Tuesday, August 27, 2019

aku yang berdosa



Sudah lama aku tidak menulis. Tiada idea atau cerita yang dapat aku ceritakan tentang kehidupan ini. Kehidupan berjalan seperti biasa. Ada masa gembira ada masa berduka. Itu lumrah. Tapi itulah yang membuatkan hidup lebih bermakna. Aku gembira dengan kehidupan aku. Aku dikelilingi kawan kawan yang baik. Rakan sekerja yang baik. Rakan setaman yang baik. Sepertinya aku menikmati kehidupan ke arah lebih baik saban tahun. Namun, hidup aku cuma kekurangan satu sahaja. Kekurangan yang nyata. Kekurangan yang tidak dapat ditampung. Aku kekurangan kasih sayang dari arwah mak dan arwah ayah. Mereka tidak dapat melihat kehidupan bekeluarga aku. Tidak dapat melihat cucu mereka membesar. Hari raya aku kesunyian tanpa mak dan ayah. Dan sememangnya aku sunyi tanpa mak ayah. Taka da kata yang dapat menjelaskan kesunyian aku tanpa mereka dalam kehidupan. Kalaulah masa dapat diputar kembai…….

Dari sudut keluarga, Alhamdulillah semuanya baik dan aku bersyukur atas rahmat yang diberi oleh Allah walaupun aku adalah hamba yang zalim. Dan aku masih lagi dapat menikmati keindahan hidup ini sekalipun aku banyak berbuat dosa. Begitu besarnya kasih tuhan terhadap aku. Ya Allah, aku tidak layak untuk mendapat segala kurniaan ini. Aku malu. Adkalanya aku merenung langit dan aku berfiir, nikmat apa lagi yang aku dustakan. Allah telah makbulkan  setiap apa yang aku dokan dan aku tetap hidup dengan melampaui batas. Betapa teruknya aku menzahirkan kesyukuran aku. Aku bukan lah berani dengan kematian bahkan setiap hari kematian berlegar legar dalam kepala aku. Macam mana aku mati? Macam mana kalau aku kena kanser?macam mana kalau aku kemalangan? Aku takut berdepan dengan kematian tapi dalam masa yang sama aku tetap dengan keangkuhan. Kematian tetap akan tiba tapi aku takut kerana amalan aku yang tak seberapa jika hendak dibandingkan dengan dosa aku yang menggunung. Kebaikan aku ibarat 1 buih di tengah tengah lautan. Aku belum cukup kuat. Aku lalai. Leka dan alpa dengan keduniaan. Hati aku lebih sayangkan dunia dari akhirat. Benar orang kata, jika sayangkan dunia akhirat akan meninggalkan kita tetapi jika kita sayangkan akhirat, dunia akan mengejar kita. Baru diuji dsengan sedikit nikmat dunia aku telah lupa daratan inikan pula jika Allah berikan aku kemewahan hidup. Aju adalah hamba yang tidak bersyukur. Tamak dan lupa diri. Apa lagi yang dapat aku katakan. Sesungguhya aku sangat iri hati bila melihat orang yang jauh lebih baik dari aku dari sudut agama. Kenapa aku tidak boleh menjadi seperti mereka? Tapi bila difikirkan balik Allah telah kurniakan rezeki untuk kami membeli rumah diamana aku tinggal sekarang. Dan disini aku dikelilingi kawan-kawan yang diri mereka dekat dengan masjid dan surau. Ini juga adalah rahmat tuhan. Doa aku dimakbulkan melebihi dari apa yang aku mohon. InsyaAllah aku akan cuba berubah menjadi lebih baik. Aku tahu aku akan tewas tapi aku akan terus cuba menjadi lebih baik. 

Friday, January 4, 2019

Surat Untuk Cik Swetie



Assalammualaikum Cik Swetie

Pertamanya aku akan singkatkan Cik Swetie kepada CS. Supaya lebih mudah menulis dikala ruang waktu yang terbatas. Maaf sebab setelah sekian lama baru sempat untuk mengupdate blog yang sekian lama ditinggalkan..Sebelum aku memulakan kata, terlebih dahulu ingin aku katakan yang aku rindukan CS. Aku rindukan CS sebagai salah seorang kawan baik aku (perempuan) walaupun sebelum ini aku hampir tersuka tanpa sengaja.(masa dia blm kahwin dululah).Heheh..

Banyak juga kenangan antara aku dengan dia. Dari dia mula lapor diri sampailah dia kahwin. Dari mula 1st jumpa sampai lah kali terakhir masa meeting tempoh hari. Walaupun dia tak perasan aku selalu curi pandang dia, tapi melihat dia membuatkan aku happy..CS masih tak banyak berubah..Comel seperti selalu..Dan juga kepoh…Heheh..

Baru-baru ni CS ada mesej aku menceritakan apa yang dia lalui. Seperti selalu, aku mendengar dan memberi sedikit nasihat yang tak seberapa. Ye lah, nasihat ni memang senang diucapkan tapi untuk membuatnya amatlah payah. Contohnya aku dengan tega menyuruh dia melupakan seseorang sedangkan aku sendiri melalui pengalaman aku amatlah perit untuk membuat sebegitu. Perit seolah olah hati bagai dihiris dan ditusuk. Luka luaran memang boleh diubati namun luka dalaman hanya tuhan yang tahu macam mana susahnya.
Walaupun macam tu, keperitan itulah yang akan memberi kita kekuatan. Kekuatan untuk terus hidup berdepan dengan kesakitan yang amat. Kita tak kan tahu bagaimana sakitnya untuk melupakan seseorang sehinggalah kita sendiri melaluinya. Percayalah, amat perit sekali. Aku sendiri dah melalui 3 kali frust.

Berbalik kepada permasalahan CS. Walaupun mungkin sekarang ni dah selesai, bagi aku dia patut melupakan dan membuang mamat itu dari hidup setelah apa yang dia ceritakan. Sebagai lelaki mungkin aku faham jenis apa lelaki itu. Aku nak kata buruk pada mamat tu pun rasanya tak berguna. CS lebih mengenali dia. Jadi better CS sendiri yang buat keputusan. Cuma pesanan terakhir aku, jangan lagi BERMESEJ dengan dia..Jangan sekali kerana nanti akan ada kali keduanya..Harapnya..

Kepada CS, walaupun kita tidak lagi bermesej seperti dulu, tidak berutus surat seperti dulu, kenangan antara kita tak kan dilupakan..moga kita dapat bersahabat selagi kita mampu bersahabat. Hilang seorang sahabat akan datang lagi 100 sahabat namun yang seratus itu tak kan sama dengan yang seorang itu..


Maafkan MP kalau selama ni ada tersalah bahasa, tersilap kata, terguris bahasa..MP tak berniat..Dalam diam dan kejauhan MP sentiasa doakan kebaikan untuk CS dan keluarga..Moga kita berjumpa lagi..

2019

Sekejap sangat masa berlalu. Sekarang dah masuk tahun 2019 dan aku masih orang yang sama, perangai yang sama dan sikap yang sama. Kadang kala aku memikirkan nasib aku yang akan datang. Bila aku hendak berubah?Berubah kearah lebih baik..Kearah dunia yang abadi. Aku masih lagi terikat dengan duniawi. Sayang kan dunia. MasyaAllah..Aku ingin berubah tapi aku seringkali gagal. Aku tewas dengan diri sendiri.

Aku hidup penuh dengan kenangan. Aku hidup penuh dengan dosa. Ya,,Aku seorang pendosa. Kalau lah di imbas sisa hidup aku yang telah berlalu, menangis selautan airmata pun tidak akan dapat melenyapkan segunung dosa dosa yang telah aku lakukan. Dosa yang sedang aku lakukan dan dosa yang akan aku lakukan. Seperti lirik lagu aku yang berdosa oleh Shahir,

Sejauh mana langkahku disana
aku melupakanmu

seluas mana kau beri padaku
masih ku angkuh padamu

segalanya dusta
gelap mengaburiku 

Ya Allah
Apa yang bisa
ku tebus kepadamu
atas dosaku

Ya Allah
hina terasa
biar ku bersujud
untuk ke syurgamu...

Terus terang aku katakan lagu ini lah satu satunya yang membuatkan aku mengalir air mata. Aku terasa betapa berdosanya aku selama ini. Zaman muda banyak waktu dihabiskan dengan perbuatan sia sia. Aku lemah..Zalim…Tak terdaya..

Sekarang umur aku sudah semakin meningkat. Aku menuju kepada waktu waktu penyakit akan mula mendatangi aku secara perlahan mahupun secara pantas. Aku sedar namun aku masih lalai. Aku masih leka. Hanyut dengan dunia. Allah….Aku akan dipertanggungjawabkan nanti diatas segala perbuatan aku.
Semoga aku sempat untuk kembali kepadaNya sebagai seorang hamba yang beriman…. 

Wednesday, October 24, 2018

kehidupan

Dah lama rasanya aku tak menulis..Bukan sebab tiada perkara untuk diluah tapi lebih banyak benda yang seeloknya dipendam.

Aku nak bercerita pasal kehidupan aku. Walaupun dah ada yang aku tulis dalam blog ni namun rasanya tak salah kalau ditulis lagi..Ni blog aku kan..Lagipun tak ada sesapa yang baca.Ni sekadar simpanan aku.

