiwang ataupun lagu cinta. Dulu aku pun macam tu..Tapi kalau kita hayati betul2,lagu ni ada maksud sebaliknya..Maksud yang mendalam..Menggambarkan kehidupan kita yang semakin lama semakin pendek...
antara liriknya:
Bermusim
Silih berganti bulan mentari
Pejam celik tak terasa aku
Sudah sampai sini
Sudah sampai sini
Bergerak
Berlagu hanyalah seketika
Tinggal aku dalam kerugian
Dia pasti pegi
Dia terus pergi
Apa yang aku faham maksudnya adalah MASA..ya..masa itu akan tetap dan terus pergi..Sedikitpun tidak akan menunggu kita..Tapi tu hanya pendapat aku..Pendapat orang lain aku tak tahu...
Dan lirik lagu selebihnya tu bermaksud sesuatu yang telah dijanjikan pada kita. Sesuatu yang pasti..
Sunday, July 25, 2010
my 1st love story..love at 1st sight part 4
Aku melalui hari-hari persekolahan dengan agak suram. Walaupun senyumannya sering membuatkan aku gembira, namun aku tak dapat nak menafikan yang aku masih lagi mengharapkan keajaiban..Gila betul perasaan ni..Perasaan yang aku tak dapat nak kawal walaupun aku mencubanya..Perasaan yang seboleh-bolehnya aku cuba untuk elak.Terus terang, aku tak suka dengan keadaan aku ni..Aku adalah seorang yang ceria.Aku suka dengan hidup aku dulu..Gembira dan tidak ada sebarang masalah.Tambah-tambah lagi bab-bab hati..Memang aku surrender..Dulu aku pernah juga sukakan perempuan tapi tidaklah seperti sekarang.Kacau bilau aku..Betullah kata2 orang tua, sekuat mana pun lelaki itu, akan tewas juga dengan perempuan..Apatah lagi aku, lagi la teruk..
Hari-hari aku masih sama.Seperti rutin yang dulu..Mencuri pandang dan meneruskan strategi yang telah diatur..Berharap aku dan dia akan menjadi rapat. Aku dah tidak kisah.Sebagai kawan pun tak apa asalkan aku boleh dekat dengan dia..Senyuman dia masih lagi aku perlukan.Ahh, senyuman yang menjadi penawar hati aku..Kalaulah aku boleh bawak balik senyuman tu, gembiranya aku…
Dan hari demi hari hajat aku menjadi seperti yang aku harapkan.Aku dan dia menjadi rapat.Aku sudah boleh bergurau dengan dia.Aku juga boleh berbual dengan dia pada bila-bia masa yang aku nak..kadang2 bila kelas ada kelapangan,kami bermain batu seremban sama-sama..Seronoknya aku.. Dalam ati aku ni,tak tahu cam na nak gambarkan perasaan aku..Gembira sangat..Dan aku juga boleh melihat senyuman dia dengan dekat.Best best...
Kini aku ke sekolah dengan lebih gembira..Senyum aku sampai ke telinga. Itu menunjukkan betapa gembiranya aku.Walaupun aku tahu status dia aku tak kisah.Aku hanya ingin berkawan dengan dia.Lagipun aku sedar diri ni.Tak kan lah aku nk ngorat dia..Tapi bila sampai masa nanti, aku akan Tanya dia.Dan aku nak dengar sendiri dari mulut dia betulkah khabar berita yang aku dengar tu.Agar aku lebih pasti.Bukan apa, tak nak lah rapat sangat dengan awek orang..Nanti timbul gossip..Heheh..Tak mengapa, aku akan menunggu hari itu dengan sabar..