 Aku dilahirkan dalam keluarga yang boleh dikatakan susah. Aku dilahirkan di Pahang. Masa tu arwah ayah hanya bekerja sebagai pengawal. Aku pun tak tahu sejarah kenapa keluarga kami berpindah ke Pahang sebab asal usul kami di Perak. Ada juga la sedikit sebanyak kenangan aku di sana walaupun tak lama. Rasanya aku tinggal sana sampai umur aku 4 tahun. Salah satu yg paling aku ingat adalah kesadisan terkapit zip seluar..,perghhhhh..nangis kawwwww punya time tu..perkara yang amat ditakuti bagi orang lelaki…Abang aku la yang proses..Sampai sekarang terngiang-ngiang..Benda sadis yang kedua yang aku ingat bila time maghrib kaki aku tertusuk paku..Mak aiii..ni pun sakit ya amatt..Time tu mana ada nak p hospital..Semua buat sendiri..Abang aku la yang tolong keluarkan lepas tu kaki di tepuk tepuk dengan selipar…Haha..Lawak…Tapi banyak yg manis masa disana..Ya lah..Budak2 kan..Bukan kira apa…Sepanjang hari main ja kerjanya..Masa umur aku 4 tahun kami sekeluarga pindah ke kampong halaman aku. Masa tu semua baru bagi aku..Suasana dan persekitaran yang baru…Kawan-kawan pun taka da..Permulaan yang sunyi…Tapi biasa lah sementara nak beradaptasi dgn sesuatu yang bar utu akan ambil masa..Namun sesungguhnya aku rindu Pahang….

Masa sekolah rendah pun banyak kenangan yang aku lalui. Terkenang semasa hari pertama masuk sekolah rendah. Aku sangat teruja. Bangun seawall pagi dan yang paling bestnya arwah mak mandikan aku..Memang seronok..Belaian seorang Ibu..Ya Allah….Aku sangat sangat rindukan rawah mak…Kalau la aku boleh kembali pada masa lalu, setiap masa aku akan cium mak..Tak pernah aku lupakan mak sehingga hari ini..Sepanjang aku hidup bersama mak, mak tak pernah pukul aku..Kami hidup susah tapi mak tak pernah merungut. Kadang2 mak ikut arwah ayah ke laut untuk mencari kayu. Masa tu ayah berniaga kayu. Mak juga pergi ke sawah..Sanggup jalan berkilometer semata mata mencari pendapatan tambahan..Aku lah yang ditugaskan ambil mak..Namun kadang2 aku malas..Ya Allah…Teruknya aku…Pengorbanan seorang mak dan ayah..Aku sangat sangat merindukan mereka..Memang aku berasa iri hati bila ada kawan-kawan yang masih ada mak ayah..Aku dah tak dapat nak peluk mak..Tak ada kata yang dapat menerangkan betapa aku merindukan mak ayah..Sedalam dalam lautan dalam lagi mereka aku rindukan..Aku banyak dosa dengan mak ayah..Aku juga tak sempat nak balas jasa mereka..Kadang kadang bila rindukan mereka, terasa perit ya amat..Tak ada perkara yang boleh buat aku menangis selain dari rindukan mak ayah..Sesungguhnya siapa yang masih ada mak ayah adalah sangat beruntung…Aku nak salam pun dah tak berpeluang..

Masa sekolah menengah boleh dikatakan zaman kegemilangan. Masa  ni kawan-kawan pun dh ramai. Dah mula mengenal dunia. Menerokai dunia. Namun aku beruntung kerana aku dikelilingi kawan-kawan yang baik. Taka da la aku terjebak dangan dadah ganja bagai. Lagi pun masa tu tak semoden sekarang. Lebih terdedah. Dulu hanya tahu main. Teknologi ni jangan cakap lah..Paling hebat bergayut guna telefon rumah jaa..Masa 1st ada telefon rumah, aku ngan kak aku punya jakun sehinggakan telefon bordering semua pakat serbu..Yang paling jakunnya bila sanggup cari public phone semata mata nak

dengar deringan..Hahahaha..Lawak sungguh…Benda baru kan…Lama kelamaan nak angkat pun dah malas…Masa sekolah menengah nil ah aku mula gatai..Kata orang utara..Aku dh mula kenal perempuan..Tapi sungguh, aku sukakan dia pada pandangan pertama..Pada hari pendaftaran sekolah menengah..Sekali pandang terus aku impikan dia..Aku pun tak tahu kenapa..Aku dah ceritakan dlm blog sebelum ni..Tapi serius, aku percaya pada cinta pandang pertama..Walaupun naluri budak-budak tapi aku bersungguh-sungguh..Dipendekkan cerita dia Cuma menganggap aku sebagai kawan baik..Kata keramat dia sejak bertahun tahun, friendship forever..Dia lebih memilih kawan baik aku dari aku..Tapi akutetap tak mengalah..Aku tetap menunggu dia..Bayangkan dari tingkatan 1 sampai ke umur 20 lebih sehingakan ada juga aku menolak orang lain yang bersungguh sungguh pada aku..Dah la baik orangnya..Aku rasa bersalah tetapi nak buat macam mana. Takkan aku perlu paksa diri aku? Nanti aku dan dia juga yang merana. Betullah kata orang, 1st love ni memang susah untuk dilupakan..Dan takkan lupa..

Selepas habis sekolah menengah, Aku memasuki alam pekerjaan secara rasmi. Walapun secara tak rasminya aku selalu pergi ke laut waktu cuti sabtu dan ahad. Ya lah, duit belanja aku yang cari sendiri untuk makan disekolah..Aku tak nak la susahkan arwah mak yang tak bekerja. Dengan kelautlah aku boleh membeli RXZ..Motor pertama aku..Masa tu dikampung aku RXZ sangat lah femes.Tapi aku tak pernah terlibat dalam geng2 rempit ni..Pakai hanya sekadar minat..Aku berkawan dengan geng-geng tak buas..Paling jahat yang kami buat tak da benda lain, tak snooker, karaoke. Tu saja aktiviti cuti kami.Aku mula kerja kilang..Solectron..Kerja 12 jam tapi seronok.Dengan suasana dan kawan2..Kawan2 pun ada dari macam macam daerah. Dapat juga pengalaman merasai suasana kampong diaorang. Masa di kilang nilah aku menolak seseorang yang berharap pada aku. Sungguh aku tak berdaya..Dia sangat baik..Super baik..Tapi bukan jodoh kami..Dia pun dah kawin dgn seseorang yg lebih baik dari aku..Ada hikmahnya…

Fasa kehidupan aku seterusnya adalah aku mendapat kerja kerajaan. Aku bersyukur sebab doa aku dimakbulkan. Tak ada banyak benda untuk diceritakan cumanya kehidupan aku berubah. Aku tinggal dirumah sewa. Duduk bersama-kawan kawan. Masa ni aku mula berkawan dengan seseorang. Perkenalan melalui media social dan akhirnya terjadi. Aku memang serius dan bersungguh dengan dia sampaikan ajak dia kahwin tapi dia menolak sebab kata muda lagi. Akhirnya tiada jodoh antara kami tapi kenangan dengan dia memang susah aku lupakan. Kiranya kali ni 1st time aku patah hati secara rasminya. Rupanya memang perit..Perit sangat..Dalam sungguh luka..Makn pun taka da selera. Hidup berubah dari happy ke masam mencuka. Hari hari yang dilalui macam tak kena..Sungguh dia memberi kesan yang amat dalam sekali. Benar kata orang..Kalau kita terbang tinggi bila jatuh, kita yang akan parah. Tk dapat aku jelaskan peritnya aku rasa …Kira setahun juga lah aku ambil masa untuk tenangkan hati ni.. . Bagi aku, aku tak akan lupakan dia dan tak ada sesiapa yang boleh menggantikan perasaan aku terhadap dia.


Rupanya aku tersilap..Kali kedua aku tewas lagi. Pada seseorang yang aku sendiri tak jangka. Dengan sepantas kilat pula tu..Permulaan hanya kawan biasa.Kenal melalui kawan kepada kawan.  Berhubung melalui mesej sehingga hari2 kami bermesej..Perasaan itu hadir tanpa dipinta. Aku cuba melawan tapi tewas..Bukan sebab apa, sebab dia dah pun ada seseorang. Tapi aku kalah dengan perasaan sendiri..Aku memang setiap masa bergelut dengan perasaan aku tapi kehidupan aku lain dengan dia. Bila kami berdua, gelak tawa itu membuatkan kami terlupa siapa kami sebenarnya..Siapa kami yang sepatutnya. Hidup aku kembali disinari. Tak ada hari hari yang aku tak gembira bila dia ada kecuali bila dia meragam..Haha..Biasa la perempuan…Tapi mmg betul dia tu sinar bagi aku..gelak tawa kami, kenangan kami, keriuahan kami tak akan aku lupakan sampai bila bila..Ada hikmahnya kami taka da jodoh. Tapi dia hebat. Klu yang dulu aku kata tak ada sesiapa yg dapat menggantikan perasaan aku, aku tersilap lg..Dia lebih dari itu dan kesannya aku lebih perit kali ni…klu dulu aku cedera parah, kali ni cedera yang sangat parah..tk perlu tulis panjang panjang, cukup sekadar aku katakan yang aku tersangatlah patah hati…Macam mana aku nak lupakan dia yang mana terlalu banyak kenangan antara kami. Tapi aku tetap pasrah dan terus berdoa mengharapkan sesuatu yang terbaik…

Setahun lebih juga aku ambil masa untuk merawat hati.  Dan kali ni Allah permudahkan. Tanpa sedar. Masa berlalu pantas. Sedar-sedar aku dah bertunang. Dan akhirnya berkahwin. Hanya ambil masa lebih kurang 5 bulan dari perkenalan kami..Dia pun nasib seperti aku sebab gagal dalam hubungan. Kami berkahwin tanpa mengenali dengan lebih rapat. Taka da bercinta macam orang lain. Kami tahu kehidupan kami diatur dengan baik. Akhirnya kami berkahwin. Pada awal perkahwinan rumah tangga ni memang sukar sikit sebab kami tidak saling mengenali tapi kami bertahan sehingga sekarang kerana hubungan ini kami tidak meminta kesempurnaan masing masing kerana taka da siapa yang sempurna..Walaupun sekuat mana hati aku pada 1st love, kedua dan ketiga namun akhirnya aku dikurniakan seseorang yang lebih baik..Bukan bermaksud mereka tidak baik tapi makna lebih baik itu adalah kesesuaian setiap pasangan yang telah ditetapkan..Kami dikurniakan anak perempuan pada disember 2014. Kehidupan aku lagi sekali berubah. Bertambah lagi keluarga aku. Mempunyai anak adalah satu rahmat yang tak terhingga. Dan kini kami juga dikurniakan anak perempuan kedua. Lahir pada 14 September 2018..Syukur Alhamdulillah…


Dan kini, aku masih dalam percubaan untuk berubah. Berubah kearah ketuhanan. Walaupun kadang kala aku gagal, tapi aku akan terus mencuba dan berdoa akan diberikan kekuatan.Aku bukan lah hamba yang baik. Aku menzalimi diri sendiri..Aku akan berusaha untuk berubah..Moga dipermudahkan…

Friday, December 22, 2017

masuk rumah

Selasa lepas, 19.12.2017 aku telah berpindah ke rumah baru..selesai sudah akhirnya....cuma sekarang ni sibuk dengan pindah barang dengan persiapan kenduri...

apa pun, syukur alhamdulillah..

Friday, October 27, 2017

Tahniah Cik Coklat

Aku nak mengucapkan beribu-ribu tahniah kepada cik coklat kerana baru-baru ni selamat melahirkan seorang lagi umat nabi Muhammad SAW..Anak dia yang ketiga. Walaupun aku tidak menziarah atau mengucapkan tahniah tetapi sesungguhnya aku hepi..Aku tumpang hepi dari kejauhan.Setelah apa yang dia lalui, aku sebagai kawan sudah tentu aku mahukan dia sentiasa dalam keadaan yang selamat. Mungkin sekarang ni kami tak seperti dahulu lagi namun persahabatan kami tetap akan terus wujud. Apa pun tahniah diucapkan pada cik coklat. Didoakan akan semakin berbahagia dengan kehidupan bersama keluarga..

Tuesday, December 13, 2016

akhirnya

Hari ini 23.10.2017 aku telah menerima surat ini.alhamdulillah....akhirnyaaaaaaa....



Wednesday, October 5, 2016

Kematian Yang Dekat


Kenapa kali ni aku menulis berkenaan tajuk ini??Sebab nya aku pernah merasai sedikit detik-detik kematian yang dekat. Ianya terjadi pada aku dan seharusnya aku mengakui aku sangat bernasib baik dan bertuah. Allah masih memberikan peluang untuk aku menikmati kenikmatan dunia yang sementara. 

Satu hari aku menunggang motosikal sepertimana biasa. Aku tak memandu laju kerana kelajuan adalah salah satu ke ‘traumaan ‘ aku. Aku memasuki simpang untuk ke jalan besar. Aku perasan memang ada kereta Avanza dibelakang aku. Aku membiarkan nya untuk memotong aku. Aku sempat menoleh ke belakang untuk melihat namun tiba-tiba aku nampak ianya semakin dekat dan dekat menghampiri aku. Belum sempat untuk aku menoleh ke depan ……..BAAAAAAAANNNNNGGGGGGGGGGGGGGGGGGG. Aku dilanggar dari belakang. Aku dapat merasa diri aku terjatuh dan aku tidak dapat mengawal pergerakan badan dan terpaksa membiarkan saja kekuatan hentaman itu. Dalam keadaan bergolek aku dapat merasakan tayar kereta itu menggesel kepala aku. Saat itu dalam masa yang sepantas kilat memang apa yang dapat aku rasakan adalah kematian. Berlalu dengan sangat pantas. Jantung seolah-olah berhenti...Yang terlintas di fikiran hanyalah mati.....

Degan cepat-cepat juga aku bangun dan sangat merasa lega bila sedar rupanya aku tak mengalami kecederaan yang teruk. Dan yang paling terharunya adalah aku masih hidup…Betapa beruntungnya aku…Kelu lidah aku untuk berkata-kata..Orang ramai mengelilingi aku bertanya keadaan aku. Aku jadi blurr….Ya Allah…Tak dapat aku nak luahkan betapa bertuahnya aku..Masih belum sampai ajal aku waktu itu. Aku bersyukur…Apabila keadaan reda, ada seorang kakak datang kepada aku dan memberitahu sesuatu yang aku rasa ada betulnya juga...Dia kata, "kak sangka adik mati dah tadi"..Aku hanya mampu sengih.Kejadian berlaku di depan matanya..Hanya dia yang tahu macam mana teruknya aku dihentam waktu tu..Alhamdulillah aku selamat...

Rupa-rupanyaa pemandu kereta itu mengalami serangan jantung dan pitam. PAda petang itu aku berjumpa dengan suami kakak itu. Kakak itu dalam keadaan stabil dan menyatakan maaf nya kepada aku..Tidak ada sedikit rasa marah aku kepadanya cuma aku takut keadaan seperti itu berulang lagi kepada kakak tersebut..Kerosakan motor aku hang menelan kos 400 pun dibayar oleh suami beliau..Kes itu habis setakat tu..Namun kesannya amat mendalam kepada aku..Setiap kali aku naik motor, pasti aku akan menoleh kebelakang terutamanya bila nak berhenti..Traumaaaaa...

Mati…Itu pasti..Tapi bila?Dimana?Bagaimana?.Itu persoalannya..Tak kan ada sesiapa yang boleh menjawabnya..Yang pasti  hidup adalah untuk menuju kematian..Imam Ghazali ada berpesan kepada kita semua kematian adalah sesuatu yang sangat dekat dengan kita. Tidak boleh dihindari. Tiada yang terkecuali…

Aku takut dengan kematian. Benar..Aku selalu terfikir pasal mati. Bagaimana dan dimana? Aku sedar orang macam aku takut akan kematian sebab hidup penuh dengan cinta dunia. Walaupun sedar kematian itu dekat, masih lagi lalai dan alpa…

Seringkali kita mendengar berita melalui tv ataupun internet berkenaan kematian yang datang dalam pelbagai cara. Penyakit, bencana dan yang paling kerap adalah kemalangan. Ianya menakutkan. Saban hari kita disajikan dengan berita kemalangan yang meragut nyawa. Ngeri. Sebab aku pernah merasa...Dulu, setiap kali aku berulang alik pergi kerja dari jawi ke pulau pinang setiap kali juga aku terfikir pasal kemalangan. Memang dah jadi kebiasaan aku untuk membayangkannya..Aku takut….Urusan dunia tidak aku sempurnakan apatah lagi urusan akhirat..Lagi lah aku takut bila mengenangkannya…Nasib disana nanti…

Namun siapalah kita untuk memilih cara kematian kita.....


Tuesday, September 6, 2016

Berat masalah aku...

Assalammualaikum…..

Aku menoleh ke kanan, toleh ke kiri, toleh ke depan..Aku mendongak ke siling…Dan aku merenung didepan komputer…Ku tenung dan tenung tanpa aku tahu arah tujuan berbuat demikian..Aku hilang arah…Aku resah…Gelisah memikirkan masalah aku..Masalah yang amat berattt..TIba-tiba datang tanpa aku menduga..Masalah hadir tanpa dijemput apatah lagi dialukan..Tidak aku menyangka aku akan terjerumus kedalam masalah ini..Nampak mudah namun keperitannya hanya aku yang merasai…Tak terdaya oleh ku untuk terus menanggung beban bak kata pepatan tiada masalah mencari masalah dengan erti kata lain menanggung biawak hidup…
Aku amat buntu..keliru dan confuse…Sindrom ini boleh mengakibatkan otak beku dan hilang selera makan..Tidur malam pula seolah-olah terganggu hanya kerana hal yang seremeh ini..Yaa, mungkin dari segi luaran ianya Nampak remeh namun jauh dilubuk hati ianya sesuatu yang sangat susah untuk aku fikirkan..Aku mengelamun, termenung, menjauhkan diri dari rakan2 kerana masalah ini tidak sedikitpun melibatkan mereka..Apatah lagi memohon pertolongan mereka..Biar aku saja yang cuba menyelesaikan masalah ini..