Step by step..Dan kerapatan kami ni ke peringkat selanjutnya..Satu ari tu masa cuti sekolah, aku dikejutkan dengan sesuatu yang aku tak jangkakan..”adik, ada telepon dari Nurul”.Kata mak aku.Terperanjat aku.Betulkah apa yang aku dengar ni??Seolah-olah tak percaya..Tapi kalau tk betul, tak kan lah mak aku nak sebut nama dia sedangkan mak aku tak kenal pun dia..Huh.Dengan segera aku mencapainya..Dan aku terdengar suara yang sangat aku kenali..Aku memang rindukan suara tu..Terkejut beruk aku masih belum hilang namun pada masa yang sama dah tentu la aku hepi..Hepi sangat..Kami berbual-bual kosong. Perbualan itu tidaklah lama namun ianya sesuatu yang sangat-sangat mengujakan.Rasa macam nak melompat..
Sebenarnya, aku agak malu pada mak aku..Ya la, jarang orang perempuan menelefon aku..Ni siap bgtau nama sekali..Berani betul dia.Aku kagum .Kalau aku, huh, tak dapat la nak buat semua tu.Jenis pemalu la katakan..Kih3..Jenuh jugakla aku bagi alasan pada mak aku.Bukan sebab mak aku marah, Cuma aku segan.Aku jarang menceritakan bab2 macam ni..Takkan aku nk bgtau yang aku ni angau..Buat gelak mak ngan kak aku nanti..Air muka kena r jaga..Aku juga ada berpesan pada Nurul, kalau telefon tu, tak payah la sebut nama..Dia setuju walaupun agak keberatan.
Peristiwa tu merupakan sejarah bagi aku.Sesuatu yang tak dapat aku gambarkan..Yang tak dapat aku luahkan..Seperti kaki yang tidak memijak tanah. Melayang di awang-awangan..Khayalku melebihi realiti..Anganan aku telah membuatkan aku lupa diri..Owh, biarlah aku menikmati saat2 indah ini.Saat2 indah di dunia ciptaan aku sendiri..
Semenjak itu juga kami menjadi semakin rapat..Dia selalu juga menghubungi aku..Banyak yang kami kongsikan..Dan akhirnya aku mendapat tahu gossip antara dia dan Amir itu sememangnya betul tapi ia hanya kisah di zaman sekolah rendah..Waah,satu lagi berita yang amat menggembirakan aku..Awangan aku kini lebih tinggi..Harapan aku juga..Cuma aku menunggu masa yang sesuai untuk membiarkan dia tahu perasaan aku..Apa yang aku rasa dan apa yang aku harapkan dari dia..Mahu saja aku luahkan pada dia namun aku tahu masa belum sesuai.Lagipun, aku tak tahu apa yang dia rasa.Jadi aku akan tunggu dan lihat.
Masa berlalu dengan begitu pantas.Mungkin kerana hari-hari yang gembira,aku tidak begitu menyedarinya. Sedar tak sedar sudah sampai ke penghujung tahun..Peperiksaan akhir tahun telah pun berlalu..Dan aku risau dengan keputusannya..Aku tahu sejauh mana pencapaian aku..Tidak begitu memuaskan..Banyak subjek-subjek yang aku lemah.Lagipun, didalam kelas ramai yang pandai-pandai dan aku memang tidak dapat menandingi kawan-kawan aku..Aku kena terima dengan redha..Ptut menyalahkan diri sendiri atas apa yang terjadi.
Akhirnya, keputusan telah diperolehi.Walaupun kedudukan aku bukanlah diantara yang terakhir,namun ianya tetap teruk..Dan mimpi ngeri aku juga bermula. Aku mendapat tahu tahun depan aku akan diturunkan kelas..Sesuatu yang menyedihkan.Dan yang lebih menyedihkan tentulah kisah aku dan Nurul..Pengakhiran yang belum ada permulaan.Aku belum lagi cakap pada dia apa yang aku rasa.Dan mungkin itu juga rahmat sebab kalau aku dah cakap, ini adalah sesuatu yang memalukan bagi aku. Aku tak layak..Nampaknya biar aku simpan saja apa yang aku pendam..Dan aku juga merasakan ianya telah berakhir..
bersambung....

Friday, July 23, 2010
Hukum sertai Facebook
MYMETRO
SAYA ditanya soalan: “Ustaz, syubhahkah menyertai Facebook? Saya terbaca artikel yang menyatakan pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan Facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?”

Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak juga ditulis oleh pelbagai individu di forum juga blog. Dalam menentukan keputusan dan hukum menyertai Facebook, menurut pendapat saya, ada beberapa isu yang perlu diperhati:
1. Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?
Kesimpulannya, dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, mengguna pakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal. Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis sahih berurusan dan membuat transaksi jual beli juga cagaran dengan seorang Yahudi iaitu: “Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda.” ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841).
2. Apa maksud penyoal dengan ayat 'menyumbang kepada bangsa Yahudi'? Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah SAW dan sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah. Cuma persoalannya adakah ia bermaksud menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis? Sejauh mana kebenaran dakwaan itu? Adakah sebarang bukti jelas atau hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?
3. Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?
Begini, jika ternyata daripada sumber yang sahih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama. Dalam konteks Facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah Facebook tidak menyertakan bukti jelas berkaitan hal itu. Semuanya membuat andaian itu dan ini sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar mengajak kita untuk berhati-hati dan peka. Malah majoriti pengguna Facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat itu kecuali yang menyertai skim ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan).
Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum, boleh saya katakan, kajian sudah dibuat dan kami gagal menemui bukti untuk menyokong andaian pihak yang membuat andaian. Jika dikatakan: “Bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pengurusan Facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap,” maka jawapannya, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama itu. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak ia mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara juga aktiviti lain.
Ini kerana, larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam iaitu yang beragama Hindu, Kristian, Buddha dan sebagainya. Penjual terbabit juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap, akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti jelas. Oleh itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukumnya adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun Facebook. Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syubhah di ketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian satu persatu.
4. Hak peribadi pengguna Facebook dijajah?
Ini mungkin ada benarnya, selepas saya menghabiskan bacaan polisi hak peribadi yang terkandung di dalam web Facebook, ia memberi gambaran bahawa gambar, maklumat dan segala yang terkandung di dalam Facebook kita boleh wujud juga di akaun Facebook orang lain yang dikongsi dan saya yakin pihak Facebook juga mempunyai simpanan data terbabit. Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan penggunaan Facebook sebagai haram. Apa yang perlu adalah kawalan dan had
KESIMPULAN
Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut:
1. Hukum membuka akaun dan menggunakan Facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama Facebook sama ada melalui dana kepada Yahudi, Amerika Syarikat dan lainnya.
2. Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latar belakang pengasas dan syarikat Facebook, mereka dinasihatkan TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna Facebook supaya sentiasa berhati-hati namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram.
3. Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan:
a. Memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.
b. Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.
c. Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had kerana ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat, kerana ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook itu sendiri.
d. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.
e. Tidak terbabit dengan permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.
f. Tidak mempercayai tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma Facebook. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.
g. Menyedari bahawa maklumat kita di Facebook boleh menjadi pangkalan data pihak asing untuk memantau kehidupan dan maklumat peribadi kita jika tidak dikawal. Pangkalan data sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana Facebook. Hatta, parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu terkini sebagaimana Facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan. Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna Facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Jika terdapat unsur syubhah sekalipun, ia diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui Facebook itu.

Monday, July 19, 2010
alamak...
Semalam aku ada baca paper kosmo..muka depan..tajuk jersey2 team bola yang diharamkan pakai oleh umat Islam..Diharamkan sebab ada lambang salib ngan imej2 setan..Alamak...team aku man utd..red devils..logo pun imej setan..aku selalu dok pakai jugak jersey tu.tak peka langsung aku..nampak gayanya pasni aku tak mau pakai dah..just minat team cukup la..the way their play..not the symbol..
aku sertakan keratan berita tu..
KUALA LUMPUR – Pemakaian jersi bola sepak atau sebarang pakaian yang memiliki lambang salib, jenama arak dan imej syaitan adalah haram hukumnya dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot berkata, perkara tersebut ditegah oleh Islam dan perbuatan mengabaikan hukum yang sudah jelas boleh membawa umat Islam ke arah syirik.