Biar pedih, biar jerih, biar terhiris namun tetap aku gagahi dan teruskan jua apa yang aku mulakan..Cuma persoalannya dari mana harus aku mula?Bagaimana pertengahan nya? Kesudahannya adakah ia parah atau tidak lagi bermakna?..Bagaimana pula kesannya nanti?..Semua ini persoalan yang bersarang dan bergelodak di hati…Apakah harus aku berputus asa dan hanya membiarkan saja ia tersadai tanpa lagi aku usahakan?, Wowww..Tidak sama sekali aku menduga sesungguhnya ia adalah sesuatu yang dasyat di lubuk hati..Tidak dimata kasar..Batin aku bagaikan mahu menjerit sepuasnya demi melegakan hati yang terlalu kusut ketika ini..

Aduhhh..Tiada sesiapapun yang memahami apa yang aku lalui saat ini..Getir hidup yang sangat mencabar mental dan fizikal…MAsalah yang tidak dapat dihuraikan dengan kata-kaya hikmat…Adakah dengan meluahkan kepada seseorang mampu mengurangkan beban yang aku tanggung ini? Selalu aku tertanya..Patutkah? Tapi pada siapa?? Siapa yang boleh memahaminya???Tiada siapa…Aku perlu menyimpan permasalahan ini keseorangan..Aku tahu aku tak mampu harunginya namun bukankah kita takkan tahu bahawasanya diri kita ini kuat seandainya hanya menjadi kuat itu adalah satu-satunya pilihan terakhir kita??? Jadi aku terpaksa kuat..Kuat untuk diri sendiri…Bukan untuk orang lain..Aku terpaksa..Tanpa aku rela…..


Akhir kata, aku telah pun berputus asa dan aku biarkan saja permasalahan aku ini tanpa penyelesaiannya..Hanya ini yang aku mampu…Biarlah apa nak jadi..Yang terjadi akan tetap terjadi…Aku pasrah…Pasrah adalah rela dalam keterpaksaan..Yaa..aku menyerah..Biarkan saja orang kata aku tidak kuat..Biar saja..Mereka takkan faham masalah yang aku alami ini…Aku buntu..Aku gelisah dan aku hilang arah hanya kerana untuk menulis sesuatu dalam blog ini..Sungguh sakit sekali untuk mencari idea yang tak kunjung tiba..Aku sakit…Aduhhh….Aku give up…………..Aku dah malas untuk mencari idea dah..ok bye…….

Tuesday, April 26, 2016

Masa Lalu


Setelah sekian lama berhabuknya blog ini aku mengambil sedikit masa untuk menjengah sisipan luahan hati yang lama aku tinggalkan. Walaupun kekeringan idea untuk meluahkan apa yang tak terluah, namun aku gagahkan juga menaip sambil berharap idea akan datang seiring dengan lancarnya jari bergerak gerak..Ia bukanlah semudah yang disangka. Meluahkan apa yang dipendam disaat jiwa sarat dengan hasrat untuk melepaskan apa yang dikendong oleh hati. Ianya memenatkan sepertimana satu beban rasa hati yang tak tertanggung.

Sepertimana kata Imam Ghozali bahawasanya benda yang paling jauh dengan diri kita adalah masa lalu. Dan disitu juga aku merenung kembali kehidupan yang telah dilalui dan mengenang kembali saat-saat yang telah pergi. Apa yang aku boleh tafsirkandengan masa lalu adalah satu keindahan yang tidak dapat aku jelaskan dengan perkataan. Dan jujurnya jauh dilubuk hati apabila mengenang masa lalu akan datang satu perasaan. Perasaan yang wujud dalam diri manusia. Rindu. Ya, rasa inilah yang menyeliputi sanubari aku ketika ini.

Apakah yang paling aku rindui dengan masa lalu?..Yang paling aku rindui setiap detik dan setiap waktu sehinggakan tidak ada sehari pun yang berlalu tanpa ada perasaan rindu yang menggunung. Aku benar-benar, sangat sangat merindukan arwah ayah dan mak. Ya Allah, apabila aku mengenang kembali, hati ini bagai ditikam dengan pisau tajam. Aku seorang anak yang berdosa. Tidak berkemampuan untuk menjaga mereka sepertimana mereka menjaga aku. Hati aku bagai dirobek mengingatkan jasa-jasa mereka yang tidak aku balas. Dan aku tahu bagaimana gigihnya mereka memberikan apa yang terbaik untuk aku walaupun mereka sendiri terpaksa mengorbankan hak-hak yang sepatutnya menjadi milik mereka.Aku menyedarinya kerana aku juga ada seorang anak. Dan aku tahu yang paling penting bagi mak dan ayah adalah kegembiraan seorang anak. Mak ayah akan berasa gembira melihat anaknya tidur dengan tenang. Aku sedih kerana mak dan ayah tidak lagi bersama aku ketika ini untuk melihat apa yang aku ada sekarang. Tentunya yang paling menggembirakan aku adalah mak dan ayah ada disisi ketika aku susah dan senang. Aku tetap akan mendoakan mak ayah dalam sembahyangku...InsyaAllah...

Aku juga merindukan zaman persekolahan ketika zaman kemuncak terutamanya waktu tingkatan 4 dan lima. PAda waktu itu, keseronokan hidup seolah-olah ditahap yang berbeza sama sekali. Tiada masalah, tiada tekanan, tiada rungutan. Yang ada hanyalah kegembiraan,  awek-awek dan kawan-kawan. Tiada duit tak mengapa asalkan mempunyai kawan sentiasa. Hidup yang ceria dari pagi petang siang ke malam. Punyalah gembira pada waktu itu sehinggakan terlupa kehidupan yang bakal diharungi. Ahh, pedulikan semua itu kerana zaman remaja hanya sekali. Aku agak ketinggalan dalam pelajaran namun aku tak pernah menyesal. Tak pernah terdetik secara seriusnya aku menyesal kerana tidak belajar dengan bersungguh-sungguh. Tempoh ini adalah waktu yang sangat menceriakan.Mana taknya, aku dikelilingi ramai kawan yang baik.Yang membantu ketika susah dan senang sehinggakan persahabatan kami terjalin sehingga kehari ini.Cumanya, ada sedikit rasa terkilan. Aku sendiri tak tahu kenapa. Kawan baik aku ketika sekolah rendah yang sama-sama membesar kini terasa semakin jauh. Aku tak tahu apa puncanya. Mungkin dia ada alasan yang tersendiri..Tak mengapalah...

Aku juga merindukan zaman bujang.Masa aku mula-mula berkerja dan tinggal berasingan dengan mak ayah. Aku mempunyai haluan hidup sendiri. Dan masanya untuk aku berdikari. Syukur juga kerana aku bukanlah jauh sangat dengan kampung. Hidup dirumah bujang adalah sesuatu yang baru bagi aku. Selain tidak mengharapkan famili, aku semakin mengenal erti kehidupan. Walaupun mempunyai kehidupan yang bebas dan tanpa kekangan, aku bukanlah jenis yang suka mengambil kesempatan dengan berjoli sakan ataupun membuat benda yang tidak berfaedah. Aku bernasib baik kerana dapat teman serumah yang baik-baik. Semuanya kaki lepak kt rumah. Aku bersyukur kerana dianugerahkan Allah teman yang baik-baik.

Sebenarnya banyak lagi yang aku rindukan. Masa kanak-kanak aku, masa bercinta dan juga masa belajar di USM. Namun semuanya semakin jauh aku tinggalkan. Dan yang pastinya, ia tak akan berulang lagi dan akan tetap terus pergi tanpa sedikit pun menunggu aku. Semakin hari semakin pantas ia berlalu dan apa yang tinggal hanya lah masa lalu dan kenangan yang yang tersemat dihati. Pengalaman hidup mendewasakan kita dan kadang2 mengajar kita apa erti kuat. Dikala susah, kita mengharunginya kerana kita tak tak tahu kita kuat melainkan menjadi kuat itu adalah pilihan terakhir kita. Dan yang nyatanya, masa lalu adalah satu keindahan pada masa depan. Andai kita  merenung masa lalu janganlah kita lupa untuk melihat masa depan kerana kedua-duanya adalah sama.


Monday, December 21, 2015

mimpikah aku....


Buat masa sekarang ni aku hanya mempunyai satu hajat. Hajat yang boleh dikatakan sebagai mimpi yakni dalam bahasa omputehnya dream..I have a dream..Tapi mimpi aku kali ni adalah realistik dan aku tidak takut sekalipun aku terjaga dari tidur kerana ianya tetap akan ada...InsyaAllah....

Apakah mimpi aku kali ini?..Yaaa,, aku inginnnn..........sangat teringin untuk memiliki rumah. Tempat berteduh buat isteri dan anak aku.Aku rasa mungkin dah sampai masa untuk aku membuat tindakan selanjutnya. Aku agak menyesal kerana di waktu muda aku melengah-lengahkan mempunyai aset. Dan sekarang walaupun agak terlambat namun aku masih mempunyai masa....Aku nekad..Susah macam mana sekalipun aku akan tetap membelinya...

Bukan bermaksud aku tak bersyukur dengan apa yang aku lalui sekarang namun aku mahu keselesaan kepada keluarga aku. Aku berasal dari keluarga yang susah. Aku sebolehnya taknak anak aku melalui apa yang aku lalui dulu. aku mesti cepat kerana saban tahun harga rumah semakin meningkat. Walaupun rumah ni boleh dikatakan mahal dan menjerut leher sendiri tapi aku tak kisah. InsyaAllah rezeki tu tetap ada. Setahun dua ni memang sukar namun kemudian hari aku berdoa agar dimurahkan rezeki kami anak beranak.

Kalau di ikutkan loan aku tidak lulus tapi kalau combine dengan wife, loan boleh lulus. Mungkin ini yang dinamakan rezeki dikurniakan tuhan kerana aku sangat-sangat bernasib baik. 1 personel loan aku tinggal lagi setahun dan aku telah melangsaikannya. Loan kereta milik abang aku yang menggunakan nama aku pun baki lagi setahun. Juga telah dilangsaikan demi untuk membuat pinjaman perumahan Dan tahun depan ada dua kenaikan gaji. Dan sedikit sebanyak mengurangkan beban kami.

Untuk ansuran rumah ni aku membayar hampir seribu sebulan. Wife aku cuma tambah sedikit.  Mujur rumah masih dalam pembinaan dan dijangka siap pada Disember tahun depan. Oleh itu, ansuran bulanan mungkin dalam 9 ratus kerana pembinaan rumah setakat ini siap dalam 65 peratus...masih ada sedikit talian hayat sebelum ansuran sepenuhnya pada tahun 2017. Kalau tahun depan full. mau makan ikan bilis hari hari...

Harapnya ada sinar di tahun depan....

Thursday, December 10, 2015

mengulit kenangan


Ketika ini aku sedang melayan lagu cintamu mekar dihati. Bagi aku lagu ini mempunyai sentimental value kepada aku. Lagu ini membuatkan aku terkenang balik kisah lama yang  syahdu. Lagu ini berkaitan dengan seseorang. Seseorang yang sangat istimewa dan tak akan aku lupakan..Lagu ni juga kerap aku nyanyikan sambil memetik gitar pada dia. 

Dulu, kami gembira. Kami sering meluangkan masa bersama. Banyak tempat-tempat yang kami explore. menonton wayang merupakan aktiviti utama kami..Kami juga mempunyai tempat persinggahan tetap yang kami jadikan sebagai destinasi wajib apabila keluar berdua. Strait Quay. Tempat yang cantik. Pemandangan laut dan shoping kompleks. Disinilah kami meghabiskan waktu bersama sekiranya tidak ada tujuan lain kerana berhampiran dengan rumah dia. Namun bagi aku, tempat yang paling sentimental value yang pernah kami singgah adalah di tepi jalan berhampiran dengan airport. Jalan menuju teluk Kumbar. Saat kami berhenti dan memerhati kapal terbang yang akan mendarat. Satu perasaan yang susah untuk dihuraikan. Indah..

Banyak yang kami lalui. Part yang aku rasa kelakar adalah bilamana kami bergaduh. Dia pernah marah dan merajuk dengan aku sekali. Mak aiii..Punyalah susah nak pujuk dia..Jenuh...Dah macam-macam cara aku buat tapi akhirnya dia lembut juga..Tu pun, tak sepenuhnya..Sebagai hukuman, aku teman dia shoping..Dia ni kalau marah shoping je yg jadi terapi..Aku ingat lagi, lutut aku ni dah macam nak luruh namun dia steady..Punya la kuat dia tu...Nak tak nak aku ikut jugak la...Kawan tengah berapi kan....Tak cukup dengan shoping, aku dia tarbiah cukup cukup...Panjang berjela..Telinga aku menjadi mangsa.....telan je la walaupun pahit....huh....

Dan nak dijadian cerita, dia pulak buat salah...Haaa..Kali ni aku pulak jual mahal...Baru dia tau sapa aku..Aku tak pedulikan dia buat seketika..Akhirnya dia pujuk aku...Memang dia pujuk betul betul sampaikan aku serba salah..Kesian pun ada..Last2 aku beralah..Kami keluar bersama then dia pulak kena tarbiah dengan aku...Heheheh..Padan muka dia...Dia senyap ja dengar aku membebel..Dendam aku terbalas juga akhirnya...Tapi itu lah yang membuatkan kami hepi...

Secara jujurnya, aku tak dapat lupakan dia..Aku masih mengingati dia..Masih lagi terkenang kenangan antara kami. Namun, ianya hanyalah sebagai kenangan sahaja. Tak lebih dari itu..Aku sudah pun punyai famili sendiri begitu juga dia..Allah telah mengatur apa yang terbaik untuk kami. Aku sayangkan wife aku dan dia adalah orang yang akan aku jaga sebaiknya..Kenangan lalu hanya untuk di kenang. Tak lebih dari itu..Aku tatap mendoakan kebahagiaan dia selalu...

Monday, December 7, 2015

aku dan cik cokelat

Aku dapat posto dari cik cokelat..Walaupun ringkas, ianya tetap padat dengan sentimental value. Dengan cik cokelat lah satu satunya kawan yang berlainan jantina aku rajin berutus surat. Bila aku belek posto yang lama-lama, walaupun kadang2 ayat tu agak romantis tapi secara tersiratnya hanyalah kerana perhubungan sebagai seorang kawan. Aku dah ada keluarga sendiri bahkan dia juga mempunyai keluarga. Ada 2 orang anak Syifa dan Sufi. Mirip Cik Coklat...A happy families...N i also happy for them...

Aku pernah dating dengan dia di Carefour kalau tak silap. Time tu dia baru bekerja dan dia tertinggal barang. Jadi aku lah yang pulangkan kepada dia. Hari 1st dia melapor diri aku tengok dia jenis yang mudah mesra..Banyak tanya soalan. Aku ingat lagi..3 orang mereka..Cik Colkat, Ita dan Halumi...Secara jujurnya aku tengok diaorang ni cantik. Time tu pulak aku masih teruna...Hehehehehe..Ada jugak la sedikit sebanyak rasa nak kenal dengan lebih mendalam. Dan dalam 3 orang tu aku lebih mudah rapat dengan Cik Coklat...Dan secara jujurnya, pengakuan berani dari aku...Masa mula kami rapat aku ada merasakan sesuatu..Maksud aku hepi bila bercontact dengan dia...Dia ceria dan aku juga. Aku rasa aku dan Cik Coklat ada keserasian.

Memang sebenarnya aku hepi dengan dia. Terasa nak lebih selalu bercontact dengan dia.Ye la, time tu aku tak da rapat dengan sapa-sapa lagi. Walaupun aku sebolehnya nak lebih rapat dengan Cik Coklat, tapi dalam masa yang sama aku tak membuat apa-apa tindakan. Lagipun, aku rasa kalau jadi apa-apa, situasi akan jadi rumit kerana kami satu jabatan. Jadi aku pun buat macam tak ada apa-apa yang terjadi.

Ada ketika dia meminta pertolongan aku untuk menghantar dia ke latihan sukan. Aku hepi sebab dapat menolong dia..At least aku boleh berjumpa dengan dia. Walaupun macam tu, tak bermakna aku menaruh hati pada dia. Masih belum sampai ke tahap tu lagi. sebab aku lebih suka masa yang menentukan. Ada jodoh tu adalah...Buat masa ni aku tak terpikir lagi untuk tindakan selanjutnya..

Tak lama selepas tu, Cik Coklat bagitahu pada aku dia dah ada seseorang.. Haaaaa....kannn... Aku dah agak dah.. Tapi apa pun, aku hepi untuk dia..No heart feeling to me...Sebagai kawan, aku doakan yang terbaik untuk dia. At least, dia dh berjumpa dengan seseorang yg boleh menjaga dia. Aku tahu kisah hidup dia...Kisah sedih dia dengan budak Johor kalau tak silap aku..cerita yang tragis..Jadi, kali ni dia dh jumpa dengan orang yang dia perlukan selama ini..

Banyak juga cerita Cik Coklat yang dia cerita pada aku. Dan ada juga yang secara rahsia aku skodeng dia punya blog sebelum Cik Coklat sembunyikan...Sayangnya, aku tak sempat save url blog tu...Tp tak apa lah, tiap orang ada cerita tersendiri...macam aku juga...

Dan yang pentingnya, aku dan Cik Coklat masih lagi berkawan. Walaupun tak sekerap dulu, tapi kami tetap berkawan baik. InsyaAllah sampai bila-bila....Thanks cik Coklat..C oke lat...............



kasih yang terlerai.......

Minggu lepas aku menghadiri kenduri kawen kawan opis aku. 3 pasang pengantin. Meriah tapi point nya bukan lah pasal kenduri tu. Tapi something else.Sesuatu yang membuatkan aku terkenang kembali cerita lama yang sentimental. Diketika sesudah aku menjamah makanan sambil aku mendukung anak, dengan gembiranya aku melangkah ke arah pengantin. Tiba-tiba aku tersentak. Langkahku gemalai. Aku terpaku dan sepasang mata aku terpaut pada seseorang yang sedang menjamu makanan yang terhidang dihadapannya. 