Beliau berkata, memakai baju seperti itu walau apapun alasannya menunjukkan umat Islam seolah-olah mengagung-agungkan dan memuliakan lambang agama lain.
“Semua mengetahui hukum ini dengan jelas, ia adalah haram dan jangan beri alasan untuk menghalalkan perkara tersebut.
“Dalam hal ini, Islam tidak ada kompromi sama ada ia dibuat atas nama hiburan, fesyen mahupun sukan,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! Ahad baru-baru ini.
Beliau mengulas trend menyarung jersi di kalangan remaja dan golongan dewasa masa kini yang secara terang-terangan memiliki lambang salib atau jenama arak di baju mereka.
Trend itu sudah agak lama berlaku di negara ini namun semakin popular semenjak demam Piala Dunia melanda bermula awal tahun ini.
Antara jersi pasukan negara atau kelab yang tertera lambang salib atau imej syaitan adalah Brazil, Portugal, Sweden dan Norway, Manchester United dan Barcelona.
Nada yang sama turut diluahkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
Beliau berkata, perbuatan memakai baju seperti itu hanya menjurus ke arah dosa dan boleh mengakibatkan syirik kepada Allah.
Jelasnya, pakaian yang mempamerkan lambang agama lain mahupun mempunyai imej syaitan dan jenama arak dilihat seperti mengangkat martabat lambang itu lebih tinggi berbanding Islam.
Menurut Harussani, Islam tidak menghalang umatnya untuk berfesyen atau bersukan namun ia perlu dilakukan dalam ruang lingkup syarak seperti menutup aurat dan tidak membazir

Tuesday, July 13, 2010
my 1st love story...love at 1st sight part 3
Hari-hari persekolahan aku amat gembira sekali..Amat bersemangat..Hujan lebat sekalipun aku tetap akan ke sekolah..Nawaitu aku agak sedikit terpesong..Kadang-kadang aku merasakan yang aku ke sekolah bukan sebab untuk belajar..Namun walaupun begitu, aku tetap fokus pada apa yang cikgu ajar walaupun liat untuk buat homework..Biasalah, dari dulu aku cm tu..Selalu last minit..
Di awal persekolahan, aku telah mengatur strategi untuk merapat-rapatkan diri aku dengan si dia..Aku akan mulakan dengan beberapa langkah..Langkah pertama, dah tentu bermula dengan senyuman..Ini adalah bibit2 romantis perkenalan.Heheh..Apabila sudah sering berbalas senyuman, barulah memulakan langkah seterusnya..Dan aku tahu lama kelamaan aku dan dia akan mengenali dengan lebih rapat antara satu sama lain..(sekadar harapan dalam hati)..
Hari berlalu dengan begitu pantas..Setelah diperhati dan diselidiki, aku sudah mengetahui nama dia..NURUL...Nurul Huda Binti Sukarni..Sedap nama tu..Aku suka..Selalu aku sebut namanya ditambah lagi dengan senyuman manis dia, mau tido tk lena aku..Suka betul aku tengok bila dia senyum..Rasa epi..Rasa best..Susah untuk aku gambarkan apa yang aku rasa..Aku tak pernah lagi rasa seperti ini..Seperti di awang awangan..Dan aku rasa aku telah sedikit berubah..Ada sedikit kelainan pada diri aku..Aku menjadi sentimental..Suka dengar lagu2 jiwang..Suka berangan dan suka termenung sendirian..Aku bingung..Apa yang sudah jadi pada aku???...Tiada lagi keganasan pada diri aku..Now I'm a lover, not a fighter..Huh...
Aku pun memulakan strategi pertama aku..Perlahan-lahan dan tidak tergesa-gesa..Pepatah orang lama ada menyebut, biar lambat asal dapat mengorat..Jadi sedikit demi sedikit aku memulakan senyuman paling manis aku pada dia walaupun tak la manis sangat..Ntah la..Bagi aku, untung sabut, timbul...Yang penting, cuba...Boleh tak boleh, letak tepi dulu..Kadang-kadang kecewa disebabkan mencuba lebih baik dari kecewa sebab tak mencuba..Boleh menyesal tuh..