Aku kembali melamun mengenangkan nostalgia indah zaman remaja yang sedang meningkat dewasa dimana satu perasaan yang tidak asing lagi. Cinta monyet. Yaaa..bukan monyet yang bercinta...Tapi aku...pelbagai scene yang muncul di minda aku ketika itu. Manakan tidak, aku terlihat seorang perempuan yang kini menjadi wanita yang merupakan cinta pandang pertama aku. Yesss...Pandang pertama..Tak ramai orang yang melalui perasaan ini...Aku telah merasai  gelora cinta pandang pertama seawal umur 13 tahun..Pada baya itu budak-budak lain sibuk mengkhatam Al Quran tetapi aku terjerumus ke lembah yang tidak bermanfaat. Ini semua kerana Nurul...Yaaa...Nurul..Dia telah mengisi hati ku dengan keperibadian murninya...(Ayat yang sangat memualkan)...

berbalik kepada si Nurul ini tadi, aku lihat dia makan bersama seorang makcik dan lelaki bersama 2 orang kanak-kanak..Nak mengatakan lelaki itu suami kepada makcik itu adalah sesuatu yang tidak logik kerana lelaki itu berusia dalam lingkungan 30an. Lagipun aku kenal mak Nurul..Ini orang lain. Jadi, kesimpulannya aku merumuskan si sang arjuna itu adalah suami kepada Nurul..Dan kanak-kanak itu semestinya anak mereka. Tak kan anak saudara kepada pengantin kot...Nurul tak banyak berubah dari sudut wajahnya..kecil dan manis..Cumanya dia agak berisi sedikit. Tapi apa pun, aku terus menatap secara sembunyi terhadap gerak gerinya...Aku masih lagi melamun dan akhirnya lamunanku terhenti kerana bini ajak balik..huhuhuhu..Walaubagaimanapun, aku gembira kerana dia sihat dan mempunyai keluarga sendiri..Itu yang aku harapkan kepada dia...Dan aku tak kan melupakan dia dan kenangan-kenangan bersama Nurul...Perasaan aku kepadanya selama-berbelas tahun sememangnya sudah terlerai namun dia tetap dalam ingatan aku. Dia merupakan salah seorang yang sangat istimewa yang wujud dalam warna warni hidup aku...




Friday, November 27, 2015

takda tajuk

BAB 1

Aku menulis kali ini kerana demi memenuhi permintaan seseorang. Seorang yang istimewa bagi aku. Bukan apa, walaupun persahabatan kami tidak lama, tapi kami tetap baik sehingga hari ini. Dan dia juga merupakan antara kawan aku yang lain dari yang lain. Aku tak ramai kawan rapat dengan perempuan. Ada la 2 3 orang. Dia salah seorang diantaranya.. memperkenalkan.......jeng..jeng...jengggg....tadaaaaaaaaaaa....Cik Sweetie... Dia ni jenis ceria. Tu yang aku suka...Banyak kenangan aku dengan dia.. Antara yang aku tak lupa adalah aku menghantar dia ke latihan sukan..I LIKEEEEEEE....hehehehehehehehe...(jgn marah yerrrr)....Banyak cerita antara kami..Dulu kami selalu berutus surat (saja galak walaupun 1 organisasi)...Walaupun old scholl tapi agak menarik......Cumanya aku mengharapkan dia bersabar dan kuat sebab bebanan kerja dia..Owhh, by the way, dia adalah salah seorang kawan yang sebolehnya aku tak nak dia pindah...huhuhu....

nota kaki**** huh..dlm aku dok menaip ni rupanya cik coklat pun dok bercerita pasal aku...jd, aku dah tau rahsia dia...ngeeeeeeeeeeee...

BAB 2

Aku dah pun selesai konvo pd 19 November 2015 yang lepas. So far so gud. Akhirnya merasa juga aku melalui kehidupan sebagai student walaupun sekadar PJJ. Merasa juga untuk convo...Rupanya mcm tu ek pakai topi...heheh...Tapi secara jujurnya aku tidaklah se excited mana pun...Aku tak rasa apa apa yang mengujakan...Semuanya biasa saja...Selepas ini mesti aku merindui assignment dan intensif di USM...Aku juga tk lupa pada oral test untuk BI sebelum final exam ari tu.. bertajuk success..Kami sekumpulan 5 orang.. Tapi kena bercakap one by one...Ada satu soalan dia bertanya pada kami..Do you think u are success?..(btl kot soalan mcm tu..heheh)... Semua kawan-kawan aku menjawab no..So, aku membuat pilihan untuk menjawab yess...Alasan aku adalah sebab masa selepas SPM dulu aku nak melanjutkan pelajaran di Universiti..Achieved...Aku nak bekerja dalam agensi kerajaan..Achieved...Aku nak punyai keluarga..Achieved..Semuanya dah aku capai..Cumanya satu saja belum...Aku bermimpikan untuk menjawat jawatan Pegawai Belia dan Sukan...Ni saja yg belum tercapai..Tapi aku rasa berat sebab aku tak memenuhi kriteria..Tapi tak salahkan untuk bermimpi?.Tanpa mimpi keberanian tak bermakna.......Dan apa yang membuatkan aku sedih adalah apa yang aku ada sekarang tidak sempat untuk dikongsi bersama-sama arwah ayah dan mak...Sesungguhnya aku sangat merindui mereka.....Aku punya banyak dosa terhadap ayah dan mak..Aku bukan anak yang baik......


BAB 3

Aku nak bercerita pasal hutang...Walaupun aku tak banyak duit tapi ramai kawan-kawan yang berhutang dengan aku. Dalam 10 orang kawan, aku rasa 7 orang yang ada hutang dengan aku dan 5 daripadanya tak bayar..Kadang2 geram jugak bila pikir2 tapi nak wat cam na dah diaorang tak bayar. Alsan tak ada duit. Klu tak ada duit jangan la pinjam sebab tak dapat nak bayar...Alhamdulillah setakat ni aku jarang berhutang. Kalau adapun semuanya aku dah setelkan kecuali kalu aku betul2 terlupa...Hutang tak boleh buat main2..Paling bayak yang hutang dengan aku 4000. Aku ingat lagi masa nak berhutang, punya la merayu sampaikan kata kawan dunia akhirat. Lepas dapat sampai sekarang tak bayar. Yang menyedihkan tu, berhutang sebab kahwin. Sampai sekarang anak dah dua orang. Boleh buat2 lupa..Agak2 la kan..ni hutang sebab nak kahwin..Tapi aku sikitpun tak pernah nak minta kat diaorang..Pandai hutang pandai la bayar sendiri..Tak nak bayar tak apa, tp sendiri mau ingat la kan..Hidup tak kan tenang.Sebab dalam agama pun kata macam tu...Lantak lah......




Wednesday, October 7, 2015

life

Dah lama aku tak update blog ni...Keadaan macam tak mengizinkan..ye la, skrg ni life agak sibuk tambahan lagi khaira dah makin membesar. Jadi life aku tidak j=hanya tertumpu kepada diri sendiri.. Sebenarnya, banyak benda yang aku lalui selama ni. Ingin aku luahkan disini namun tak berkesempatan.

Ok, 1st thing kt sini aku nak ceritakan aku kehilangan seorang yang baik dengan aku. Seorang yang berpangkat abang yang dah hampir 10 tahun aku kenal. Pada mulanya, aku sangat terkejut dan berasa sedih apabila mendapat tahu arwah didapati menghidap kanser hati. Aku ada menziarahinya 2 kali..Kali pertama keadaannya agak teruk dan kelihatan tidak bermaya. Kali kedua sewaktu aku berjumpanya dia kelihatan sihat dan gembira. Kami lepak agak lama ketika itu. Aku tahu dia hepi kerana dia banyak bercakap. Aku cuma mendengar sahaja. Selepas itu, aku berfikiran dia semakin sihat dan aku pun jarang untuk bertanya khabar berita darinya. hampir sebulan selepas itu aku mendengar arwah semakin tenat. Aku menghubunginya untuk menziarah keesokan harinya namun dibatalkan kerana arwah masuk hospital. Petang itu aku pergi ke hospital namun kecewa kerana arwah telah pun keluar. Aku berhasrat keesokan paginya aku akan pergi melawat beliau namun aku mendapat khabar berita lebih kurang pukul 2 pagi yang arwah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumah. Aku sangat terkejut dan bersedih. Rasa terkilan kerana tidak sempat untuk melawatnya...

Yang ke2 pula juga merupakan cerita sedih. Kawan opis aku juga telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kerana menghidap breast cancer. 2 3 hari sebelum itu kami seopis ada menziarah arwah yang dalam keadaan tenat.Aku rasa sedih walaupun dia tidaklah begitu rapat dengan aku. Tapi memandangkan dia seopis dengan aku, rasa sedih itu turut ada. Arwah seorang yang baik. Ceria.Arwah juga menerima penyakitnya dengan redha dan sesungguhnya arwah merupakan golongan yang bertuah kerana mengetahui ajalnya berbanding dengan kita yang masih leka dengan kehidupan. 

Ketiga, aku sudah pun tamat study di USM setelah 5 tahun bertungkus lumus dengan asaiment dan yuran. Aku rasa sangat lapang bila ianya berakhir kini. Apa yang aku hajati sudah tercapai. Tak sangka jika dulu selepas SPM aku hanya mampu bermimpi untuk masuk Universiti kini terlaksana sudah. Bulan 11 ni aku akan konvo. Yang bertambah bagusnya isteri aku juga akan konvo bersama aku...

Ke4, Alhamdulillah kini Khaira dah semakin membesar. Sekarang dia semakin ligat. Gembira bila tengok telatah Khaira. nanti bila dah boleh bercakap jenuh la nak melayan gosip dengan dia...hehehe...Apa pun, aku berdoa agar Khaira menjadi anak yang baik dan taat pada agama...InsyaAllah....

Ke5, Aku sudah bertukar tempat kerja yang berdekatan dengan rumah. Sudah 10 tahun aku bekerja di pejabat lama dan kini masanya untuk aku mengambil pengalaman baru. Aku akui, aku seronok bekerja disana. Bos2 dan kawan semuanya sporting. Terasa seperti keluarga. Semuanya bergembira namun tuntutan keadaan membuatkan aku mengambil keputusan ini walaupun berat. Mungkin ada hikmahnya dengan apa yang berlaku. Kawan baik aku juga telah berpindah, jadi, tidak la rasa kehilangan sangat.

Apa pun, aku bersyukur dengan kehidupan aku. Walaupun tidak mewah, aku gembira kerana masih ada keluarga dan kawan-kawan. Hidup aku sepertinya sempurna dalam ketuidaksempurnaan.

Monday, March 9, 2015

Aku dah jadi ayah


Dah lama rasanya aku tk update blog aku ni. Ntah la, malas melanda. Lagipun, macam tak da masa ja nak taip banyak banyak ni...Dah tak serajin dulu…

Cita latest aku sekarang ni, aku dh jadi ayah kepada baby girl…Khaira Humayra. Lahir 29 Disember 2014. Tak da rezki jadi baby tahun baru..hehehe..Apa pun, alhamdulilah sumanya ok.. Cumanya pada ari dia lahir tu, aku terpaksa menunggu hampir 12 jam di dewan bersalin. Mana taknya, wife masuk labour room pukul 8.30 pagi. Tunggu punya tunggu, pukul 8.30 malam baru doctor bagitahu wife aku terpaksa menjalani pembedahan. Bayangkan aku duduk tercangak di dewan tu dari pagi sampai ke malam. Sampaikan 3 kali mak mentua aku datang tengok. Last2 dengan abang dan kaki par aku join sekali.

Aku pun tak tau apa masalahnya. Cumanya pada ketika dktor memanggil aku mengatakan kena jalani pembedahan, aku kelu seketika..Otak jadi kosong. Dan bila doctor terangkan pula risiko yang bakal dihadapi oleh wife aku, terasa luluhnya hati dengan tiba-tiba….Ya Allah, sampai mcm tu sekali pengorbanan seorang ibu untuk melahirkan anak. Perasaan aku masa tu tak dapat untuk dikatakan lagi…..Dan sebelum wife memasuki dewan bedah, doctor membenarkan untuk aku bertemu dengan wife..Saat itu, adalah saat yang sukar ketika mana melihat wife yang sedang dalam keadaan lemah bertarung nyawa untuk melahirkan anak. Hanya Allah saja yang tahu perasaan aku ketika itu. Aku sedih begitu juga mak mentua aku…Tak malu untuk aku katakan, aku mengalirkan air mata. Tak sanggup rasanya melihat wife dalam keadaan begitu. Bertarung nyawa dan kesakitan hampir 12 jam tanpa makan dan minum. Sesungguhnya, hanya Allah saja yang mampu memberi ganjaran pahala kepada semua ibu-ibu di dunia ini.

Kami menunggu dan terus menunggu. Akhirnya lebih kurang pukul 11 malam, kedengaran nama aku dipanggil dan dengan seberapa segera aku meluru ke bilik bersalin. Nurse dengan senyuman mengatakan anak aku baby girl telah selamat dilahirkan begitu juga wife. Detik itu, segunung kegembiraan terasa. Betapa girangnya hati kerana semuanya dalam keadaan selamat. Syukur yang amat kepada Allah…

Pertama kali aku melihat Khaira, tenangnya hati terasa. Seolah-olah tidak percaya apa yang aku lalui…Melihat baby yg comel dan sihat adalah satu anugerah. Aku gembira. Dan kegembiraan aku lengkap dengan melihat keadaan wife yang selamat.

Dengan penuh debar dam gemuruh aku memegang Khaira untuk kali pertama dan mengazankannya. Serak dan tersekat-sekat suara aku memandangkan kegembiraan dan pengalaman kali pertama ini sambal disaksikan oleh mak mentua dan ipar. Kami semua sungguh gembira dan senyuman tidak lekang di mulut…


Alhamdulillah……Aku dah jadi ayah….

Monday, April 21, 2014

after married

Masa begitu pantas berlalu. Kini sudah 8 bulan aku berumahtangga. Dan rupanya aku masih lagi setahun jagung dalam melalui pengalaman hidup berdua ini. Benar, dunia rumahtangga ini banyak cabaran dan dugaannya. Elemen penting ialah kesabaran suami isteri. 

Aku akui diawal perkahwinan aku dapati sedikit kesukaran untuk kami menyesuaikan diri. Bukan bermaksud kami bergaduh atau apa, cumanya untuk hidup berdua bersama dengan orang yang kita tidak berapa kenal memerlukan masa. Ye la, kami bukan bercinta pun sebelum ni. Jadi, ia akan ambil sedikit masa untuk saling memahami.

Lumrah rumah tangga, berselisih faham tu perkara biasa. Kami juga lalui. Benar kata orang, hidup rumah tangga ni bertengkar adalah sesuatu yang normal. Jika difikirkan balik, dari sudut positifnya, kita akan semakin kenal siapa pasangan kita. Persaan juga akan semakin bertambah apabila hubungan menjadi semakin rapat. Saling memahami dan saling bertolak ansur.

Cumanya, alam rumahtangga sedikit kompleks jika hendak dibandingkan dengan alam percintaan. Kita semua tahu, masa bercinta semuanya indah belaka. Engkau ketawa aku ketawa engkau berduka aku juga berduka. Aku pernah melaluinya dan aku faham perasaan itu. Lain pula halnya bila dah halal.

Aku ada seorang kawan. Agak baik dengan aku pada satu masa dulu. Dia bercinta dengan seseorang dan perempuan itu juga merupakan kawan aku. Pada masa itu, kelihatannya hubungan mereka mengalahkan cerita hindustan. Terlalu berlebihan hubungan mereka ketika itu sehinggakan tidak sanggup berjauhan dan berpisah antara satu sama lain. Tetapi selepas berkahwin, sampaikan tak mengaku yang mereka adalah suami isteri dan akhirnya, perkahwinan mereka putus di tengah jalan. Macam orang tua berkata, apabila kita tinggal bersama dengan seseorang, barulah kita mengenali dia dengan lebih dalam. Masa bercinta ni kebanyakan hanya berpura-pura.

Aku sehingga kini masih lagi dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Dan aku juga cuba memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Aku bersyukur kerana aku kini mempunyai seseorang di sisi aku ketika aku susah dan senang. Andai diberi pilihan samada untuk hidup membujang ataupun apa yang aku ada sekarang, aku akan memilih apa yang aku ada sekarang kerana aku merasakan adalah satu rahmat kehidupan yang tak ternilai. Aku mempunyai seorang isteri yang baik dan pandai masak sehinggakan semua orang menegur aku dah semakin gemuk. Ahh, tak kisah la apa orang nak kata asalkan hati gembira..hehehe 

Tuesday, February 11, 2014

married....

Alhamdulillah. Syukur dipanjatkan kepada Allah kerana aku kini telah menjadi suami kepada seseorang. Tanggal 15hb Ogos 2013 lalu, dengan sekali lafaz telah termaktub perjanjian amanah yang akan aku tanggung seumur hidup aku.  Dari persiapan sehingga ke majlis perkahwinan semuanya berjalan dengan lancar walaupun ada yang tak seperti dirancangkan. Apa pun, aku gembira kerana semuanya telah berjalan dengan baik sekali. Sekalipun majlis dibuat dengan besederhana namun ianya cukup memuaskan hati. Terima kasih aku ucapkan kepada semua yang terlibat terutamanya keluarga aku mahupun keluarga mentua.

Akhirnya kini tejawab sudah siapa jodoh yang aku cari-cari selama ini. Allah telah mentakdirkan aku dengan seseorang seperti yang aku doakan sejak dulu lagi. Allah telah makbulkan doa-doa aku walaupun aku bukanlah seorang hamba yang baik. Ada hikmahnya atas apa yang berlaku dalam hidup aku. Mungkin, dengan jodoh yang ditakdirkan ini akan membuatkan aku menjadi seseorang yang lebih baik dan menjadikan kehidupan aku kembali di jalan yang lurus. 

Benar, jodoh telah ditetapkan oleh Allah sejak loh mahfuz lagi. Sekuat manapun perasaan kita pada seseorang, sekuat manapun niat kita untuk bersama dengan orang yang kita sayang, kalau Allah tidak mentakdirkan bersama, tetap tak akan ada jodoh dengan mereka. Begitu juga sebaliknya. Dan sekarang barulah aku sedar rupanya setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya dan aku percaya Allah telah mengaturkan kehidupan seseorang dengan lebih baik dan bersesuaian dengan keadaan hidup kita. Seseorang yang tidak ada jodoh dengan kita walaupun perasaan kita padanya bukan bermakna dia tidak baik cuma mungkin ada sebabnya Allah tidak mentakdirkan untuk kita dijodohkan dengan orang itu. Macam kata pepatah, berkahwin dengan orang yang kita sayang adalah impian, namun berkahwin dengan seseorang yang kita tak pernah menjangka tu dinamakan jodoh.Yang penting kita kena redha dengan ketentuanNya.