Sebenarnya, aku selalu berfikir..aku juga sedar diri aku ni..Bukan lah jenis idaman perempuan..Ditambah pula aku agak malu dengan kaum hawa ni..serius..Aku macam alah ngan diaorang..Aku akan jadi gelabah pada perempuan yang aku feeling..Aku rasa macam tak yakin..Macam tak padan..Kalau dia tak ramah dengan aku,memang aku tak dapat nk jadi ramah..Aku jadi takut..Boleh pecah peluh gak rr..Inilah masalahnya klu kurang pengalaman yang hebat dalam bab2 seperti ini..
Lama kelamaan, strategi aku nampaknya berhasil..Kini, kami sering berbalas senyuman..Wah, sukanya aku..Bila dia senyum, hati aku macam cair..Jadi larut..Boleh lupa diri aku dibuatnya..aku macam addict dengan senyuman dia..Senyuman yang aku nanti-nantikan, yang aku rindu-rindukan..Aku juga sering curi pandang pada dia..Tambahan lagi tempat duduk kami tidak jauh..Strategik pulak tuh..Dia tak kan perasan kalau aku tengok dia..Bestnya aku...Ish, kalau lah dia tahu betapa gembiranya aku bila tengok dia senyum...
Sememangnya aku gembira dengan dunia aku..Walaupun angau sorang-sorang, aku tak kisah..Bila ati dah jadi macam ni, aku sendiri tak dapat nak pastikan yang aku masih waras..Ohh Nurul,fahamilah aku..Heheh..
Namun,langit tidak selalunya cerah..Mendung pasti akan menyinggah..Senyuman aku telah disanggah.Dunia indah aku seakan-akan musnah...Kegembiraan aku telah dirobek..Seperti cerita hindustan, hero akan mengalami kesulitan diawal fasa mengorat si heroin..Begitu juga aku..Aku mendapat berita buruk.Aku mendengar khabar angin yang membuatkan aku agak terkedu..Nurul telah pun mempunyai seseorang..Seorang lelaki yang bernama Amir.Oooh, tidak..Benarkah ini??Aku menjadi agak sedih..Cemburu jangan dikatakan lagi..Siapakah Amir itu??Berani sungguh dia..Dan dia hebat dia kerana dapat menawan buah hati anganan aku itu..
Dari sumber-sumber yang boleh dipercayai, aku mengerti yang aku tiada harapan..Aku sugul..Hari2 aku seolah-olah gelap..Namun aku sedar,hidup perlu diteruskan..Sekurang-kurangnya aku masih lagi boleh ceria kerana aku boleh melihat senyumannya setiap hari walupun senyuman itu telah tawar..Aku berputus asa..Dihati ini ingin sangat aku kenali siapa Amir itu..Bagaimanakah dia??Aku ingin melihatnya dengan mata kepala aku sendiri..Bukan untuk bergaduh atau apa, cuma ingin mengenali pesaing aku dengan lebih lanjut....
Akhirnya, setelah diselidiki dan soal siasat dibuat, aku telah mengenali siapa si arjuna itu..Mmm, badan tough, tinggi, kulit kuning langsat, rupa pun ganteng (tampan)jugak..Huhu..Aku telah putus harapan..Klu macam ni la pesaing aku, aku harus mengibarkan bendera putih awal2 lagi..Aku bukan saingan dia..Sikit pun tidak..Jahuh bezanya diantara dia dan aku..Aku terpaksa mendongak kalau nak bertentang mata dengannya..Jadi, setelah memikirkan secara mendalam, aku telah membuat keputusan..Dengan sedih dan juga rendah dirinya, aku melepaskan angan2 aku pergi..aku menelannya sekalipun pahit..selamat tinggal Nurul..We are not meant to be together..Lara hati ini namun apa yg boleh aku buat lagi...
bersambung.....

Subscribe to:
Posts (Atom)