Benar kata orang, jodoh ini kadang-kadang bukan sesuatu yang kita jangka. Sekalipun kita mencari sehingga hujung dunia, kalau tidak ada jodoh, maka bukan lah jodoh kita. Sebaliknya kalau  dinamakan jodoh, masanya akan tiba kadang-kadang dengan seseorang yang kita tak terfikir pun. Kadang-kadang jugak orang yang dekat dengan sekeliling kita. 

Situasi aku boleh dikatakan begitu. Aku bertemu jodoh yang aku sendiri pun tak menjangkakan ianya berlaku. Begitu besar kuasa Allah. Memang pada ketika itu aku tak terfikirpun untuk bertemu dengan seseorang yang seterusnya menjadi tulang rusuk aku. Perkenalan kami boleh dikatakan singkat dan tidak mengambil masa yang lama. Sedar tak sedar kini kami dah menjadi halal. Begitu pantas masa berlalu. Tak mengambil masa yang panjang. Ianya berlaku dalam sekelip mata.

Seingat aku, aku mula mengenali wife aku pada hujung tahun 2010 dulu. Pada masa tu, kami bertemu kali pertama di mesyuarat yang dianjurkan oleh jabatan. Secara jujurnya 1st time aku tengok dia time tu dah dah membuatkan aku rasa nak mengenali dia. Betul. Ntah la napa aku rasa mcm tu. Tapi perasaan aku masa tu memang kuat. Cumanya aku ni jenis tak berani. Lama juga aku pendam. Banyak kali jugak la kami jumpa di mesyuarat. Makin lama makin membuatkan aku nak kenal dia dengan lebih rapat lagi. Aku ingat lg ada satu hari tu di mesyuarat, dia lalu depan aku n finally hadiahkan aku satu senyuman. Fuhhh, time tu gembiranya aku bagai nak lompat. Tapi aku control...huhu..

Aku telah menyiasat maklumat dia dari sistem jabatan. Dari situ aku tahu serba sedikit tentang dia. No tel jugak dah aku dapat. Tapi untuk aku menghubungi dia tidak sekali. Aku segan. Last2 diam macam tu ja. Sehinggalah mac 2011 aku berani setapak lagi dengan add dia di FB.Dan dari situ aku mula tegur dia. Kami pun dah start chat tapi just chat yang biasa-biasa saja. Ada sekali tu aku cuba cal opis dia semata mata untuk tanya sesuatu yang aku dah tahu pun. Bukan apa, nak dengar suara dia ja..Hehe..Sejak tu aku makin berani tegur dia dalam FB. Selalu jugak aku menantikan dia online.

Untuk menambahkan lagi kebetulan dalam cerita ini, aku terserempak dengan dia di USM. Sungguh aku tak sangka dia juga mengambil PJJ. Sempat juga aku berbual sebentar bertanya course yang dia ambil. Sayangnya bukan 1 course dengan aku. Patut la tak jumpa selama ni..huhu...Tapi apa pun, memang aku terkejut dan selepas itu aku mengambil tindakan untuk berhubung dengan dia melalui emel USM. Kami terus berhubung tapi tidak lah terlalu rapat.


Nak dijadikan cerita kami pun dah makin bertambah baik di FB. Secara jujurnya aku menunggu dia hamper setiap malam. Beberapa kali jugalah kami chatting. Tapi dia ni macam sombong sikit. Layan macam acuh tak acuh ja. Akhirnya aku beranikan diri bertanya samada dia dah ada seseorang atau belum. Malas aku nak tunggu lama-lama. Biar aku cepat dapat keputusan. Lalu aku mendapat berita buruk. Dia sudahpun ada seseorang. Aku agak sedih dan tindakan aku selanjutnya ialah menghilangkan diri.Huhu..Aku sudah tidak mengharapkan dia lagi. Menunggu dia chating pun sudah tidak. 


Tapi benarlah kata orang, walau kita terbang setinggi langit, menyelam didasar lautan, berlari dihujung dunia sekalipun kalau dah dinamakan jodoh, pasti akan bertemu juga.Satu hari tu pada malam tarikh 23 Mac 2013, aku sedang ber FB. Tiba-tiba aku terkejut kerana dia menegur aku. Tapi disebabkan aku tahu dia dah berpunya, aku pun melayan seperti biasa.Tidak lagi keterujaan seperti dulu. Kami berbual-bual kosong sehinggalah dia bertanya sama ada aku dah berkahwin atau belum. Jadi aku pun memberitahu perkara yang sebenar tanpa mengharapkan apa-apa. Aku masih bujang. Hehe..Orang memberi kita merasa, jadi aku pun bertanya samaada dia dah kawin atau belum. Dia menjawab belum dan aku bertanya lagi status dia dengan lelaki itu. Kali ini jawapan yang aku nanti nantikan sejak dari dulu lagi telah aku capai. Yessss...Dia single pada kali ini. Ntah kenapa dengan tiba-tiba seoalh olah dirasuk aku menjadi muka tak malu apabila dengan selamba aku bertanya masih ada lagi tak borang kosong padanya.Dengan jawapan yang tulus dia menjawab ada. Dan ianya ada di jabatan Agama..Woooowwww...Tersentak aku seketika di alam maya. Lalu sekali lagi dengan muka tak malunya aku mengajak dia bersama untuk mengambil borang itu....Dannnnnnnn............ yang menyedihkan ajakan aku itu tidak berbalas. Tiba-tiba aku dengan sendirinya menjadi teramat malu.....

Selang beberapa hari, setelah aku tidak lagi berasa malu tiba-tiba aku dapat mesej dari dia. Kali ini dia bertanya bila nak pergi ambil borang itu? Wooooowww...Sekali lagi aku melompat kegembiraan. Aku terus menjawab dengan kiasan yang aku menunggu dia lapang untuk pergi bersama. Aku melihat mesej dia dan aku tengok mesej itu dihantar dari Jeddah. Barulah aku tahu mengapa dia tak reply mesej aku selama ini. Rupa-rupanya dia pergi menunaikan Umrah.

Dipendekkan cerita, selepas dia pulang ke Malaysia, kami terus bermesej. Dan jawapan dia sangat positif. Lalu aku berterus terang dengan dia.Aku sudah lama meminati dia dan aku berharap hubungan kami menjadi lebih dari sekadar kawan. Aku katakan padanya aku ingin ada jodoh dengan dia dan aku meminta sedikit tempoh masa untuk kenal-kenal terlebih dahulu dan sekiranya dia dapat menerima aku, aku akan menghantar rombongan. Syukur, dipermudahkan jalan dan dia bersetuju. Pada awal bulan April kami berjumpa dan sejak itu kami bertambah baik. Pertengahan bulan April dia datang ke rumah aku dan di hujung bulannya giliran aku pula kerumahnya. Memang sesuatu yang sangat mendebarkan kerana buat pertama kali dalam hidup, aku kerumah seseorang untuk mengenali ibu bapanya. Mak dan  ayahnya begitu sporting. Aku suka. Dan apabila balik kerumah dia bagitahu pada aku bahawa emaknya telah menetapkan tarikh pertunangan kami. 18 Mei 2013. Aku lega kerana semuanya dipermudahkan.

Hari bersejarah aku telah pun tiba. Kami telah pun mengikat tali pertunangan. Tarikh perkahwinan juga telah ditetapkan. Pernikahan pada 15 Ogos 2013 dan kenduri pada 17 dan 18 Ogos 2013. Tak ada perkataan yang dapat menggambarkan kegembiraan aku kerana aku akan berkahwin dengan seseorang yang memang aku doakan. Betullah kata orang, tempoh pertunangan adalah tempoh yang menguji kesabaran. Secara jujurnya, aku telah berputus asa namun Allah telah menetapkan jodoh kami. Biar rintangan menggunung sekalipun, kalau dah jodoh, tak kan ada apa yang boleh menghalang. Dan akhirnya pada tarikh yang ditetapkan, aku telah pun selamat menjadi suami kepada seseorang. Dan aku sangat bersyukur kerana semuanya lancar. Aku juga telah berazam pada diri sendiri, sebaik sahaja diijabkabulkan, aku akan menjadi  suami yang baik kepada isteri. InsyaAllah. Aku tak akan sia-siakan hubungan ini. 


Thursday, August 15, 2013

pra nikah

akhirnya,segala penantian telah pn trjwb.persoalan siapa jodoh aku telah terungkap. kini tiba masa hari segala peluh akan menitis mencurah curah.mana tidaknya, ketakuvan untuk brsalam dgn tok kadi semakin menghampiri. esoak adalah hari d mana aku akn melafaz ajn perjanjian amanah yg akn aku tanggung untk seumur hdp aku.mmg aku sedikit gusar tapi aku trpaksa untk tetap tempuh. aku brharap semuanya kn brjalan dgn lancar nnt.